Sunday, May 5, 2019

Promosi Buffet Ramadan 2019 ‘Nur Ramadhan' di UBE Banquet Hall D’Nilai 3

Hi Korang,


Kak lily sambung lagi citer pasal buffet Ramadan ni ek hehehhe 

Kali ni kak lily nak bawak korang ke buffet Ramadan yang comey benau tempat setup nya di Nilai 3. Ermm jauh sket tapi best sebab lokasinya lah.

Kak lily datang dengan Misz Ella, lama benau tak jumpe jom bergambar dulu

UBE Banquet Hall D’Nilai 3 ini telah beroperasi selama 3 tahun dan juga turut menawarkan 2 jenis sewaan dewan iaitu Dewan Seri Orked (Mini Dewan) dam Dewan Seri Tanjung (Dewan Besar). 

Dewan Seri Orked mempunyai kapasiti tetamu seramai 80 orang dalam satu masa dan dewan ini sesuai digunapakai untuk majlis yang kecil seperti seminar, kursus, mesyuarat dan majlis keraian.

Manakala Dewan Seri Tanjung ini pula dijadikan tempat untuk melansungkan perkahwinan dalam kuantiti pax yang ramai kerana ianya boleh memuatkan jumlah kapasiti pax yang ramai iaitu sehingga 1500 orang dan mampu memuatkan sebanyak 50 meja dalam satu masa.



UBE Catering ini sudah berkecimpung di dalam industri ini sejak tahun 1998 sehingga kini. Pengalaman lebih 20 tahun sudah membuktikan perkhidmatan UBE Catering ini memang di percayai dari dulu hingga kini.

Bagi buffet ‘Nur Ramadhan’ di UBE Banquet Hall D’Nilai 3 ini ianya menawarkan pelbagai jenis makanan mengikut stall-stall (gerai-gerai) yang telah pun di tetapkan seperti

Buffet Utama (Masakan Ala Kampung)

Stall ’Live Cooking’

Stall Mee

Kid Station

Stall Minuman

Stall Pencuci Mulut

Macam menu makanan ada kan, itulah sampai kak lily tak tau yang mana satu nak pilih untuk makan ni. 















Kan pening kan kan kannnn


Selain daripada surau di sediakan, UBE Banquet Hall ini juga menyediakan tempat untuk kanak-kanak bermain berdekatan dengan meja makan yang telah pun di sediakan. So ibu bapa boleh makan dengan tenang tanpa gangguan daripada anak-anak kerana leka bermain disini. 

Bagi kak lily, lokasi UBE Banquet Hall ni memang betul-betul strategik lah di Nilai 3 ni. Yelah kita semua tau kan yang Nilai 3 ni adalah pusat membeli-belah yang terkenal, so lepas shopping-shopping tuh rasa malas balik atau penat nak balik boleh je datang makan di sini. Jadi lepas buka puasa then barulah balik kan hehehhhe

Untuk buffet ‘Nur Ramadhan' ni, ianya bermula dari 10hb Mei 2019 – 1hb Jun 2019 dari 6.30petang hingga 10.00 malam. 

Harga buffet ramadhan 2019 ni adalah 

Harga Walk In : RM45nett (dewasa) dan RM15nett (kanak-kanak 5-12 tahun) 

Menu yang di tawarkan oleh UBE Catering telah mendapat pengesahan HALAL dari pihak JAKIM. bukan itu sahaja UBE Cateringjuga mempunyai lebih 50 variasi juadah yang boleh dipilih oleh pelangan.

Majlis-majlis yang di sediakan:
Majlis Perkahwinan
Majlis Pertunangan
Majlis Akikah
Majlis Hari Jadi (Birthday Party)
Majlis Hari Keluarga (Reunion)
Majlis Makan Malam
Majlis Kesyukuran
Majlis Barbeque
Seminar/Kursus/Ceramah

Untuk tempahan buffet ‘Nur Ramadhan di UBE Banquet Hall D’Nilai 3 boleh hubungi di talian 06- 794 1209 / 010-700 7728 / 010-700 7738

Jom kita ke :- 

UBE Catering Services
UBE Banquet Hall
Lot 16660,Jalan Delima 1,
Kawasan Perinsdustrian Nilai 3
71800 Nilai.Negeri Sembilan



Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 



Info sampingan lainnya: 
Parking yang luas di di hadapan dewan
Ruang makan yang luas dan selesa. 


