Wednesday, August 14, 2019

AITEA By ThaiTea, Pilihan Terbaik untuk Peminat Teh

Hi Korang, 

Walaupun kak lily bukanlah peminat tegar teh macam kopi tapi minum tetap minum jugak. 

Sekali sekala pekena teh apa salahnya kan, orang kata teh ni dapat memenangkan fikiran sama macam minum kopi gak hehehhhe 


Bila kak lily dapat cuba teh dari jenama AITEA By ThaiTea ni boleh tahan jugak rasa keenakkannya 

Di antara kebaikan minum teh setiap hari adalah 

1. Dapat mencegah penyakit 

2. Untuk keperluan diet 

3. Dapat menghilangkan hidrasi badan 

4. Baik untuk tulang dan gigi 

5. Elok untuk gangguan pencernaan 

Ermm banyak lagi sebenarnya tapi korang google lah sendiri ek ek ek 

Berikut ni merupakan beberapa jenis teh keluaran dari AITEA By ThaiTea, haruslah kak lily cuba satu per satu kan

Sencha Green Tea

Teknik cara teh hijau ini dihasilkan adalah melalui proses pengasapan selepas dikeringkan. Apa yang penting daun teh hijau dipilih yang paling berkualiti dan diberada id dalam gred yang paling tinggi. Selain iu dalam penyediaan teh hijau ini merek menggunakan teknik orang jepun iaitu 'uku' bagi mengekalkan kesegaran dan aroma teh itu sendiri. 


Hanya masukkan uncang teh ke dalam cawan yang berisi air samada panas ataupun sejuk. Rendam seketika. 

Dalam 1 minit air akan bertukar warna, inilah dia teh hijau 

Tak payah nak letak gula bagai, minum cam tuh jer dah sedap dah. Bercawan-cawan jugak kak lily minum, langsung tak de rasa pahit dan pelik pun. 

Secha Green Tea ini ditawarkan pada harga RM20 untuk satu kotak yang mengandungi 20 uncang teh di dalamnya. Untuk lebih penjimatan beli 2 kotak dengan harga RM35. 

Flower Tea 

Flower Tea ini dijual didalam satu kotak yang mengandungi 5 jenis teh bunga. Dan di dalam set kotak ini terdapat 12 uncang yang dijual pada harga RM39.90 sahaja. 


Lima teh bunga adalah seperti berikut:-

1) Winter Bloom Tea 
Ianya campuran Chrysanthemum, Chrysanthemum Musim Sejuk, Daun Bambu dan Jasmine. Gabungan aroma bunga Chrysanthemum dan melati mampu memberi ketenangan. Ianya juga bagus sebagai anti-penuaan.

2) Rosy Invitation Tea
Teh ini dihasilkan daripada campuran Rose dan Osmanthus. Ramuan bunga mawar dapat mencantiikan kulit. Manakala bunga Osmanthus dapat mengurangkan rasa panas dan juga keletihan badan. Teh ini juga mempunyai agen pencerahan.

3) Taste of Earth Tea
Ianya campuran Buckwheat, Bamboo Leaves dan Osmunthus. Teh ini dapat memberi kesegaran pada badan kita secara semulajadi. Teh ini juga membantu penghadaman.

4) Birth of a Beauty Tea
Teh dari campuran Red Dates dan Ginseng. Ianya mempunyai aroma yang kaya yang hebat. Ramuan didalam teh ini dapat membantu peredaran darah. 

5) Essence of Red Tea 
Mengandungi campuran Rose, Roselle dan Black Grapes. Aroma teh ini sangat menenangkan. Ramuan didalam teh ini dapat mengekalkan keremajaan kulit wajah, mengurangkan keletihan, meningkatkan metabolisme dan juga mampu menghilangkan rasa dahaga.
 

Kak lily mencuba Taste of Earth Tea, ermm not bad serta sedap. Tapi kalau orang tak tahan perutnya, cepat jugak ke tandas untuk membuang tapi sekali je lepas tuh dah ok dah. Kira macam mencuci system pencernaan di dalam badan kita

Kalau nak di ikutkan harga memang mahal sedikit tapi kalau di pandang dari kualiti dan kebaikannya why not kan, dapatlah kita menjaga kesihatan jugak kan. 


Untuk keterangan lanjut boleh layari laman FB Aitea 




#aitea
#aiteabythaitee


1 comment:

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!