Saturday, May 4, 2019

Promosi Buffet Ramadan 2019 ‘Jom Singgah @ RELISH' di Fraser Residence Kuala Lumpur

Hi Korang, 

Kak lily sambung lagi citer pasal buffet Ramadan ni ek hehehhe 


Kali ni kak lily akan bawa korang ke Relish di Fraser Residence Kuala Lumpur. Ermm kengkawan PR ajak so kak lily pun pilah kebetulan ada kerja kat KL hari tuh so oklah kan.
 





Restoran Relish di Fraser Residence Kuala Lumpur menawarkan pelbagai jenis hidangan tradisional Melayu, hidangan Malaysia serta masakan barat untuk membangkitkan perjalanan keinginan gastronomi untuk berbuka puasa nanti. Promosi "Jom Singgah" berlangsung dari 8 Mei hingga 2 Jun 2019, yang dibawa kepada anda oleh para chef di Relish ini.












Para Chef akan mempamerkan kepakaran makanan tempatan dan barat yang termasuk Ayam Panggang Bijan berasap, Daging Masak Kayu Manis , Ikan Sembilang Goreng Berlada, Loh Hon Chai serta Pan-fried Seabass yang dimasak dalam sos Black Bean. 


Untuk buffet ‘Jom Singgah @ Relish’ ni, ianya bermula dari 8hb Mei 2019 – 2hb Jun 2019 dari 6.30petang hingga 10.00 malam. 

Harga buffet ramadhan 2019 ni adalah 

Harga Walk In : RM98nett (dewasa) dan RM58nett (kanak-kanak 5-12 tahun) 

Untuk ‘private gathering’ sebanyak 50 orang dan ke atas, Fraser Residence Kuala Lumpur menawarkan menu bufet yang disesuaikan khas untuk mereka yang berminat untuk menganjurkan untuk mendapatkan jamuan persendirian.Harga bermula dari RM120nett. 

Bagi keselesaan semua tetamu Islam, Fraser Residence Kuala Lumpur menawarkan bilik solat lelaki dan wanita yang berasingan di tingkat 5 di Tower I. 

Untuk tempahan Buffet Ramadhan 2019 di Le Meridien Putrajaya boleh hubungi di talian +603 2191 0888 , email ke fb.frkl@frasershospitality.com

Jom kita ke :- 

FRASER RESIDENCES KUALA LUMPUR
No 10 Jalan Cendana
Off Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 




Info sampingan lainnya: 
Parking yang luas di  basement. 
Ruang makan yang luas dan selesa. 


Ok ini baru beberapa tempat buka puasa yang kak lily tulis, sebenarnya ada banyak lagi tau. 

Untuk nak tau lebih lanjut mengenai food review tahun 2019, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2019 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.


No comments:

Post a Comment

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!