Hi Korang,
Kak lily sambung lagi citer pasal buffet Ramadan ni ek hehehhe
Kali ni kak lily akan bawa korang ke Goat 2 Go Teknocafe di MAEPS Serdang. Berbuka puasa di ni lain macam sebab ianya berbuka di dalam taman.
Ini adalah pertama kali pihak G2G Teknocafe mempromosikan Promosi Iftar Ramadhan G2G. Selain promosi iftar , pihak G2G juga menyediakan :-
- Surau (Solat Tarawih juga diadakan)
- Kawasan tempat letak kereta yang luas
- Hanya RM5 sahaja untuk masuk ke G2G Animal Garden
Tempatnya pun cantik tapi tak sempat kak lily nak ambil gambar sebab sampai sana lepas maghrib kann hehehe, alah dekat dengan rumah so bolehlah lambat-lambat sket pi.
Di antara menu-menu yang dihidangkan di buffet Ramadan nanti seperti Kari Kambing, Sayur Campur, Sayur Bak Choy Tauhu Telur Tiram, Masak Lemak Ayam, Ikan Keli Berlada, Dory Sweetsour, Daging Salai Masak Lemak, Pelbagai Jenis Ikan Masin bersama Acar & Papadom, Sambal Goreng / Sambal Belacan / Sambal Kicap / Budu / Cencalok / Sambal Gesek bersama Ulam- ulaman, Nasi Mandy Kambing dan banyak lagi
Untuk makanan barat pula, korang bakal di hidangkan dengan Aglio Olio, Angel Pesto, Mac & Cheese, Tomato Bruchetta dan Salad
Terdapat juga ’Live Kiosk‘ seperti Sup Ayam / Sup Kambing / Sup Daging, Mee Goreng dan Kuew Tiow Goreng
Bagi bahagian ‘Live Grill’ adanya Kambing Golek yang akan di bakar tanpa henti di sepanjang malam di setiap buffet Ramadan. Jadi korang tak perlu risau kalau kambing tak cukup kerana kambing akan di bakar tanpa henti ye.
Bahagian pemanis mulut pula, ada Kuih - Muih Tradisional Melayu, roti jala, kek batik, cream puff , bubur, jeruk dan banyak lagi.
Iringan muzik dan nyanyi dari Maestro Band akan didendangkan ketika para tetamu sedang menikmati juadah berbuka puasa. Yesza dapatlah hibur-hiburkan hati ek hehehe
Harga buffet ramadhan 2019 ni adalah
Harga Walk In : RM59.90++ (dewasa) dan RM39.90++ (kanak-kanak 5-12 tahun)
Bagi 100-300 orang , tawaran pakej privasi ditawarkan dan lokasi adalah di G2G Garden Hall.
Untuk maklumat lebih lanjut dan tempahan :
Whatsapp : 01165593877 (Afrina) | 0172739051 (Yum)
Jom kita ke :
Goat 2 Go Teknocafe
MAEPS SErdang.
Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut :
Info sampingan lainnya:
Parking yang luas di sebelah cafe
Ruang makan yang luas dan selesa.
Ok ini baru beberapa tempat buka puasa yang kak lily tulis, sebenarnya ada banyak lagi tau.
Untuk nak tau lebih lanjut mengenai food review tahun 2019, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2019 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.
No comments:
Post a Comment
Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!