Monday, July 22, 2019

Promosi ‘FOOD Carnival’ Di Lulu Hypermarket 1 Shamelin Mall, Cheras.

Hi Korang,


Well well well kalau bercakap mengenai makanan inilah orangnyer kan hehehe 

Minggu lepas kak lily berkesempatan ke majlis pelancaran ‘Food Carnival’ anjuran Lulu Hypermarket di 1 Shamelin Mall Cheras. Lately ni rajin pulak ke sini ek, yelah bukan apa pun dekat nau dengan office kan so time lunch ke balik keje ke boleh je nak ke sini. 


Promosi ‘Food Carnival’ ni sedang berlangsung dari 19 Julai hingga 31 Julai 2019 di sini yang mana outlet Cheras ini merupakan outlet yang ke 174 di serata dunia, kemain lagi kan. Wah hebat gak Lulu Hypermarket ni ek 

Festival ini disambut di semua LULU Hypermarket di seluruh dunia sebagai sebahagian daripada usaha pemasaran untuk memperkenalkan pelbagai makanan dari seluruh dunia kepada rakyat Malaysia. Ia sesuai dengan slogan Lulu ‘Where the World Comes To Shop’.





Majlis pelancaran 'Food Carnival' ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, YB Datuk Dr Shahruddin bin Md Salleh, sempat juga YB melawat-lawat keseluruhan outlet Lulu Hypermarket di 1 Shamelin Mall ni.





Di sepanjang promosi selama 13 hari ini, para pelanggan dapat menikmati tawaran hebat pada pelbagai produk makanan ready-to-eat yang berkaitan dengan promosi ini. Objektif utama karnival ini untuk memperkenalkan kepada para pelanggan dengan kepelbagai makanan yang terdapat di bahagian HOT FOOD dan di semua seksyen lain. Terdapat banyak jenis makanan dari masakan tempatan, Arab, India, Timur Tengah dan pencuci mulut yang lazat, biskut dan pelbagai jenis jus minuman unik.



ermm mesti manis ni kan





Terdapat pelbagai jenis tema pada setiap hari, di mana macam-macam jenis makanan akan di hidangkan seperti berikut : 

9 – 21 Julai 2019 - Juices dan Salads 

22 - 24 Julai 2019 - Briyani 

25 – 27 Julai 2019 - Shawarma dan Pizza 

28 – 29 Julai 2019 - Rice dan Noodles 

30 – 31 Julai 2019 - Grill dan Kebabs 

Ermm macam-macam je, haruslah kena singgah jugak nanti ni. 

Selain itu, akan diadakan juga sessi pemotongan Giant Cake pada pada 19 Julai 2019, sempena pembukaan promosi Karnival Makanan. Sebagai acara penutupan, Lulu akan mengadakan cara pemotongan Big Pizza pada 31 Julai 2019, yang terletak di Lulu Hypermarket CapSquare.



Tidak lupa Lulu juga mempunyai beberapa aktiviti untuk pelanggannya seperti Peraduan Briyani, pertandingan Resipi, hiasan Kek, mewarna untuk kanak-kanak dan banyak lagi. 

Sinilah kak lily tunjukkan beberapa produk makanan yang sedang dalam promosi kaw-kaw ek 



kek coklat sedaplah wei

chicken burger, amik bayor makan je settle

apple tuh, sihat sihat pas ni

murah, buat roti bakar sedap ni


Pada masa yang sama, di bawah adalah beberapa promosi berterusan di Lulu: 

Peraduan Dream Drive (1 Mei - 1 September 2019) 

Selepas Peraduan "Shop & Win" yang berjaya tahun lepas, Lulu Hypermarket terus mengadakan pertandingan yang sama, dan kali ini dengan hadiah yang lebih baik. Pada tahun ini, Proton X70 sebagai Hadiah Utama bersama-sama dengan hadiah yang lebih menarik seperti Apple iPhone 7+, TV LED UHD dan Baucar Hadiah Lulu. Apa yang perlu korang lakukan ialah membelanjakan RM75 & ke atas dalam satu resit dari Lulu Hypermarket & Department Store semasa tempoh promosi. 

Sehingga 70% DISKAUN SALE 

Lulu Hypermarket & Department Store sedang mengadakan juga jualan murah sehingga 70% sehingga 31hb Julai 2019, di mana korang boleh menikmati penjimatan besar pada semua outlet kategori dengan harga yang tiada tandingannya. Jangan ketinggalan tawaran hebat ini!


