Thursday, July 25, 2019

Tengok ‘LIVE’ ASTRO Muzikal Lawak Superstar Di Bukit Jalil

Hi Korang, 

Memang biasa kak lily akan tengok show-show ‘LIVE’ sebegini anjuran Astro, eh kita ada geng kat sana so dapatlah tengok kan hehehehehe 


So jumaat lepas tak de apa nak buat malam, teruslah ke Dewan Sri Putra Jalil ni bagi menyaksikan Muzikal Lawak Superstar anjuran Astro ni. So kenalah duduk seat media untuk buat coverage kan, sebab tuh tak nampak kat tv hehehhe poyo ek nak glamer je lah ahkak ko ni kan. 

Siapa follow rapat rancangan ni? 


'Muzikal Lawak Superstar' merupakan program realiti muzikal komedi terbaharu dari Astro Warna yang menggandingkan 14 kumpulan yang tediri daripada 42 peserta di mana setiap kumpulan akan diwakili oleh dua orang pelawak dan seorang pelakon / penyanyi /selebriti popular (tiga orang dalam setiap l

Masa kakak lily pi tengok tuh ianya merupakan minggu keempat, so memasing tengah berentap untuk mengekalkan tempat pada peringkat yang seterusnya. 


Dengan persembahan penuh bertenaga bagi menebus kekalahan minggu sebelumnya, Kumpulan TITANS yang dianggotai Ain Edruce, Issey dan Ammar berjaya memenangi hati juri dan pengundi di rumah apabila diangkat sebagai ‘Superstar of the Week’ buat kali kedua di minggu keempat ‘Muzikal Lawak Superstar’! Sebagai ganjaran, kumpulan ini akan diberikan 1 ‘Star’ – ini bermakna, jika persembahan mereka diberikan 3 ‘Star’ pada minggu hadapan, dengan serta-mertanya jumlah ‘Star’ mereka akan terkumpul menjadi 4 ‘Star’! 

Minggu keempat yang bertemakan ‘Negeri di Malaysia’ di Muzikal Lawak Superstar itu penuh dengan kemeriahan kerana bukan Kumpulan TITANS sahaja yang menerima 5 ‘Star’ pada malam tersebut, malah, Kumpulan HEART (Azmi Caliph Buskers, Danial Zaini, dan Ezad Lazim) dan Kumpulan JBORN (Joey, Vicha, dan Khir Rahman) juga mendapat markah tertinggi sekaligus meletakkan kedudukan ketiga-tiga kumpulan ini sebagai ‘Top 3’! 


Mungkinkah juri tetap Datuk Awie, Nora Danish, dan Altimet terkesan dengan komen netizen yang mengatakan mereka memberi markah yang tidak sesuai kepada para peserta? In fact, banyak juga kumpulan yang mendapat 4 ‘Star! Kumpulan BOTAK (Achey, Abam dan Black), TAMANZ (Zulin Aziz, Man Raja Lawak dan Tauke), WASAP (Wan Gegau, Syura dan Amir Raja Lawak), NEWBOH (Mamak, Ali Mercik dan Tomok) dan LIBRA (Elly Mazlein, Rahim Sepahtu dan Bell Ngasri) semua mendapat 4 ‘Star’! Kesian juri kita, pemurah sangat pun kena kecam, beri “markah konsisten” pun jadi bualan… 


Akan tetapi, disebabkan format pemarkahan Muzikal Lawak Superstar ini adalah 50% juri dan 50% undian, pemarkahan ‘Star’ tidak menentukan nasib anda. Walaupun mendapat ‘Star’ yang tinggi, namun jika undian tidak menyebelahi anda, peserta masih boleh tersungkur di ‘Bottom 3’. Kumpulan KRONI (Wani Kayrie, Achok Chilok dan Kamal Chilok), WASAP dan BOTAK dipanggil ke pentas oleh hos Nabil Ahmad dan Nabila Huda untuk pengumuman penyingkiran. Akhirnya, KRONI yang diberi 2 ‘Star’ pada malam itu tewas selepas menerima hanya 13.34% undian. 

Seperti biasa, terdapat lagu denda yang wajib digunapakai untuk kumpulan yang berada dalam ‘Bottom 3’, kumpulan WASAP dan BOTAK untuk minggu hadapan iaitu ‘Tinak Tin Tana’ dari filem Hindustan popular, Mann! Tema lokasi pada minggu hadapan pula adalah ‘TEMPAT KERJA’. Bolehkah mereka melonjakkkan diri, keluar dari badi ‘Bottom 3’? Atau terus kecundang di pentas minggu ini? 


Kita saksikan secara langsung gelagat peserta-peserta yang menghiburkan serta pelbagai momen ‘luar jangkaan’, hanya di ‘Siaran Langsung Muzikal Lawak Superstar’ pada setiap hari Jumaat, 9.00 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124)! 


Di antara barisan artis dan selebriti yang terlibat adalah Ain Edruce, Elly Mazlin, Bell Ngasri, Tomok, Achey, Abam, Black, Fad Bocey, Zulin Aziz, Issey, Fakhrul UNIC, Ezad Lazim, Azmi Caliph Buskers, Tauke, Khir Rahman, Shiha Zikir, Joey, Vicha, Ali Puteh, Mamak Puteh, Man Raja Lawak, Amir Raja Lawak, Ammar Titans, Daniel Lawak Solo, Wan Gegau, Syura, Chiwan Chilok, Atu Zero, Sharif Zero dan ramai lagi. 

Selfie sket dengan Issey Fazlisham ni masa PC malam tuh.

Bila kita tengok LIVE memang tak sama tengok depan tv. Dalam tv semuanya nampak indeh-indeh belaka tapi kalau tengok LIVE banyak jugak hiccupnya tau. Kita boleh nampak crew susun props bagai, acik cleaner lap-lap lantai, pengacara duk sibuk menghafal skrip kan macam-macam. 

So next week ni nak pi lagi ek?? 

Eh why not, seronoklah

Kalau nak tiket masuk, pi je kat pintu masuk ASTRO Bukit Jalil tuh lepas solat jumaat nanti ada orang tunggu kat situ untuk bagi tiket ek ek ek..





Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com


8 comments:

  1. kadang-kadang je nonton rancangan nii

    ReplyDelete
  2. Saya pernah tengok live dua minggu lepas. Siap ada perkataan pelawak yang dorang sempat sensored. Betul ke dorang live tepat-tepat jam 9 malam? Mungkin penggambaran dorang pukul 8 malam atau lebih awal lagi supaya dorang sempat sensored perkataan tertentu?

    ReplyDelete
  3. Lepas solat jumaat je ke dia bg tiket .

    ReplyDelete
  4. Lepas solat jumaat je ke dapat ticket

    ReplyDelete
  5. tiket tu beli ke?? atau free? i nk pg tgk live...

    ReplyDelete
  6. nak tanya tempat untuk dapatkan tiket..pukul berapa..ada bayaran tak..

    ReplyDelete
  7. saya dari sarawak nak tengok final muzikal ni..tiket flight dah beli..tapi tak tahu macam mana nak dapatkan tiket..

    ReplyDelete
  8. sorang boleh dapat berapa tiket

    ReplyDelete

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!