Wednesday, February 27, 2019

LOMBOK 2019 – Day 2 Air Terjun Benang Kelambu dan River Tubing All OutBound

Hi Korang, 


Kita sambung citer bercuti di Lombok ni ek 

Hari kedua ni nampak lebih santai sebab program tak padat langsung. Kalau korang rujuk program asal ktorang akan bersnorkeling tapi totally di tukar ye. Kitorang ke Air terjun Benang Kelambu dan River tubinig di All outbound. 


hotel ktorang simple je tapi selesa

Tapi sebelum tuh sarapan pagi dulu di hotel ye. 

Nasi berlauk tetap ada, indomie dan roti mak ko ijo hehehhe. Alah roti biasa je tapi di letakkan warna itu yang jadi hijau tuh. Makan kenyang-kenyang sebab nak beriadah kan. 



Sepatutnya ktorang ada trip ke Bukit Selong tuh di kaki Gunung Rinjani tapi disebabkan ada tanah runtuh dan jalan ke sana dah pun di tutup so tak delah pi kan hauhauhau. 

So perjalanan mengambil masa 90minit untuk ke Geopark Rinjani ni, bebudak ni bantai membuta jelah dalam kereta, kak lily just enjoy the view. Lombok ni dia macam bandar kecil yang tak berapa sibuk, towards ke tempat-tempat attraction ni memang kita kena lalu banyak-banyak kampung so memang sejuk mata memanjang. Terasa Gunung Rinjani ni dekat betul lah. 


Sampai di Geopark Rinjani dalam pukul 9.30pagi cam tuh kot. 

Yang aku nak puji sampah di bahagian bawah Geopark Rinjani ni bersih betul takde sampah. Sepanjang jalan nak ke check point untuk ke Air Terjun Benang Kelambu ni di sediakan tempat makan, tandas, tempat untuk bergambar dan memacam lagi. 

tempat makan, tempat tukar baju, minum kopi kan

Lepas diorang ni tukar baju dan letak beg semua di salah satu kedai makan di sini then ktorang teruskan perjalanan ke air terjun ni. Kalau korang nak berjalan lebih kurang 30-40minit cam tuh sebab keadaan tanahnya yang tinggi dan kita kena mendaki. 

ok motor sudah bersedia bersama supirnya

So transport yang paling mudah adalah motor. Ktorang kena bonceng motor-motor yang Dak Didan ni arrange. Dan nasib kak lily tak berapa baik hari tuh, masa nak turun salah satu bukit tuh, rider motor tuh tak dapat nak control motor tuh dan terus gedebuk kak lily jatuh sekali di himpap motor. 

nampak sket tapi dalam ye, peha tengah sakit ni masa taip entry ni

Seriously sakit wei, seluar koyak sket. Lutut sebelah kiri abis berdarah. Nasib yang himpap peha tuh, seat motor tuh so takdelah rasa sakit sangat. Terus cuak rider tuh, 1000 kali mintak ampun dan maaf pada kak lily. Tapi bukan salah dia pun, sebab laluan tuh licin sebab malam sebelumnya hujan lebat. So I can accept that, bebudak ni terus membebel nak marah rider tuh. Alah malas nak panjatkan citerlah, kan tengah mood bercuti ni. 



So sampai je ke check point kedua untuk ke Air terjun Benang Kelambu dah kena jalan kaki. Ye benar jalan kakilah. 

ok here we go

ni baru stage pertama ye


Tapi bukan jalan kaki saja, kena turun bukit untuk sampai ke sana. Don't worry jalan nak turun bukit tuh cantik sebab bertangga tapi licin. So lagi sekali memang kena berhati-hati. Rasanya dalam 15 minit turun tangga bukit sampailah ke air terjun Benang Kelambu. 

Perasaan pertama? 


Ermm hebatnya ciptaan Allah ni. Cantik betul air terjun. 

Kalau korang tengok ianya seakan-seakan kelambu iaitu daun-daun yang menlindungi beberapa point di situ. Seriously airnye memang sejuk betullah, yelah air bukit dan dekat dengan Rinjani so of courselah akan sejuk bak hang. Tapi kak lily gagahkan diri jugak masuk jugak dalam sejuk-sejuk tuh, tapi bila dah lelama rasa tak berapa sejuk dah sedap plak mandi manda kat situ. 




