Hi Korang,
Kemaskan beg anda dan bersiaplah untuk menikmati musim panas yang menyeronokkan kerana Vietjet telah menawarkan pengembara cara yang mudah dan berpatutan untuk meneroka Vietnam dan bahagian-bahagian lain rantau ini menerusi kempen promosi musim panas terkini ‘Fly for Love - Show your summer version’.
Dari 19–21 Jun 2019, sebanyak 1,000,000 tiket promosi penjimatan super serendah MYR0 (*) ditawarkan semasa waktu emas dari 1pm hingga 3pm (waktu Malaysia). Tawaran ini adalah untuk penerbangan antara 20 Ogos 2019 hingga 31 Disember 2019 (**).
Tiket-tiket promosi adalah untuk semua laluan domestik di Vietnam dan laluan antarabangsa dari Vietnam ke Kuala Lumpur (Malaysia); Bali (Indonesia); Seoul, Busan, Daegu (Korea Selatan); Kaohsiung, Taipei, Taichung, Tainan (Taiwan); Hong Kong; Singapura; Bangkok, Phuket, Chiang Mai (Thailand); Yangon (Myanmar); Siem Reap (Kemboja), dan juga semua laluan domestik dan antarabangsa daripada dan di dalam Thailand.
Anda yang mahu terbang dari Vietnam ke Jepun akan menikmati promosi harga istimewa yang ditawarkan pada setiap jam semasa tempoh promosi. Ini adalah peluang terbaik untuk meraih tiket promosi untuk lawatan pintu masuk di Vietnam dan negara lain menerusi perluasan rangkaian Vietjet ke seluruh Asia.
Tiket-tiket promosi boleh dibeli menerusi semua saluran jualan termasuk laman web syarikat penerbangan Vietjet di www.vietjetair.com, aplikasi mobil - Vietjet Air atau https://www.facebook.com/VietjetMalaysia (hanya tekan butang “Booking”).
Kempen musim panas Vietjet direka khas untuk orang yang suka mengembara dan mahu keluar dari zon selesa mereka dan mengapai impian mereka! Kempen ini juga adalah peluang yang baik untuk orang ramai meninggalkan segala resah bimbang di rumah, menzahirkan diri mereka penuh keseronokan dan menyertai persekitaran festival meriah pada musim panas ini.
Join Amy for one-of-a-kind summer parade
Bukan itu sahaja! Mereka yang tidak bimbang melahirkan sisi seronok mereka juga akan mendapat ganjaran berupa hadiah eksklusif sebagai penumpang Vietjet yang berpakaian dalam pakaian cosplay kegemaran mereka semasa menaiki penerbangan Vietjet dari 1 Jun 2019 hingga 31 Julai 2019.
Let’s cosplay and fly with Vietjet
Sejak memulakan penerbangan pertama pada 2011, Vietjet telah menjadi syarikat penerbangan perintis, memenangi hati jutaan pengembara menerusi promosi-promosi menarik, hiburan di dalam penerbangan, terutama pada musim-musim perayaan. Dengan perkhidmatan berkualiti tiket, pelbagai kelas tiket, Vietjet menawarkan para penumpang pengalaman penerbangan di dalam pesawat baharu dengan kerusi selesa dan makanan panas yang enak dan disajikan oleh kru kabin yang menawan, berdedikasi dan mesra, serta banyak lagi perkhidmatan tambahan yang menarik.
Untuk maklumat dan perkembangan terkini mengenai kempen ini, sila lawat - https://www.facebook.com/VietjetMalaysia.
(*) Tidak termasuk cukai, fi
(**) Tidak termasuk cuti umum kebangsaan
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Mengenai Vietjet:
Vietjet adalah syarikat penerbangan pertama di Vietnam yang beroperasi sebagai penerbangan era baharu yang menawarkan kadar tiket fleksibel, jimat kos dan pelbagai perkhidmatan bagi memenuhi permintaan pelanggan. Ia menyediakan bukan sahaja perkhidmatan pengangkutan tetapi juga menggunakan teknologi e-dagang terkini bagi menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan untuk pengguna. Vietjet adalah ahli penuh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) dengan sijik Audit Keselamatan Operasi IATA (IOSA). Vietjet menerima anugerah “Best Ultra Low-Cost Airline 2018-2019” dan penarafan tertinggi keselamatan dengan 7 bintang oleh laman web tunggal penarafan mengenai keselamatan dan produk AirlineRatings.com. Syarikat penerbangan ini juga tersenarai di dalam 50 syarikat penerbangan terbaik dunia dari segi kewangan dan operasi sihat oleh Airfinance Journal pada 2018.
Pada masa ini, Vietjet mengendalikan kira-kira 400 penerbangan sehari, mengangkut lebih daripada 80 juta penumpang sehingga kini, dengan 116 laluan meliuti destinasi di seluruh Vietnam dan destinasi antarabangsa seperti Jepun, Hong Kong, Singapura, Korea Selatan, Taiwan, China, Thailand, Myanmar, Malaysia, Indonesia dan Kemboja.
terbaik!
ReplyDelete