Friday, August 23, 2019

Kisah Obesiti dan Cara Untuk Kita Mengatasinya

Hi Korang, 

Minggu lepas kak lily berkesempatan ke satu health talk mengenai obesiti dan kesihatan di Kuala Lumpur. 


Eh bukan acara formal pun tau, ianya lebih kepada santai semasa sessi di jalankan. Dr Mustafa M. Taher merupakan Consultant General & Bariatric Surgeon merupakan speaker pada hari tersebut. 

Perkara yang di perkatakan adalah mengenai OBESITI. 

Tau ke makna obesiti tuh apa?? 

Obesiti adalah keadaan perubatan di mana lemak badan yang berlebihan telah terkumpul setakat yang ia mungkin mempunyai kesan buruk terhadap kesihatan, yang membawa kepada penurunan jangka hayat dan / atau peningkatan masalah kesihatan. Obesiti berikutan penggunaan kalori yang berlebihan berbanding dengan perbelanjaan tenaga selama beberapa tahun. 

Kalau dari kecil kite tak jaga, so inilah jadinya nanti kan 

So maknanya Obesiti tuh gemuk, terlebih makan tapi malas nak bersenam. Ye kak lily salah sorang daripadanya yang mengalami masalah obesiti ni. Tapi sekarang ni, nak tak nak memang kena bersenam ye paksa diri untuk bersenam tau. 

Ye kak lily mengaku wokeh!! Nak tipu tipu buat apa plak. Tengok saiz badan pun dah tau dah samada obes ke tak kan 


Korang boleh rujuk di gambar ni cara nak mengira BMI badan korang ek. Eh penting ni tau kena ambil tahu menda-menda cam nie. 

Tahap Obesiti Malaysia Di Asia 

Kalau korang nak tau yang negara kita yang tercinta Malaysia ni merupanya negara yang menduduki tempat pertama di Asia yang kadar obesitinya hampir kepada 50% penduduk di Malaysia ni. Ya ampun takutnya bila kak lily menulis entri ni, rasa insof pun hado oulls. 


Sebab apa jadi cam ni? 

Kerana kita di kelilingi dengan makanan setiap hari. Pilihan makanan yang pelbagai jenis menyebabkan kita senantiasa ingin mencuba makanan-makanan yang tak pernah kita rasa. Asal melangkah je keluar daripada rumah, kita dah nampak banyak gerai-gerai muncul bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Lebih-lebih menu-menu VIRAL ni seperti makanan di letakkan cheese, makanan di campurkan durian dan yang terbaru ini minuman BOBA, ya ampun kalau lalu di depan kedai-kedai BOBA ni kemain panjang manusia beratur untuk mencuba minuman viral ni. 

Punca rakyat menjadi Obesiti 

Pendek kata, apa yang terlintas di depan mata ni semua nak di makannya kan kan kan kan 

Faktor-faktor Terjadinya Obesiti 

Pernah tak korang terfikir apa yang akan jadi lepas kite mengambil terlalu banyak makanan setiap hari? 

Ye kalau asyik makan, makan dan makan tak henti haruslah jadik gemuk kan. Kemudian singgah pulak penyakit yang tak di sangka-sangka macam diabetes, hypertension, jantung, buah pinggang tak boleh di gunakan lag. Errrm kalau nak list down penyakit-penyakit ni memang tak terlarat dibuatnya. 

ini tengah 'VIRAL'' ni, sampai kak lily pun terpengaruh jugak ye

Antaranya adalah pengambilan makanan secara keterlaluan, kurangnya aktiviti fizikal seperti bersenam, ketidakseimbangan hormon dan pelbagai lagi. 

Bila time-time ni plak nak mula bersenam ermm memang tak payah, punah harapan nak sihat dah cuma tawakal kepada Allah je lah. Mungkin boleh sihat dengan mengawal pengambilan makanan yang betul kan 

Antara kaedah penurunan berat badan yang selamat dan semakin menjadi pilihan ramai adalah pembedahan bariatric, iaitu sejenis pembedahan sistem pencernaan dalaman bagi membantu mereka yang menghidap berat badan yang melampau (obesiti) mencapai berat badan ideal. 


Kini muncul salah satu kaedah untuk mengurang selera makan pada kak lily lah. 

Terdapat beberapa jenis pembedahan bariatric yang secara asasnya akan mengurangkan saiz perut pesakit obesiti dimana selepas menjalani pembedahan, penyerapan dan pencernaan makanan dapat dihadkan ekoran dari pengambilan makanan dalam kuantiti terhad dan pada akhirnya si penghidap obesiti akan mendapat berat badan yang ideal. 