Ok ini baru beberapa tempat buka puasa yang kak lily tulis, sebenarnya ada banyak lagi tau. 

Untuk nak tau lebih lanjut mengenai food review tahun 2019, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2019 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.




19 comments:

  1. tempat cantik.. makanan pun mesti best!

    ReplyDelete
  2. Scroll punya scroll tak sedar perut dah berbunyi-bunyi .. haha.. terberhenti dekat sambal Ikan bilis petai tu.. alahai.. kegemaran sangat tauuu.. huhu.. ok .. kalau nak ajak family kena tayang gambar2 ni dulu.. hahaha..

    ReplyDelete
  3. wah bestnya tempat ni, ruang yang cantik dan selesa pulak tu. parking pun luas kan? weekend nanti bole lah singgah nilai pergi buka puasa sana.

    ReplyDelete
  4. Cantiknya tempat ni sangat exclusive dan juga mewah heheheh tengok macam gudang bila masik dalam wow bestnya. Lepas tu boleh buka puasa terus kat sini meriah tengok makananya banyak harga berpatutan dengan lokasi dan jumlah makanan...

    ReplyDelete
  5. Hidangan menarik, tempat pun best siap ada tempat mainan budak2, senang mak pak nak berbuka. Cuma jauh le pulak dr umah sis kalau nak ke sana, kena cr driver dulu baru leh kesana

    ReplyDelete
  6. Pwegh jauh kak makan ye.. Hehehe.. Bgusla kot kalau ade urusan dekt sna.. Boleh makan dekt sini.. Org nogori boleh p.. Nampk semua lazat tu..

    ReplyDelete
  7. Wah...sedapnya. rasa lapar pula tengok makanan ini. I better go breakfast now.

    ReplyDelete
  8. Ya ampunnnn makanan kat sini mencabar keimanan betul. Sedap2 rupanya hakhak. Bila nak belanja aku berbuka ninhaha

    ReplyDelete
  9. Tahun lepas datang UBE. Tahun nie belum lagi. Rawlins suka sebab tempatnya luas, suraunya pun selesa manakala makanannya banyak dan sedap.

    Ajak Rawlins please next time Kak CLP.

    ReplyDelete
  10. Pernah datang makan kat UBE Banquet Hall ni. Makanan memang sedap sangat sangat. Puas hatilah makan. Yang nak buka kat sini memang disyorkan

    ReplyDelete
  11. Suka tengok dieorang punya deko. Menarik sangat macam melayu lama-lama dulu. Makanan die pun banyak pilihan jugak. Nampak sedap sedap jugak

    ReplyDelete
  12. best tempat ni..sebab ada tempat permainan kanak2 sekali so tak ganggu sgt mak ayah nak makan hahaha..sejenis tempat yang byk stall..i like it their decoration very nice and cozy..syoklah berbuka kat sini.harga pun not bad..kenapa ye kat area2 sini semua murah2 harga..compare penang mahal terrr

    ReplyDelete
  13. Tak sangka kat Nilai 3 ada tempat berbuka yang menarik macam ni. Kakak kita dok Nilai. Bolehlah ajak dia berbuka di sini nanti. Mesti seronok

    ReplyDelete
  14. meanriknya deko dia , nampak klasik sebab ada dulang dan batik....makanan pun semua nampak sedap dan harga dia juga agak murah dan berbaloi untuk seisi keluarga

    ReplyDelete
  15. wahhh ini satu lokasi yang sangat bagus dan sesuai untuk bawa family datang berbuka. lihat sahajalah menu yg ditawarkan . semua nampak menyelerakan sungguh. harga pon berpatutan. best nya !

    ReplyDelete
  16. Best la tempat tu siap ada tempat permainan untuk kanak kanak. So parents can enjoy the food while the chidlren can play after they eat.

    ReplyDelete
  17. Deko dia memang sesuai dengan hidangan tradisional yang di sediakan. Nak makan pun selesa bila lihat deko begini memang taste Ruby.

    ReplyDelete
  18. Lawa laaaa dekorasi tempat nya. Nampak selesa. Makanan tuu punya laaa banyak pilihan. Bagusnya harga dia amat berpatutan. Nak bawak family buka kat sini laaaaa

    ReplyDelete
  19. penah hadir wedding di UBE, tempatnya memang luas dan selesa. Nak parking pun senang sepanjang jalan.

    Saya amat menggemari masak lemak yang dimasak di negeri sembilan oleh orang nogori. Rasanya memang authentic.

    ReplyDelete

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!