As usual Dak Didan ini akan suruh ktorang bergambarlah kan, ok pose sana pose sini sampai penat. Lepas tuh just rendam kaki kat air terjun tuh. By the way, di Lombok ni mana-mana Wisata (tempat pelancongan memang sediakan toilet dan mussola (surau) ye. So tak de sebab korang tak boleh nak solat sambil berliburrrr. 







Ok its time to naik balik so bermulalah #BatuCavesChallenge ktorang. Kena memanjat tangga lebih daripada 100 anak mata tangga, ye kak lily kira ye tapi separuh jalan je then lost count sebab termengah-mengah. Nampaknya hasil berlari di stadium Kajang tuh tak berapa efektif sangat lah ek sebab kak lily still semput lagi hahh ciss balik akan aku usahakan lagi.

Berjaya jugak sampai ke atas walaupun slow motion panjang tangga tuh kan, diorang siap berlari pun hado jeles ahkak wokeh. Naik balik motor tadi untuk ke base point balik. Rider tuh bawak dengan lebih berhati-hati lagi untuk elakkan jatuh ermm akhirnya sampai huahauhauha. 



Apa lagi lepak minum kopi, makan pisang, makan avocado, makan pop mie, sembang-sembang then baru gerak ke tempat lain plak. 

River tubing di AllOutbound 


Actually river tubing ni langsung tak termasuk di dalam itinerary ktorang pun, so bila jadual bertukar activiti pun jadi lain lah kan. So Dak Didan ni cadangkan main river tubing lah untuk isi masa terluang, dari Geopark Rinjani ktorang bergerak ke AllOutBound ni yang ambil masa dalam 90 minit cam tuh. 

Naik kete tidur lagi kan huahauhaua 

Sesampai je di sana takkan nak terus beraktiviti, jadiknya kita makan dulu. 

So Didan order makanan dulu untuk ktorang, sambil tunggu tuh lepak borak-borak dan haruslah berselfie kann huahauhaua 

Ini hidangan tengahari kami 

sedap wei, pedas tapi sedap. simple je lauk-lauknya

Makan sampai tersandar wei, sedap betullah. Makan dalam hutan ni, walaupun pedas tapi licin dibuatnya semua lauk-pauk ni. 

All Outbound ni memang Wisata rekreasi adventure rupanya, ada swimming pool untuk kanak-kanak dan dewasa, ada aktiviti water rafting, river tubing dan memacam lagi. Ktorang pilih river tubing sebab tengok macam tak takut sangat kan. 

alah mesti tak dalam punyelah 

susahnya jadik pompuan mok ni, semua equipment tak muat hauhaua

ok ahkak berjaya di lengkapkan dengan safety gear

So di pakaikan safety equipment dulu ek, kak lily yang paling payah sekali sebab saiznya nggak ada. Yang datang main-main ni orang-orang kurus je kena plak ahka korang sorang ni ermm hampeh bersungguh-sungguh budak tuh carikan. 

Ok challenge yang kedua pulak. 




Ktorang kena berjalan kaki ke check point river tubing tuh. Yes jalan kaki tuh takde masalah tapi kena berjalan di atas batas-batas sawah padi hauhauhauhaua. Korang rasa tak mencabar ke hah?? Nasib kak lily pakai kasut underwater tuh so oklah sket kalau basah pun cepat kering kan. 

Sebelum naik boya tuh ada safety briefing sket pasal cara nak kendalikan boya bila dalam air tuh. 

Oklah dengan confidentnya kak lily pun duduk la dalam boya tuh, eh dengan tak semena-mena boya tuh bawak sampai ke tengah then terus terbalik.. aduiiiyai padahal baru dekat base checkpoint tuh. Bila dah terbalik terus diorang grab tangan kak lily hah ooo bole nak tercabut nyawa rasanya wei. Air pulak deras dan kebetulan plak hujan lebat semalam so banyak dahan-dahan pokok jatuh. 

Terus kak lily bangun dan cakap tak nak main!! 

That's it!! Staff tuh pujuk lagi but then kak lily tak nak lah. Ini memula dan jatuh terbalik agaknya sampai bawah jatuh camne lagi plak kan. So kak lily balik ke tempat makan tadi tuh kali ni lalu kebun-kebun buah plak. Sambil jalan tuh sambil dengar suara diorang terjerit-jerit sebab air deras kan hahahaha its ok. 

tak perlah tak de rezeki nak main river tubing

Sudahnya kak lily dengan kak ina mandi swimming pool jelah. 

