Hi Korang,
Cuti CNY straight 9 hari tuh!!
Tapi pada siapa yang amik lah, ada setengah company bagi cuti panjang tapi company german cam kak lily ni mana ada cuti, setakat 2 hari cuti public holiday tuh pun dah cukup baik ek.
Disebabkan dah terkena jem teruk yang amat cuti panjang yang lepas-lepas so kitaorang tak de plan nak kemana-mana pun, memang sekadar berehat kat umah je. Tup-tup Mr Big cakap nak balik kampung tak? Dapat tidur kampung semalam pun jadik lah kan. So apa lagi pepagi tuh baru terhegeh-hegeh pack baju then terus jalan ermm nasib tak jem tapi banyak kete lah
yang mana satu Awang dengan Minah, cuba teka
Sampai kampung sunyi je macam tak de orang ermm rupanya diorang pi berjalan raya kutip limau katanya, yang pi orang kawin pun hado gak.
So balik bodoh je lepak-lepak kat belakang rumah kat reban main dengan angsa yang mak baru beli, sepasang RM100 so kak lily bagi nama Awang dan Minah. Seronoklah tengok diroang makan semua kan, mandi dalam besen besot uh hahahaha.
asyik balik kampung je cat rumah, tak pernah tak abis lah
Petang tuh tak de apa nak buat, so Mr Big ajak pi Cowboy lah. Ingat nak cari apa lah rupanya cari tempat BBQ hah. Ya ampun banyak giler pilihan yang ada kat sini, yang kecik yang besor, yang guna arang, yang guna gas semua ada Cuma antara ada duit atau tak je kan.
Bahagia dapat tempat BBQ ni ekk
Lepas belek punye belek so amiklah yang ni hah. Tak delah besar mana pun, dalam RM192 oklah. Sebab nak tinggalkan kat umah mak so beli yang elok dan tahan lama. Siapa nak pakai hah boleh, jangan ko nka bawak balik udah ler.
Secara automatiknya terus ktorang pi beli barang untuk BBQ malam tuh, singgah Giant beli ayam, sosej, kentang sket then terus balik. Buat preparation untuk marinate then lepas maghrib terus acara bakar-bakar pun bermula.
Konsepnya kat sini, siapa cepat dia dapatlah.
hidup api dulu
tukang masak malam ni
import jauh pekerja bangla ni kan
Malas nah beli bebanyak ayam kang takut tak laku sebab tengahari tuh mak masak lauk sup tulang, sambal tumis petai ikan bilis kan ke sedap tuh ek. So bawak semua menu makanan then makan malam kat pangkin bawah ni.
ini memula ni nampak kosong je kan
kupang pun bako gak hah
nampak periuk belanga semua ada
bersilih ganti tukang bako ek
Sambil makan sambil masak, sambil borak-borak sementara tunggu yang lelain tiba. Kira non stoplah dapur BBQ tuh masak, siapa nak makan bako je.
Esoknya tak de aktviti lagi..
Lepak terbaring kat depan tv lepas sarapan. Akak ko ni masak nasi goreng kampung jelah. Licin sekuali hah. Tup-tup mak sedara kak lily balik bawak barang-barang basah hah, terus dia kata jom bakar lemang dengan masak rendang.
Apa lagi semua orang cam lipas kudung bekerja hah.
elok basuh kasut kat kampung, cepat kering hah
Yang tebang buluh kat belakang lain, yang basuh pulut lain, kami-kami ni siapkan menu makan tengahari sambil siapakan bahan-bahan nak merendang. Pendek kata kemain kecoh dapur pagi tuh.
Settle masak menu tengahari terus duduk kat pangkin masak rendang sambil bakar lemang. Sambil tunggu semua tuh, makan tengahari sekali kat bawah. Buffet line, bawak semua lauk dah yang siap masak tadi then makan kat pangkin.
Sesungguhnya berfungsi betul pangkin tuh ek, siap ada buaian baby sekali, kipas hiburan radio pun ada gak. Dah makan-makan basuh pinggan semua kat bawah sebab siap singki bagai kann huahauhua.
Dah makan nasi, makan lemang dengan rendang plak, kemudian beli ais krim berbatang-batang kenduri aiskrim plak. Datang plak cousin kak lily bawak pizza plak dia masak sendiri ermm mana taknya asyik makan-makan dan makan jelah 2 hari tuh.
Memang family bonding betul 2 hari ni, makan borak makan borak makan borakk hahahahhaa
syok main bakar-bakar dengan keluarga..
ReplyDeletewahhh ni dah raya ni!!
ReplyDeleteSyok kan berkumpul ramai-ramai
ReplyDeleteKan main macam nak raya masak lemang rendang bagai. Haha. Apapun, sesekali berkumpul macam ni memang best.
ReplyDelete