Hi Korang,
Mengambil keberkatan daripada kehadiran bulan Ramadhan, Bangi Golf Resort (BGR) mengajak orang ramai mengambil kesempatan di bulan mulia ini untuk Iftar Sesama insan-insan yang mereka sayangi.
Bukan sahaja bersama ibu, bapa, isteri, anak-anak dan ahli keluarga lain, bahkan sesama rakan dan insan-insan yang kurang bernasib baik, menikmati sajian enak disediakan oleh kumpulan chef berpengalaman.
Tarikan utama buat pengunjung sudah tentu seleksi buffet dengan lebih 200 jenis makanan daripada hidangan tradisional Melayu, yang membangkitkan kenangan masakan ibu di kampung, hingga kepada hidangan Barat, untuk cita rasa lebih moden.
Konsep ‘Kebun Dalam Bandar’, sememangnya sesuatu yang bermakna dan menjadi kebanggaan Restoran BGR, dengan mengenegahkan bahan mentah yang ditanam sendiri khususnya bagi masakan Melayu dan tradisional.
Nasi Kerabu bersama ulam-ulam organik yang dipetik sendiri oleh chef-chef kami tidak harus dilepaskan, apatah lagi jika dimakan bersama serunding kelapa ikan, kuah sambal tumis, keropok ikan, ayam goreng berempah dan gabungan ulam-ulaman seperti bunga kantan, kubis bulat, ulam raja, daun selom, kacang panjang, selain budu berserta hirisan limau nipis dan cili sebagai penyedap rasa. Malah bunga Telang yang menghasilkan warna biru pada nasi juga datang dari kebun kami.
Bagi menambah keterujaan, pada tahun ini di bahagian ulam-ulaman dan kerabu, pengunjung restoran akan turut diberi peluang memetik sebahagian daripada ulam-ulaman tersebut terus dari pokoknya. Di seksyen ini juga jangan terlepas mencuba Laksa Singapura dan Ipoh Hor Fun yang menyelerakan.
Menu Menambat Selera
Sebagaimana tahun-tahun lalu, eksklusif sepanjang Ramadhan, aroma Kambing Bakar yang dipanggang perlahan di atas api dan Sup Kambing Mamak menggamit selera pengunjung, selain Satay Ayam dan Daging, serta Kueh Teow Goreng dan Mee Mamak yang dimasak di depan mata anda.
Tidak ketinggalan Nasi Ayam dengan teknik penyediaan yang sempurna. Ayam dipanggang secukupnya bersama sos BBQ ala Oriental, memberikan rasa empuk dan berjus, manakala nasinya gebu, berkilau dan dan penuh rasa untuk dinikmati bersama sos kicap soya yang pekat dan sos cili buatan sendiri.
Di bahagian masakan India pula, tersedia Ayam Varuval, Kari Ikan Tenggiri, Daging Kambing Masak Hitam Mamak,untuk digandingkan bersama nasi kukus.
Dari dapur Barat pula, tunas rasa anda akan dikejutkan dengan keenakan Sous Vide Eggs dengan Cendawan Espuma yang dimasak segar, selain sajian pasta kegemaran keluarga Spaghetti, dan Penne dengan sos bolognese ayam atau carbonara.
Kesemua sajian tradisional Melayu, Barat, Timur dan India ini ada di buffet utama di Garden Terrace, termasuk seksyen gerai dan dapur masak segar (live station).
Sementara itu, apa maknanya berbuka puasa tanpa manisan dan pencuci mulut yang enak belaka. Deretan pencuci mulut disediakan di pentas buffet Iftar Sesama ini. Antaranya Churros Sepanyol dengan Sos Cokelat Pekat, Tiramisu Itali, serta seleksi kuih-muih Melayu termasuk Kuih Lapis (merah putih), Talam Koko, Talam Cendol, Kasui Pandan, Apam Mekar, Koci, Seri Muka Pandan, Kuih Bakar Hijau, Pulut Kuning Rendang Daging, Pulut Kuning Serunding Kelapa, Pulut Inti, Putri Ayu dan Lopez Pulut.
Selain itu, terdapat juga Bandung Lychee Cheese Cake, Pina Colada Cheese Cake, Blueberry Creme Brulee Cake, Red Velvet Swiss Roll, Orange Jaffa Swiss Roll, Purple Velvet bersama Cream Cheese Swiss Roll, Green Tea Cheese Cake, Caramel Blueberry Filling Cake, Chocolate Cake bersama Choco Cream, Chocolate Cake bersama Peanut Cream, Sweet Potato bersama Tam, Caramel Mousse, G3 Mousse, Pandan Gula Melaka Mousse, Cendol Mousse, Ong Lai Mousse, Purple Velvet Yogurt dan Oreo Cheese Cake.