Seronok poolnya besar dan luas dan tak ramai orang, bebudak bercinta adalah so duduklah ktorang berendam sampai yang lelainnya balik kan. 

Lepak-lepak tukar baju sambil minum petang plak, asyik makan jelah trip ni mana tak gemuk kan. Teh o kosong dengan goreng pisang, ya ampun licinnnn. 

Balik tuh singgah Sasaku Outlet.


Tempat ni tempat souvenirlah untuk para tourist. Yelah bawaklah balik ole-ole sket untuk yang tersayang kan, padahal baru hari kedua tuh dah nak pi beli souvenir kan. Ermm macam-macam ada, dari pakaian, aksesori, kain batik, hingga ke makanan. 

Mau 2 jam duduk dalam ni sebab leka membeli belah. Kak lily tak beli banyak pun just untuk family members je hah. Boleh bayar pakai card so jimat sket duit rupiah ek. 

Bale Seafood Restaurant 


lesehan tuh makan bersila wokeh, kat sini konsep kedai makan semua makan bersila. kalau ko gemuk padan muke ko sebab tak boleh lipat kaki hehehhe

Kami dinner di sini dalam kul 7 malam cam tuh huahuahau, cepat benau malamnya. Dan lagi sekali dihidangkan nasi. Aduiii siang malam makan nasi ni wei, lauk sedap-sedap plak tuh. Ikan segar-segar belaka, bertambah lagi makan kan hhuahauhauhaua. 


Memang lauk-lauk di Lombok ni sedap-sedap belaka ek? Kak lily boleh bedal nasi setiap masa ni kan. 

gembira dapat makan lagi yeahhh

Balik hotel awal hari ni sebab ktorang nak berspa di dalam bilik hehehhehe panggil je staff spa tuh dan bagitau nak buat treatment apa kan. Haruslah ktorang ambil body massage treatment baru RP130,000, lebih kurang RM38 je untuk urut satu badan selama 1 jam. Murah giler wei, terus rasa selesa badan enak tidurnya malam tuh hahahaha 

Habislah sudah citer hari kedua ye… 

Nanti kita sambung lagi hehehhehe 

Kalau nak baca entry sebelumnya pasal trip Lombok 2019 ni, meh klik link bawah ni 














Kaki Bebel,

LILY


www.ciklilyputih.com

Monday, February 25, 2019

TOP TurboClean Ultra Concentrated Detergent

Hi Korang,

Adakah mencuci pakaian menjadi rutin rumah yang paling lama, membuatkan anda tidak mempunyai banyak masa untuk bersama keluarga, kawan-kawan atau menikmati pengalaman baru? 


TOP, jenama pencuci No. 1 di Malaysia kini merevolusikan pengalaman mencuci pakaian apabila membuktikan bahawa cucian penuh kuasa didatangkan dalam pakej kompak menerusi pengenalan TOP TurboClean Ultra Concentrated Detergent. Ia mampu memberikan 5X kuasa cucian dengan enzim turbo yang bertindak pantas untuk mengeluarkan kotoran lebih cepat menerusi satu penutup kecil sahaja. 

Rekabentuk TOP TurboClean yang kompak nyata sepadan dengan formula ultra-pekat yang ada di dalamnya. TOP telah menghasilkan Enzim Turbo yang bertindak pantas dengan 5X kuasa pembersihan bagi menghilangkan kotoran tersembunyi, terutamanya sebum dengan cepat dan efektif. Jadi, pakaian penuh yang dibasuh dengan mode basuhan ‘Quick Wash’ dapat dibersihkan secara lebih berkesan, sama seperti pakaian yang dibasuh menggunakan pencuci konvensional pada kitaran cucian penuh. 

Teknologi cucian inovatif ini terdiri daripada satu formula yang lima kali lebih pekat berbanding pencuci pakaian lain. Ia juga menghapuskan air yang tidak perlu yang membuatkan kebanyakan cecair pencuci menjadi lebih cair. 

Dengan pilihan kitaran cucian ‘Quick Wash’ yang lebih singkat tetapi tetap efektif, TOP TurboClean dapat menjimatkan banyak masa, penggunaan air dan tenaga elektrik. Jadi anda ada lebih banyak masa untuk diluangkan bersama orang tersayang, menikmati hobi serta “me-time’ dan “self-care” untuk diri sendiri disamping menikmati gaya hidup yang mesra alam.