Entah apa aje yang di belinye kak lily ni ek, banyak tuh sebab murah murah kan yang penting semuanya makanan hehhehe


Jom ke : 
LuLu Hypermarket, 
Jalan 4/91, 
One Shamelin Mall,
Taman Shamelin Perkasa, 
56100 Kuala Lumpur.

Keterangan lanjut mengenai promosi di Lulu Hypermarket boleh layari, 

Website : 


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Facebook Page : 

Instagram Link : 



18 comments:

  1. Bestnya kak food karnival kat lulu. Kte nampak makanan sedap2 je haha kalo ke lulu kte nak borong roti paratha fatihah food lagi sebab sedapppp

    ReplyDelete
  2. Wah, hot food tu ada menu berbeza la setiap hari. Takde la jemu kan. Kelas plak tu menu yang disediakan. Dan saya suka kalau dalam satu market ada jual macam-macam. Harga pun boleh tahan. Siap ada less lagi

    ReplyDelete
  3. Banyak membeli-belah nampak... untung laa dapat ke LULU hihi.... Kak Fas dah g yg kat Capsquare tapi yg kat sini belum lagi debab jauh huhu...

    ReplyDelete
  4. wow, macam macam promosi ada. Menarik pulak tu tawaran yang dibuat. Paling best ada hidangan makanan pulak tu. Memang puas hatilah kalau nak memborong sementara karnival ni berlangsung, sambil membeli perut pun kenyang hehe

    ReplyDelete
  5. Alaaa kenapa tarikh yg kita tak balik KL. Kalau tak boleh shopping makanan-makanan favourite. Huhu. Nak bagitau mak lah kot dia nak pi shopping gak.

    ReplyDelete
  6. Wah Kuala Lumpur lagi. hehe. Kalau di Kedah dah lama Naim pi serbu. Apapun terima kasih share lokasi dan gambar pada event sebegini

    ReplyDelete
  7. alaaa..dah lama teringin nak pegi lulu hpermarket ni..ramai cakap byk brg murah2..kena cari masa jugaklah nak pegi nnt...

    ReplyDelete
  8. Wahh ada karnival ekk, sis baru tahu. Syiok nya, rugi pulak sis tak ke sharmelin ahad lepas, sis dok pergi kat yg kl punya sb nak habiskan voucher yg ada, kalau tau sure dah ke sana

    ReplyDelete
  9. Alaaaa....sibuk ngan kerja..weekend dah balik Seremban..bila la nak terjah luluhypermarket ni...jeles tgok korang...

    ReplyDelete
  10. baca kat mana ntah ari tu tau.
    tgk harga nyer tu mak aii, murah nyer!!! biar benar???
    terbaik la.
    tu la jauh, lily. camne la nak gi :( sampai ati buat jejauh.

    ReplyDelete
  11. untung la orang cheras boleh shopping kat lulu ni, bila nak buka satu cawangan kat puchong? kami pun teringin nak datang berbelanja kat sini. tak tahan jiwa tengok harga barang semua murah & banyak pilihan

    ReplyDelete
  12. Susu dutch lady dengan sos prego tu serius murah. Kalau beli sos prego tu, kena beli banyak banyak terus buat stok setahun. Benda benda kering ni senang sikit sebab tahan lama kan.

    ReplyDelete
  13. wa congrats to ppl in Cheras. Lulu Hypermarket at 1 Shamelin Mall, Cheras indeed is a nice place for ppl to shop for everything. I wish to make a visit there soon.

    ReplyDelete
  14. bestnya ada pesta makanan! teringin nak pegi. in shaa Allah kalau ada masa free, saya akan singgah untuk melihat food carnival ni. macam nak try je semua makanan yg ada. haha :)

    ReplyDelete
  15. tu dia.diskaun macam-macam..harga murah..aktiviti lagi..suka tengok kawna-kawn pergi sini..nak sanagt pergi tapi entah bila free..hahaha

    ReplyDelete
  16. bestnya mcm2 ada!! bertuah sapa yg stay area sana.. Awa ni mujur jauh je kalau dekat mmg serbu gi dah juga ni... best kan bila dapat shopping suasana selesa dgn harga berbaloi.. ada bnyk promosi plak tu

    ReplyDelete
  17. Banyak betul diskaun dia. Mmg berbaloi shopping kat sini. Aku rasa tiap2 bulan hahhahahha ko shopping kat sini

    ReplyDelete
  18. OMG everything there looks so affordable and not to mention worth every single penny. Wish there is a branch here in Melaka so that we can enjoy those unbeatable discounts as well.

    ReplyDelete

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!