Hi Korang,
Baru-baru ini kak lily berkesempatan ke majlis pelancaran koleksi raya jenama tudung Hermanas Bawal di The Curve.
Koleksi tudung bawal istimewa ini menampilkan tudung bawal dengan material berkualiti tinggi iaitu Premium Cotton Voile yang semenangnya mudah dibentuk dan tidak mudah kedut.
Di majlis ini juga, Penyanyi Adira Suhaimi mengumumkan kolaborasi bersama jenama tudung Hermanas bersempena kempen raya 2019. Pengasas Hermanas iaitu, Syed Zulhilmi Tuan Syarif bersama isterinya Zulaikha Mohamad berkata, koleksi istimewa itu boleh didapati sepanjang bulan Mei dan Jun ini
“Dengan pelancaran Koleksi Raya Hermanas X Adira ini kami berharap Hermanas akan lebih dikenali ramai di dalam dan luar negara. Sehingga kini pelanggan kami bukan sahaja dari Malaysia malah negara luar seperti Singapura, Indonesia, Brunei, Australia dan Arab Saudi”.
“Bawal Hermanas sangat berbeza dari bawal yang sedia ada di pasaran kerana material yang digunakan adalah material yang diperbuat khas untuk Hermanas iaitu Hermanas Premium Cotton Voile, ia sangat senang bentuk, tidak mudah kedut, 'on point' sentiasa. Dan paling istimewa harganya juga sangat berpatutan,” ujar Syed.
Dalam pada itu, pemilihan penyanyi Adira disifatkan paling sesuai berikutan wanita tersebut juga berimej muslimah.
“Adira adalah pilihan yang tepat sebab salah satunya dia sendiri bertudung. Cara pemakaian dia juga cantik, trendy dan kemas bersesuaian dengan tudung bawal Hermanas."
“Selain itu juga, Adira mempunyai pengikut tersendiri yang mempu meningkatkan Hermanas ke tahap lebih tinggi,” ujarnya.
Pada majlis itu juga, Adira telah tandatangan sehelai tudung istimewa edisi terhad yang akan dibuka untuk bidaan bermula dengan RM1,000. Duit hasil lelongan itu akan disalurkan ke badan kebajikan sempena menyambut hari raya nanti.
Sekitar sessi tudung tutorial di majlis pelancaran #HermanasXAdira. Cantikkan Adira, simple je makeup. I like..
Koleksi Raya Hermanas X Adira menawarkan 12 rekaan keseluruhan dengan enam rekaan pertama akan dilancarkan pada Mei dan selainya akan dilancarkan pada awal Jun depan. Setiap design mempunyai lebih 5 kombinasi warna, dari koleksi ini sahaja menampilkan lebih 40 kombinasi warna.
Koleksi itu boleh didapati dengan harga RM69 sehelai. Dan sempena musim perayaan ini, peminat bawal Hermanas boleh mendapatkan dengan harga istimewa untuk pembelian tiga helai iaitu RM197 dengan penghantaran percuma dan berserta dengan kotak eksklusif.
Selain itu, koleksi ini juga boleh didapati dengan semua stokis sah Hermanas di Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.
Kalau hendak ke butik Hermanas di Kota Damansara, ini alamatnye:
29-1 JALAN PJU 5/20E
The Strand Kota Damansara
47810 Petaling Jaya, Selangor.
Telefon : 010-334 8784.
Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut :
Website :
www.hermanas.my
Facebook Page :
Instagram :
Wow adira crush lama dulu. Kemain eh kuarkan tudung skang. Cantik juga koleksi ni. Nnti nak beli nak bagi kat mak. Mesti cantik!
ReplyDeletethese look legant and nice... i can inform my friend in Singapore now as they did ask me where to find this at Singapore... so coincidence you have this article and i can share with them....
ReplyDeletecantiklah koleksi tudung Adira nie. nampak lembut je pada si pemakai. warna dia pastel dan coraknya sangat menenagkan bila tengok. cantik untuk dipakai dengan apa sahaja warna baju. kak lily nanti upload gambar pakai tudung Adira ya. Nanti kita nak komen. hihi
ReplyDeleteOh actually first time dgr brand Hermanas ni, maybe sbb I’m not into bawal kot..nampak cantik2 jugak yea design tudung dia..bagus juga mmg my fav kalau jenis yg packaging tudung tu siap kotak etc, best rasa bila beli mcm exclusive pon ada hehe.
ReplyDeletetudung bawal memang evergreen dan tak lapuk dek zaman. orang kata pakai bawal nampak 10 tahun mudah dr usia sebenar, wah ada promolah. kene grab cepat
ReplyDeleteCantiknya tudung terbaru dari Adira lama tak nampak beliau ni menyanyi lagu baru tak ada ker hehehehe tapi Adira makin putih lah wakakakakka...
ReplyDeleteCantiklah koleksi tudung Hermanas ni 12 warna dan corak yang menarik. Sesuai dengan duta nya yang cantik jugak. Harga pun berbaloi dengan material yang berkualiti.
ReplyDeletecantik sangat design koleksi Adira ni, first time dengar brand Hermanas ni. Butik dia dekat pulak tu dengan area rumah.
ReplyDeleteEh cantikla tudung bawal dia. Corak dia tu menawan kalbu sungguh.. Macam senang je nak pakai dia.. Berkenan pulak.. Hahaha.. Tapi harga pun boleh tahan ye
ReplyDeleteCAntik cantik design dia. Sesuai sangat dieorang keluarkan waktu ni sebab orang tengah prepare nak raya semua kan. Mesti lah nak tudung baru
ReplyDeleteCantik-cantik juga ya koleksi hermanas ni.Syg nya sy dah kurang pakai tudung Bawal skrg sbb x suka tudung mengembang bila pakai spec. Huhu
ReplyDeleteTahniah Adira atas pelancaran Tudung Hermanas! Cantiklah tudung Adira tu... kena beli satu nih..buat pakai raya he he he
ReplyDeletewah tudung raya 2019 dah boleh nampak design mana satu ni. cantik betul design tu, fresh, moden gituh. boleh beli online tak kak lily? ingat nak beli sehelai untuk mak, boleh pakai pergi open house nanti.
ReplyDeletewah Adira, suka betul dengan dia. Tak sangka makin manis dan cantik dia sekarang. Btw nice betul design-design dia ya kak.
ReplyDeleteJenama baru. Kita suka bila banyak jenama baru ada. Sebab suka tengok
ReplyDeletedesign yamg cecantik. Memang lawa sweet tudung dari hermanas ni. Harga pun boleh tahan. Boleh laaa bodek en suami tudung raya nanti. Hehee
Cantik jugak koleksi tudung dia ni ya, boleh dijadikan koleksi pribadi ataupun bagi hadiah kat adik beradik. Kakak sis kalau tengok ni sure dia merengek nak ni..:D
ReplyDeleteBanyaknya pilihan tudung nak cantik. Mesti the gegirls semua pening nak pilih mana satu kan? Dah ada offer tu, baik kaut mana yang berkenan kan.
ReplyDeletecantiknya design tudung ni...
ReplyDeleteCantik design tudung nyer, very contemporary dan sesuai untuk day and night wear juga.
ReplyDeletenice design... elegant sgt
ReplyDelete