Thursday, July 11, 2019

Promosi Makan ‘Blend Of Spices’ di Le Meridien Putrajaya

Hi Korang, 

Lepas raya ni bermula episod promosi makan-makan di restoran, cafe dan hotel. Ini adalah biasa so jangan lah buat-buat terkejut plak ek. 


So semalam kak lily ke Restoran Latest Recipe di Le Meridien Putrajaya sempena promosi ‘Blend Of Spices’ ermm bila bercakap mengenai rempah tentulah menu makanan dari India, Sri Lanka, Pakistan dan sewaktu denganya. Sinonim rempah dan negara-negara ini. 

Siapa yang tak suka dengan rempah ratus kan, untuk kaki makan dan kasi masak haruslah suka kerananya bauannya yang selalu menggoda yang mencari rasa tinggi dalam masakan mereka. 



Sama ada kegemaran tempatan atau citarasa dunia, hidangan ini disediakan oleh Chef Hemal Shashika dari Weligama Bay Marriott Resort & Spa yang berkongsi hidangan –hidangan khasnya yang dicipta dengan gabungan campuran rempah yang unik. 



Dipengaruhi gaya memasak ibunya, Chef Shashika membawa kembali rasa asli dan tradisional dengan menggunakan pemilihan kayu manis, lada cili. Kapulaga, saffron dan lain lain lagi untuk mencipta kesempurnaan di dalam setiap hidangannya. 









Menu istimewa yang akan di hidangkan dari 8hb Julai hingga 21 Julai termasuk Curry Crab Sri Lankan, Chicken Black Curry, Negambo style fish curry - kari ikan yang dimasak dengan kuah yang kaya, tebal yang terbuat dari santan yang disemai dengan jus asam dan campuran rempah-rempah untuk mengimbangi perisa, Devilled Chicken - dengan pengaruh Portugis dan Lamb Pepper stew, Untuk pilihan hidangan vegetarian, pengunjung boleh memilih dari Chilly Fried Alu Kesela (kentang rakan cabai), Sayuran Roti dan Sayuran Patties dan lain lagi. 



Untuk buffet ‘Blend Of Spices’ ni, ianya bermula dari 8hb Julai 2019 – 21hb Julai 2019 dari makan tengahari Isnin – Jumaat, (12.30pm – 2.30pm) dan makan malam (6.30petang hingga 10.00 malam). 

Harga buffet ‘Blend Of Spices’ ni adalah 

Makan tengahari : RM118nett (dewasa) dan RM59nett (kanak-kanak 5-12 tahun) 

Makan malam : RM138nett (dewasa) dan RM69nett (kanak-kanak 5-12 tahun) 

Tetamu boleh menikmati diskaun 20% untuk pemegang kad debit atau kad kredit CIMB, Maybank dan HSBC (terma & syarat dikenakan). 


Untuk tempahan buffet ‘Blend Of Spices’ di Le Meridien Putrajaya boleh hubungi di talian 03-8689 888/6847/6868, email ke dining.lmputrajaya@lemeridien.com

Jom kita ke :- 

Le Meridien Putrajaya Hotel 
Lebuh IRC, 
IOI Resort City, 
Sepang, 62502 Putrajaya 



Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Laman Web: 

Facebook: 




Info sampingan lainnya: 
Parking yang luas di hadapan pintu masuk hotel dan basement. 
Ruang makan yang luas dan selesa.











Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

No comments:

Post a Comment

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!