Tuesday, September 10, 2019

Penemuan Raja Ratu Mi Maggi Goreng Malaysia

Hi Korang,


Dalam menghitung detik untuk menyambut Hari Malaysia dan sebagai sebahagian daripada kempen #MAGGIgorengMYstail, rakyat Malaysia dari seluruh pelusuk negara dan pelbagai lapisan masyarakat telah menghantar resipi Mi MAGGI® Goreng terbaik mereka. Ia membuktikan mi popular yang biasanya dihidangkan sebagai Mi Sup itu tetap enak apabila disediakan sebagai Mi Goreng. 

Mi MAGGI® Goreng cooked in three easy steps Rebus, Rencah, Goreng officiating the final cook off.
[From Left] Chief Executive Officer of Nestlé (Malaysia) Berhad, Juan Aranols, MAGGI® Noodles ambassador Sheila Rusly and Business Executive Officer of MAGGI®, Nestlé (Malaysia) Berhad, Geetha Balakrishna, officially launched the final kick off of the search of Ratu Mi Maggi Goreng Malaysia 2019!

Dengan lebih 760 penyertaan resipi yang diterima oleh MAGGI® hanya dalam masa 5 minggu, kebanyakannya unik mengikut selera negeri-negeri yang berbeza. Sepuluh peserta terpilih untuk mengambil bahagian dalam acara memasak yang diadakan di pusat beli-belah MyTOWN, Kuala Lumpur yang mana tiga hidangan Mi MAGGI® Goreng terbaik bakal dinobatkan sebagai pemenang. 

Hadir pada acara itu, Encik Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad berkata, “Melihat bagaimana MAGGI® menyatukan rakyat Malaysia dalam minat mereka untuk mi kegemaran Malaysia yang tidak dinafikan mudah dan lazat ini memberi kami semua inspirasi. Proses memasak MAGGI® 2-Minute Noodles yang mudah, digabungkan dengan kemahiran tukang masak telah menghasilkan ciptaan luar biasa yang mencerminkan kepelbagaian Malaysia. Kempen ini juga selaras dengan matlamat korporat kami untuk menggalakkan tabiat masakan yang seimbang seperti menggunakan bahan segar dan keseimbangan dan keenakan dalam masakan”

Thumbs up! Top three winners of Raja Ratu Mi Maggi Goreng Malaysia 2019.
Ratu Mi MAGGI® Goreng Malaysia 2019, Hafiza Abu Muaddah, first runner up, Norizah Husain and Second runner up, Norul Aimy Abdul Halim flanked by [from left] MAGGI® Chef, Sharifah Hamidah Syed Mohsin, Sheila Rusly, Juan Aranols, Geetha Balakrishna and MAGGI® Consumer Marketing Manager, Ivy Tan as well as Corporate Executive Chef of MAGGI®, Chef Abdul Muluk.

Cabaran MAGGI® 2-Minute Noodles menyaksikan rakyat Malaysia mengubah perisa berbeza termasuk Kari, Tomyam, Ayam dan Assam Laksa menjadi Mi MAGGI® Goreng yang memikat selera, dan menambah baik resipi dengan ramuan segar untuk mencipta hidangan kegemaran keluarga masing-masing. 

Cik Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI, Nestlé (Malaysia) Berhad berkata, “Hari ini kami mendapat ilham apabila melihat bagaimana tukang masak dari lain-lain negeri boleh menghasilkan semula hidangan Mi Sup kepada Mi Goreng yang menyerlah untuk dicatat dalam buku masakan. Berbekalkan imaginasi dan MAGGI® 2-Minute Noodles, rakyat Malaysia telah menonjolkan bakat mereka untuk berkongsi bersama kita beberapa hidangan Mi Goreng terbaik dalam negara ini, yang disiapkan dengan tiga langkah mudah: Rebus, Rencah, Goreng. Kempen ini merupakan sebahagian daripada komitmen kami untuk menggalakkan pengguna menyediakan lebih banyak hidangan di rumah masing-masing.” 

Tambahnya, “MAGGI 2-Minute Noodles bukan sahaja lebih baik dari segi rasa dan aroma, ia juga versatil! Mi yang keriting itu boleh diubah untuk hidangan sup atau goreng, sekali gus memenuhi pelbagai cita rasa dan boleh dimakan pada bila-bila masa.” 





Acara masakan dinilai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad, Mr. Juan Aranols, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI, Nestlé (Malaysia) Berhad, Cik Geetha Balakrishna, duta Mi MAGGI®, Sheila Rusly dan Cef Korporat Nestlé Malaysia, Abdul Muluk. 

Menurut Sheila, “Hari ini saya merasai sendiri bagaimana MAGGI® mampu menonjolkan rasa cinta dalam masakan. Para peserta menunjukkan minat yang mendalam semasa memasak. Hidangan dibawa kepada para juri bukan sahaja enak, tetapi bercirikan Malaysia. Saya berharap mereka boleh memberi inspirasi kepada orang ramai untuk membuat semula hidangan Mi MAGGI® Goreng yang mudah dan istimewa ini di rumah atau mencipta sesuatu yang baharu.” 

Jelajah #MAGGIgorengmystail bertempat di pusat beli-belah MyTOWN pada 6 hingga 8 September 2019 di mana pengguna boleh mencuba citarasa Mi MAGGI® Goreng Malaysia dari tujuh negeri termasuk Mi MAGGI® Goreng Kerabu Makanan Laut dari Kelantan, Mi MAGGI® Goreng Banjir Muar dari Johor dan Mi MAGGI® Goreng Ayam Tuhau dari Sabah, serta banyak lagi. Aktiviti menarik seperti pertandingan memasak dan persembahan turut diadakan untuk orang ramai. 



Hari ini penemuan Raja Ratu Mi MAGGI® Goreng Malaysia pemenang tempat pertama yang membawa pulang baucar beli-belah bernilai RM3000 dan hamper MAGGI®. Pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing memenangi baucar beli-belah bernilai RM2000 dan RM1000 beserta hamper MAGGI®. 

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen-kempen terkini, layari www.maggi.com.my/maggi-happenings/maggi-dua-cara.


1 comment:

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!