Enzim Turbo di dalam TOP Turbo Clean membersih secara menyeluruh dengan kombinasi Multi-Surfaktan untuk “menyerang” dan melarutkan kotoran. Muti-enzim pula dapat menembusi jauh ke dalam gentian fabric untuk menguraikan kotoran manakala Polimer pula membantu mengeluarkan sebum serta menghalang kotoran daripada terbentuk semula.


Menurut Pengurus Pemasaran Southern Lion Sdn. Bhd., Encik Leroy Yoon, dengan pengenalan TOP TurboClean Ultra Concentrated Detergent yang kompak ini, satu segmen bahan pencuci premium baharu yang berprestasi tinggi bakal dibentuk. Sasaran utama produk ini adalah pengguna yang menghargai innovasi terkini yang memudahkan rutin mencuci pakaian serta menambah baik gaya hidup mereka, selari dengan janji jenama TOP iaitu Innovation for Better Living

“Cecair pencuci ultra pekat masih tidak digunakan secara meluas di Malaysia. kami percaya bahawa TOP TurboClean akan menjadi antara yang terawal dalam kategori ini dan bakal diperkenalkan secara meluas di Malaysia. TOP sememangnya terkenal kerana inovasi termajunya demi memenuhi keperluan pengguna dan merevolusikan pengalaman mencuci pakaian. 

“Detergen dengan konsentrasi ultra agak sukar didapati di Malaysia, oleh itu kami yakin TOP Turbo Clean adalah antara yang pertama dalam kategori ini yang akan semakin dikenali di Malaysia. TOP terkenal dengan innovasi cemerlang untuk memenuhi kehendak pengguna dalam merevolusikan pengalaman mencuci pakaian. Dengan TOP TurboClean kami membuktikan bahawa innovasi yang hebat boleh didapati dalam saiz yang kecil & kompak tetapi dapat menambah baik rutin seharian dan gaya hidup pengguna secara signifikan. Ia mempunyai pelbagai kelebihan – jimat separuh masa mencuci, 5X kuasa membersih, jimat ruang, jimat air & elektrik dan dapat memberikan anda lebih banyak masa terluang untuk hal-hal yang lebih penting. Kami juga menetapkan harga yang berpatutan dengan kelebihan yang diberian oleh detergen ini,” kata Encik Leroy.

Satu botol 900g cukup untuk 45 cucian dan dapat menjimatkan ruang di kawasan mencuci pakaian agar kelihatan lebih tersusun dan kemas.

“Pencuci pakaian baharu kami mampu mengubah cara rakyat Malaysia mencuci pakaian,” kata Leroy. “Kami ingin memberi pengalaman mencuci pakaian yang lebih baik di rumah, dan kami yakin inovasi ini akan berjaya menarik kelompok pengguna yang lebih luas – daripada golongan professional yang sentiasa sibuk, keluarga normal sehinggalah golongan urban yang mencucui pakaian di luar kediaman mereka.”

Rekaan penutup TOP TurboClean yang pintar mengurangkan risiko tumpahan atau melebihi had yang dicadangkan untuk satu cucian. Bahan pencuci yang berlebihan boleh menyebabkan buih menjadi banyak seterusnya memberi kesan kepada pakaian dan mesin basuh. Ia juga mengakibatkan pengguna tidak dapat memperoleh jumlah cucian yang sepatutnya. 

5X kuasa cucian dalam masa yang singkat, saiz botol TurboClean yang kompak. Selain itu, ia juga mempunyai semua kelebihan pencuci TOP sedia ada seperti anti-bau hapak, anti-debu hama dan anti sebum sebagai jaminan kehidupan yang lebih bersih dan sihat.

Ia sesuai untuk mesin basuh cucian atas dan hadapan, selain boleh digunakan dengan kitaran Quick Wash sekaligus memberikan anda lebih banyak masa bersama keluarga, rakan-rakan mahupun melakukan aktiviti kegemaran. 

Boleh didapati dalam dua varian, anda boleh memilih wangian segar Power Fresh atau bau floral Power Bloom yang sensasi, ia boleh didapati di seluruh negara dalam botol kompak 900gm pada harga RM20.15 sebotol. Manakala pek isian semula berharga RM16.45 bagi setiap pek. 


TOP TurboClean Ultra Concentrated Detergent in Power Fresh mempunyai haruman yang segar dan terkini untuk aroma kebersihan yang mantap. 

