Monday, May 6, 2019

Festival GEGAR GEMPAK RAYA 2019 Di MAEPS Serdang, Jom Ketinggalan Tau!!

Hi Korang, 


Camne hari pertama puasa? Ok ke idokk nie…. 

Ni kak lily as usual nak share dengan korang khususnya kepada korang yang belum berkesempatan lagi nak menyediakan keperluan raya untuk tahun ni. 


Festival gegar gempak raya 2019 bakal menjelma kepada warga Kuala Lumpur dan Selangor umumnya yang dibawakan khas oleh Aisy Azka Event Management Services bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengunjung menuju waktu puncak Ramadhan dan di dalam proses percubaan bagi memecah rekod bagi "Largest Foodtruck Gathering" di bawah Malaysia's Book of Record. 

la akan membuka tirai yang pertama selama 72 jam tanpa henti bermula 24 Mei 2019 seawal jam 12.00 pagi sehingga 26 Mei 2019 manakala fiesta trak makanan akan berkampung selama 3 hari di Maeps, Serdang bermula dari 4 petang sehingga 5 pagi.

En Azuan selaku penaung Aisy Azka Event Management Services

Konsep yang dibawakan merupakan beramal sambil berniaga dan mesra ibadah memberi manfaat kepada pengunjung dan usahawan yang ingin menunaikan terawih berjemaah selain dari berbuka puasa piknik bersama dengan keluarga sebelum kembali membeli persiapan Aidilfitri. Jom sahur dibawa khas bersama VIP dan sponsor makanan; Arabic Kitchen bagi memeriahkan keadaaan di luar waktu puncak.

En Azlan selaku Aisy Azka Event Management Services

Sementara itu, GEGAR GEMPAK RAYA (GGR) Kongsi Kebahagiaan bakal dilaksanakan pada 25 dan 26 May 2019 bagi membawa aktiviti rewang penyediaan bubur lambuk, menganyam ketupat dan rendang bagi orang awam. Turut serta dalam festival ini antaranya 45 selebriti tempatan yang bakal di tempatkan di setiap gerai dan booth dan juga para usahawan yang menggabungkan produk keperluan diri dan rumah sekali gus menjadikan Gegar Gempak Raya 2019 satu lokasi yang membawakan kesemua keperluan di bawah satu bumbung. 

barisan penganjur dan rakan artis yang turut hadir di majlis sidang media Gegar Gempak Raya 2019

Di antara artis-artis yang akan memeriahkan lagi Gegar Gempak Raya 2019 ini adalah seperti berikut : 

1. ZAIN SAIDIN 

2. ROZITA CHE WAN 

3. RASHID JAAFAR 

4. KAPTEN MOHD NOR 

5. HAZAN SCAN 

6. SHARNAAZ AHMAD 

7. NINA FAZURINA 

8. SYED ALI 

9. ZAZLY BAGINDA 

10. HARIEYANTO HASSAN 

11. MAZNAH ZULKIFLI 

12. QAZEM NOR 

13. SITI FAIRUS 

14. S.MARIAM 

15. NINA ISKANDAR 

16. AYU DAMIT 

17. REYHANA 

18. DEJA MOSS 

20. IZZUE ISLAM 

21. ASHRAF MUSLIM 

22. RIEZMAN KHUZAIMI 

23. ERNIE ZAKRIE 

24. SYAMEL 

25. NORANIZA IDRIS 

26. SHAFIQCUTE 

27. ZULIN AZIZ 

28. NABIL 

29. ALIF SATAR 

30. MARIA TUNKU SABRI 

31. EZZATY ABDULLAH 

32. PUTRA AMARIS 

33. ELYANA 

34. BADRUL MUHAYAT 

35. ARIFF AZIZ 

36. ACHEY 

37. ZAITON SAMEON 

38. NIZAM RAHMAN 

39.ARJA LEE 

40. DANNY X-FACTOR 

41. BLACK HANIFAH 

42. ZOEY RAHMAN 

43. ROSLAN SYAH 

Usahawan tempatan dari kepelbagaian produk dijemput hadir bagi memeriahkan dengan harga akhir antaranya RM2,700 bagi zon standard manakala RM3,500 bagi zon tumpuan yang berada di hadapan pintu masuk dan keluar bersama "standard shell scheme". Mari kita memartabatkan ekonomi semasa sambil beribadah sambil berniaga sambil membantu ekonomi usahawan tempatan. 


Untuk info lanjut boleh ke : 

Facebook Page : 

Instagram :



2 comments:

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!