Hi Korang,
Lama betul kak lily tak lepak-lepak ikut diorang ni pi makan-makan.
Yelah makan selalu dengan Mr Big je kan so sekali sekala join lah kan. Tempat makan yang diorang nak pi ni terletak di Bandar Botanik Klang. Ya ampun kemain jauh bebenau ek tapi demi kengkawan kak lily gagah jugak kan.
Restoran Warisan Tok Sisik ni terletak di Jalan Kasuarina 1/ks7, Bandar Botanik Klang. Kalau nak mudah alah dekat giler dengan shopping mall yang terbesar di Klang tuh iaitu depan GM Klang.
Best tuh, lepas shopping kat GM Klang boleh singgah makan kat sini kan kan kan
Restoran ini buka setiap hari dari pukul 8.00pagi hingga 4.30petang untuk masakan asli Melayu dan untuk malam pula dari pukul 5.00petang hingga 12.30 tengah malam untuk makanan laut bakar.
Tengok nie
Hah amik ko!! Pelbagai jenis ikan-ikan segar seperti Siakap, Ikan Bawal Mas, Ikan Jenahak, Ikan Kembung, Ikan Cencaru, Ikan Tuka dan banyak lagi. Eh makanan laut lain pun ada jugak seperti Sotong, Udang, Kerang, Ketam, Pepahat, Lala dan macam-macam lagi.
Untuk ikan ada pilihan hidangan iaitu di bakar ataupun di masak berkuah, so terpulang kepada korang. Tepuk dada tanya selera ewahh!!
Sayur-sayur pun menarik jugak kan, warni warna dan segar. Eeee geram plak rasanye kan
Ok kak lily show off lah menu-menu ikan ni ek
Ikan Siakap Bakar Tempoyak
Ikan Siakap Masak Asam
Ikan Siakap Masak Sambal
Ikan Bawal Masak Asam
Menu makanan-makanan laut jugak di hidangkan, di antaranya:
Sotong Bakar Manis
Udang Goreng Berempah
Pepahat Masak Berlada
Kupang Masak Berlada
So lepas je korang pilih nak makan apa, barulah tukang masak akan masak ye so korang akan dapat makanan yang panas-panas dan segar.
Di sebelah malam pula Restoran Warisan Tok Sisik menyediakan Nasi Lemak Buluh Perindu. Korang tengok tuh, istimewanya kerana nasi lemak ini dimasak kukus dalam buluh dan juga nasinya bewarna hijau. Nasi lemak ni boleh dimakan dengan pelbagai jenis pilihan lauk-pauk seperti Sambal Udang, Sambal Paru, Ayam Rendang dan juga pilihan ramai makan bersama Ikan Bakar.
Nasi Lemak Buluh Perindu
Sambal Udang
Ayam Rendang
Sambal Paru
Ermm haruslah ktorang makan dengan licinnya, semua lauk habis siap bertambah nasi lagi memasing langsung tak pandang kiri kanan hehehhhe.
Bagi kak lily harga sangat-sangat berpatutan dan sesuai dengan level-level rakyat marhaen cam ni kita ni, sedap pun sedap pilihan makanan laut pun banyak kan.
Jom kita ke:
Restoran Warisan Tok Sisik
No 32 Jalan Kasuarina 1/ks7,
Bandar Botanik,
41200 Klang Selangor
Whatsapp :
019-2263004
016-2240474
Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut :
Facebook:
Instagram:
No comments:
Post a Comment
Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!