TOP TurboClean Ultra Concentrated Detergent in Power Bloom mempunyai haruman flora yang mendakap anda dalam wangian yang romantik dan menenangkan.



Saturday, February 23, 2019

SHOPEE Super BrandDay - Menjana Kehidupan Lebih Sihat, Kediaman Lebih Ceria

Hi Korang,


Tugas membersih dan mengemas rumah, pada suatu masa dahulu dianggap sebagai kerja remeh dan membebankan, kini disifatkan sebagai paling bergaya. Memandangkan trend ini sudah menjadi satu sensasi global, semakin ramai orang menyahut cabaran untuk mempermudah urusan mengemas rumah mereka dengan mengikuti beberapa peraturan asas. 


Pakar-pakar telah berkongsi hasil penyelidikan dan kajian mereka yang menunjukkan bahawa mengemas rumah adalah satu tugas penting. Bagaimanapun, kita perlu sedar bahawa usaha menjaga kebersihan rumah bukan sahaja dengan mengemas dan membuang barang yang tidak mendatangkan kebahagiaan tetapi juga dengan membersihkan lantai, tingkap, bilik mandi, dapur dan pada asasnya setiap permukaan dan ceruk dalam rumah. 

Menjaga kebersihan dan menyenggarakan rumah adalah juga satu keperluan untuk memastikan persekitaran yang sihat dan mesra demi kesejahteraan keluarga, terutama sekali keluarga yang sedang membesarkan anak-anak. Rumah yang ceria membantu melenyapkan tekanan dan ketegangan yang disebabkan persekitaran yang berselerak. Dengan demikian, ibu bapa kurang terganggu dan dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada usaha untuk mewujudkan persekitaran yang sesuai dan kreatif untuk anak-anak membesar. 


Shopee memahami betapa pentingnya kita mempunyai rumah yang sihat, dan telah merancangkan Super Brand Day bersama Mead Johnson Nutrition dan Reckitt Benckiser, yang dijadualkan dari 25 Februari hingga 3 Mac.



Jenama di bawah Mead Johnson Nutrition dan Reckitt Benckiser, khususnya Dettol, Enfagrow A+, Sustagen, Durex, Vanish dan Air Wick akan menyertai kempen ini dengan menawarkan produk dengan harga jauh lebih rendah. 


Sepanjang tujuh hari itu, pelanggan boleh merebut pelbagai tawaran hebat, termasuk tawaran RM1 pada 28 Februari. Shopee Super Brand Day menawarkan diskaun sehingga 85% dan Jualan Mengejut harian, serta perkhidmatan penghantaran segera kepada pengguna Shopee. Manfaatkan sepenuhnya nilai wang ringgit anda dan rebutlah baucar menarik sehingga RM500,000. Selain itu, mereka yang membuat perbelanjaan harian paling tinggi berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik seperti telefon pintar, tablet, jam tangan pintar dan banyak lagi. 

Untuk butir-butir lanjut, sila ke laman https://shopee.com.my/m/rb-super-brand-day





Friday, February 22, 2019

Lelaki Pun Pandai Membeli: Meneliti Tabiat Pembeli Lelaki Berbeza

Hi Korang,

Pasti ada sesuatu untuk setiap orang di Shopee –baik pemain sukan elektronik mahupun kaki kecergasan, pembeli dalam talian lelaki kini boleh memilih daripada seribu satu aneka produk. Shopee turut menyenaraikan jenis pembeli lelaki yang boleh ditemui di platform e-dagangnya. 


Pakar Permainan dan Teknologi 

Shopee sedar bahawa pemain sukan elektronik dan pakar teknologi sentiasa mencari gajet, peranti dan konsol permainan canggih yang terkini. Platform e-dagang ini menawarkan segala yang diidamkan mereka menerusi jenama seperti TMT yang menawarkan produk IT dan permainan pada harga termampu. Mereka yang memerlukan telefon pintar pula pasti teruja kerana Samsung akan mengadakan jualan pratempahan S10 dengan tawaran tunai kembali RM100 mulai 21 Februari di Shopee. 