Sebagai penghilang dahaga pilihannya adalah Kordial Mangga, Kordial Anggur, Air Tebu, Soya Ros, Teh Bunga, Teh Tarik, Kopi dan Teh, serta buah-buahan.
Iftar Sesama
Sebenarnya, bukan setakat sajian buffet berbuka puasa, banyak kebaikan lain yang tersirat di sebalik Iftar Sesama di BGR, seiring dengan maksud ‘sesama’ itu sendiri iaitu ‘bersama’.
Berkongsi Pahala
Siapa yang mahu menolak apabila selain berbuka puasa dengan sajian enak mereka juga dapat berkongsi pahala, kerana Restoran BGR akan menyumbangkan 1% daripada keuntungannya sepanjang Ramadhan al Mubarak ini kepada Islamic Relief Malaysia (IRM).
Melalui sumbangan tersebut diharap dapat memperkasakan lagi aktiviti pertubuhan itu khususnya yang berkaitan dengan bantuan-bantuan kemanusiaan bagi golongan kurang bernasib baik.
Makan seenaknya, elak membazir
Dalam usaha untuk memenuhi janji kami untuk sentiasa menambah hidangan dan memastikan ianya sentiasa ada di meja buffet sehingga majlis selesai, kami juga bekerja dengan konsep sifar pembaziran.
Untuk itu, Restoran BGR akan bekerjasama dengan Food Aid Foundation, menyumbangkan dan menyelamatkan mana-mana lebihan makanan daripada buffet Ramadan untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan.
Bukan itu sahaja, sepanjang Ramadhan ini Restoran BGR dengan kerjasama portal F8Buzz.com juga akan mewujudkan Kotak Sumbangan Iftar Sesama untuk orang ramai yang ingin menyumbangkan makanan dan pakaian kepada yang kurang bernasib, sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana restoran sebelum ini.
Berbaloi-baloi
Apa yang pasti, selain pahala dan kebajikan yang diperoleh, dengan nilai wang yang dikeluarkan selera berbuka puasa juga berjaya dipenuhi kerana Iftar Sesama di BGR menjanjikan buffet gastronomik yang menawarkan kepelbagaian sajian enak dan berkualiti.
Seperti tahun-tahun sebelum ini, sekali lagi kami menawarkan lebih 200 hidangan mewah dari dapur Melayu, Barat dan Timur. Harga untuk tempahan dalam talian di laman web https://www.bgrrest.com/product/buffet-ramadhan/ bermula dari serendah RM59.00nett untuk dewasa dan RM29.00nett untuk kanak-kanak.
Tempahan online - https://www.bgrrest.com/product/ramadhan-buffet-ms-rachel/
Menjangkakan kunjungan yang luar biasa pada Ramadhan ini, pihak kami juga telah melakukan pelbagai persiapan untuk keselesaan pengunjung. Ini termasuk, menambah baik kemudahan surau dan tandas yang telah melalui proses pengubahsuaian.
Ibadah
Surau kini lebih luas bagi menampung lebih ramai jemaah dan lebih selesa, manakala untuk mengelakan berbaris panjang, tandas daripada lima kubikel ditambah kepada 16 kubikel dengan kemudahan umpama tandas 5 bintang.
Selain itu, disediakan lebih 800 lot parkir percuma untuk pengunjung agar tidak berlaku kesesakan.
Jom kita ke :
Bangi Golf Resort ,
No 1 . Persiaran Bandar.
43650 , Bandar Baru Bangi.
Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03 - 8925 3728 / 03 - 8210 0265
Koordinat GPS: 2.95716N, 101.76518E
Tempahan & Pertanyaan: 1700 81 8557
Email: enquiry@bgrrest.com
Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut :
Laman Web:
Facebook:
Instagram:
Hashtag:
#iftarBGR
#ramadhanBGR
#BGRbuffetramadhan
#bukapuasa
Info sampingan lainnya:
Parking yang luas di hadapan pintu masuk hotel.
Ruang makan yang luas dan selesa.
Ok ini baru beberapa tempat buka puasa yang kak lily tulis, sebenarnya ada banyak lagi tau.
Untuk nak tau lebih lanjut mengenai food review tahun 2019, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2019 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.
No comments:
Post a Comment
Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!