Walaubagaimanapun, beberapa kriteria perlu diambil kira bagi melayakkan seorang pesakit obesiti menjalani pembedahan bariatric. Pesakit obesiti perlu mendapatkan khidmat rundingan (consultancy) dari pakar bariatric yang bertauliah terlebih dahulu sebelum operasi ini dapat dijalankan. 


Dr. Mustafa Mohammed Tahir, Pakar Bedah Bariatric di I Heal Medical Centre dan KPJ Ampang Puteri merupakan seorang pakar bariatric yang telah berjaya mentransformasi atau memberi nafas baru kepada pesakit obesiti. 

Menurut Dr. Mustafa, melalui pembedahan bariatric atau juga dikenali sebagai pembedahan pintasan gastrik, pesakit akan berupaya untuk mengawal selera makan kerana pengambilan kuantiti makanan dan jumlah nutrisi yang berjaya diserap oleh tubuh badan pesakit dapat dikawal secara semulajadi dan ini seterusnya akan membuatkan pesakit mendapat berat badan ideal. 

Antara syarat-syarat asas yang perlu ada pada seseorang ingin menjalani pembedahan bariatric adalah pesakit perlu memiliki bacaan BMI badan melebihi 30, pesakit obesiti yang juga mempunyai penyakit-penyakit lain seperti darah tinggi, kencing manis, kesukaran untuk tidur malam dan sebagainya, pesakit obesiti yang gagal menurunkan berat badan melalui diet serta senaman. Pesakit obesiti juga perlu berumur 18 tahun bagi membolehkan beliau menjalani pembedahan bariatric ini 



Prosedur ini melibatkan meletakkan tiub di sekitar bahagian atas perut dan mengetatkan seperti tali pinggang untuk membentuk kantung kecil yang berfungsi sebagai perut yang baru, lebih kecil. 


Bayangkan pisau ini yang di gunakan untuk melakukan kerja-kerja pembedahan tersebut. Hanya dengan tebukan kecil di perut ini, pembedahan ini dilakukan sekitar 45 minit sahaja kalau tiada apa aral melintang. 

Rupanya dah ramai orang melakukan pembedahan ini kerana ianya selamat dan kurang risiko. Di antaranya adalah : 






Kami sempat mendengar sendiri pengalaman dari 2 pesakit yang melakukan pembedahan ini iaitu Abang Rahim seorang pelakon dan pelawak dan Alif anak kepada penyanyi terkenal Nora. 

Kedua-dua mereka melakukan pembedahan ini sejurus mendapati tahap kesihatan mereka sangat membimbangkan. 


Seperti Abang Rahim, nafasnya terhenti sewaktu tidur ermm bayangkan betapa takutnya bila kak lily dengar mengenai tuh ek. Setelah menjalani pembedahan ini, kehidupan Abang Rahim kembali ceria dan dia bebas aktif kesana kemari dengan kegiatan seninya. 


Bagi Alif pula, kesedaran kuat untuk melakukan pembedahan ini adalah apabila dia menyaksikan arwah ayahnya meninggal dunia di sebabkan kurangnya menjaga kesihatan akibat pemakanan mengikut gaya hidup. 

Macam-macam jugak yang kak lily dapat info daripada kedua-dua mereka ini. 

So kesimpulannya kita boleh makan apa yang kita nak makan tapi pandai-pandailah mengawalnya. Apa yang penting mesti kena ada pembakaran kalori di lakukan. Bukan tak boleh makan langsung tapi cuba kita tukar jenis makanan yang kita ambil seperti beras biasa kepada beras perang, perlahan-lahan kurangkan gula, lebihkan sayur dan buah-buahan dan macam-macam lagi cara. 

sempat bergambar dengan Abang Rahim, Dr. Mustafa dan Alif

Terima Kasih diucapkan kepada medi-excell Sdn Bhd dan Dr. Mustafa di atas majlis perkongsian berilmiah yang sangat bermakna ini. Buat mereka yang menghidap obesiti dan memerlukan khidmat rundingan serta bantuan, sila hubungi Puan Rafeah di talian 016-2330678. 


Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut : 

Instagram : 




2 comments:

  1. habislaaaa pasni mu mesti slim ... nanti aku dgn nannie je nampak tembam ... hahaha

    ReplyDelete
  2. Menarik info tentang pembedahan tu. Tapi tulah kan, nak jaga pemakanan seharian memang memerlukan disiplin yang tinggi. Kadang terbabas juga. Tapi,kena cepat-cepat insaf lah.

    ReplyDelete

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!