Gila Kereta 

Walaupun Shopee tiada litar lumba tetapi platform ini membawakan rangkaian penjual dan jenama serba luas yang berlumba-lumba untuk menarik hati pembeli yang mencari alat ganti kereta dan motosikal dan aksesori kenderaan. Terus menikmati penjimatan petrol dengan kad petrol Petronas yang laris dijual. Pada Shocking Sale (Jualan Mengejut) lepas, pembeli boleh membeli kad petrol Petronas bernilai RM100 pada harga hanya RM94! Dengan segala tawaran hebat yang disediakan, pembeli boleh menikmati penjimatan kos lebih besar apabila mereka membeli 

Photo source: Zoey Rahman

Jejaka Bergaya 

Pengguna Shopee boleh mencari fesyen yang serupa seperti dalam gambar (maksud kami pakaiannya, bukan Zoey Rahman) dengan pelbagai label fesyen seperti Timberland, Levi’s, dan Fossil, dan juga daripada gedung rasmi Zoey Rahman di Shopee. Untuk melengkapkan penampilan, gayakan rambut anda dengan produk dandanan rambut Ubermen, sembur minyak wangi Dashing yang sungguh memikat, rasai kesegaran kulit selepas mencukur dengan gel cukur Nivea Men Cool Kick, dan tampil bergaya dengan cermin mata hitam KACA-KACA. 

Sumber GIF: http://dccomics.com/ 

Kaki Kecergasan dan Kesihatan 

Kita sudah pun memasuki pertengahan bulan Februari – bagaimana dengan azam Tahun Baharu anda untuk meningkatkan kecergasan diri? Shopee sedia membantu pembelinya membulatkan tekad sambil mereka membeli barangan sukan menerusi platform e-dagang. Jejak kemajuan, jumlah kalori yang dibakar dan kadar denyutan jantung dengan jam pintar Xiaomi Amazfit yang memang berbaloi. Bagi ahli sukan profesional, manfaatkan adunan protein dan serbuk dadih susu daripada gedung rasmi GNC dan Optimum Nutrition di Shopee. 

Sumber GIF: https://www.huffingtonpost.es/2016/05/25/trucosbarbacoa_n_10106714.html 

Memasak ala MasterChef 

Lelaki yang berbakat di dapur sentiasa ada sahaja resipi untuk dicuba dan menjadikan teman wanita, adik kakak, isteri dan anak-anak sebagai medan uji rasa. Untuk menghasilkan resipi baharu, Shopee menawarkan segala yang diperlukan oleh jejaka atau pakcik yang berangan-angan menjadi Masterchef, termasuk penggoreng udara, pemerah jus, periuk tekanan dan pembuat roti. Selepas memasak, jangan lupa untuk membersihkan periuk belanga dan pinggan mangkuk dengan cecair pencuci pinggan Sunlight. Sementara itu, kekalkan kesegaran dan kebersihan bilik air anda dengan pembersih tandas Harpic dan gel aroma Air Wick. 

Buat Sendiri 

Kaum lelaki memang rajin membaiki singki bocor, menukar mentol atau membetulkan tandas tersumbat. Tetapi peralatan DIY di rumah tidak pernah mencukupi kerana ada sahaja alat yang direka untuk setiap ceruk kediaman. Shopee menawarkan pilihan luas alatan DIY yang disediakan pada harga menarik untuk membolehkan lelaki mengisi peti kelengkapan mereka, dengan tawaran terbaik daripada gedung rasmi MR DIY. 


Dengan matlamat memenuhi segala keperluan dan kehendak lelaki, kempen khas Shopee for Men (Shopee untuk Lelaki) akan diadakan dari 21 hingga 25 Februari. Nikmati koleksi Shopee for Men pada harga terendah yang dijamin atau terima wang kembali 200%; baucar wang kembali 200% setiap hari, pelan pembayaran ansuran 0%, dan tawaran hebat RM25 dengan penghantaran percuma. Shopee juga akan melancarkan permainan dalam aplikasi baharu, Slicing Samurai yang menguji kebolehan pengguna menghiris produk maya untuk memenangi hadiah menarik, syiling dan baucar Shopee. 

Sementara itu mulai 21 Februari, Shopee akan memperkenalkan portal dalam aplikasi baharu yang dinamakan Shopee for Men. Portal ini berusaha mempermudah pengalaman lelaki membeli-belah dalam talian dan menjadi platform sehenti yang memaparkan produk terpilih khas untuk memenuhi keperluan lelaki. Kemudahan ini boleh diakses menerusi ikon Shopee For Men di laman utama Shopee dan pengisiannya diperbaharui setiap minggu.