Hi Korang,
Nak berubah memang bukan mudah yer, lebih-lebih lagi ke arah kebaikan. Tapi kalau tanpa panduan agak susah juga untuk kita berubah ke arah kejayaan.
Untuk itu, kita harus dapatkan ilmu dengan cara yang betul. Memang banyak kursus atau seminar mengenai perubahan hidup tapi kalau kita tak kuat semangat memang hangat-hangat tahi ayam lah jawabnya.
Sempena itu, kak lily berkesempatan ke Program Nak Ubah Hidup 2019 #NUH2019 anjuran Dr Azizan Osman yang terkenal dengan kehebatannya dalam memotivasikan diri seseorang itu hingga Berjaya. Ramai jugak usahawan-usahawan yang berjaya di bawah bimbingannya.
Program Nak Ubah Hidup 2019 Bersama Dr Azizan Osman #NUH2019
Selama 3 hari telah berlangsung Program Nak Ubah Hidup anjuran Richworks International Sdn Bhd di Setia City Convention Centre (SCCC), Setia Alam, Selangor. Dalam 3 hari ini, lebih dari 12,000 peserta dari seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura telah membanjiri SCCC dari pagi hingga ke malam. Yang menariknya tentang program ini adalah ia dapat membantu usahawan atau bakal usahawan untuk tingkatkan tahap potensi diri, tahap kehidupan dan tahap kewangan melalui bisnes yang berjaya dan menguntungkan.
Bercakap mengenai RichWorks International, selama 11 tahun dalam menganjurkan program dengan tujuan yang sama, apa yang dapat kita lihat, semakin ramai orang tahu dan faham bahawa hanya dengan perniagaan dapat membantu mereka meningkatkan tahap pendapatan. Namun, masih terdapat juga yang memulakan dan menjalankan perniagaan tanpa ilmu yang betul di dada. Mereka tidak tahu halatuju sebenar untuk berniaga.
Akibat dari kegagalan itu, ramai usahawan tidak mampu bertahan sehingga 3 tahun pertama dalam perniagaan. Ada ramai yang gulung tikar, mengalami kerugian dan ramai juga yang terpaksa menanggung beban muflis akibat perniagaan tidak berjalan lancar seperti yang diinginkan.
Atas desakan ramai pihak, RichWorks International bersama pengasasnya Dr Azizan Osman sedar bahawa ramai yang memerlukan bantuan. Ini kerana Dr Azizan sendiri pernah melalui liku hidup yang sukar dalam membangunkan perniagaan dan pernah bermula dengan hanya menjual sabun dan kelapa serta gagal dalam perniagaan dan ini merupakan satu peluang untuk beliau cuba bantu kepada lebih ramai orang betapa pentingnya ilmu untuk mengubah hidup ke arah yang lebih baik.
Kisah Dari Dr Azizan Osman Sendiri
Menariknya pada kegagalan beliau dalam bisnes membawa beliau pernah berhutang beratus ribu dan terpaksa menggadaikan rumah ibunya bagi melunaskan hutang dan pada saat itulah beliau berjanji jika beliau berjaya, beliau ingin membantu seramainya anak bangsa dalam ilmu perniagaan yang beliau dapat dari mentor-mentor di luar negara.
Ironinya, di saat beliau kesusahan tiada siapa yang mahu menghulurkan tangan dan kerana itulah Dr Azizan Osman nekad untuk berkongsi ilmu kejayaannya dengan orang lain yang mahu berjaya dalam bisnes kerana mereka tidak mahu lebih ramai usahawan terpaksa menanggung kegagalan dan beban hutang seperti yang beliau pernah alami satu masa dulu.
#NUH2019
Kehadiran peserta telah mencecah lebih dari 12,000 hasil usaha kempen pemasaran dari Team RichWorks semenjak ianya dilancarkan pada 4 bulan lalu. Ini menunjukkan kepercayaan yang tinggi diberikan kepada RichWorks dan Dr Azizan Osman sendiri sebagai satu sumber utama membantu usahawan tempatan membina bisnes sehingga berjaya. Antara bukti kejayaan usahawan yang telah meraih jualan jutaan ringgit setahun ialah Nurraysa, Bantal Hotel DAG, Eskayvie, Hasnuri, Sabella, Rempah Mak Siti, Noor Arfa Batik, Jamumall, Najib Asaddok dan banyak lagi.
Program Nak Ubah Hidup yang disempurnakan penganjurannya dengan sambutan Hari Kemerdekaan di mana kesemua peserta telah bersama-sama mengira detik ambang kemerdekaan diiringi nyanyian lagu Negaraku, Tanggal 31, Setia dan Warisan di mana tidak dapat digambarkan keadaannya yang penuh bersemangat dengan laungan kemerdekaan yang gegak gempita di dewan SCCC, Setia Alam.
Apa yang menariknya lagi, 'merdeka' dan 'hijrah' adalah sangat bertepatan dengan objektif penganjuran Program Nak Ubah Hidup di mana peserta-peserta yang hadir menginginkan matlamat untuk memerdekan diri dari belenggu hutang dan masalah ekonomi serta mahu berhijrah dari keadaan hidup yang lebih berganda hebatnya.
Lebih seronok dan manisnya dalam program ini adalah ia turut dihadiri selebriti tanahair seperti Chef Zam, Hanez Suraya, Mawar Rashid, Raf Yaakob, Noraniza Idris, Rafidah Ibrahim, Fadzli Zainal, Afiq Muiz, Fadzlun Abas dan ramai lagi.
Biarpun refleksi dan pembaharuan adalah proses yang rumit, namun sebahagian besar kejayaan ramai usahawan hari ini adalah kerana mereka melalui proses tersebut secara berterusan.
Walaupun hanya dapat menyertai sessi pertama sahaja pada hari tu, kak lily rasa sudah banyak ilmu keyakinan diri yang kak lily dapat ambil dan jadikan panduan untuk berjaya.
Korang pun teringin nak sertai #NUH2020?
Inilah masanya!
Sertai dengan mengklik pautan di bawah untuk menjadi yang terawal dalam NUH2020.
Ayuh semua!!
No comments:
Post a Comment
Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!