Hi Korang,
Adakah anda bimbang ketika hendak menghantar anak ke sekolah untuk sesi persekolahan tahun 2019, terutama jika mereka akan memasuki pra-sekolah buat kali pertama atau beralih ke sekolah rendah? Walau kanak-kanak mungkin rasa sangat teruja kerana akan bertemu kawan-kawan baru, Antabax memahami perasaan ibu bapa mengenai aspek kebersihan anak-anak.
Pada tahun 2018, sebanyak 58,693[1] kes Penyakit Tangan Kaki dan Mulut (HFMD) dilaporkan sehingga 6 September 2018. Angka ini 127% lebih tinggi berbanding keseluruhan kes yang dilaporkan pada tahun 2017 dalam tempoh sama.
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit menganggarkan 80 peratus jangkitan tersebar menerusi tangan [2]. Justeru, memastikan tangan sentiasa bersih dapat mencegah penyakit berjangkit daripada merebak. Dengan mengamalkan kebersihan tangan, risiko dijangkiti penyakit berjangkit seperti influenza, keracunan makanan serta Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut (HFMD) dalam kalangan pelajar dan keluarga mereka dapat dikurangkan.
Tetapi, air bersih mungkin tidak ada sepanjang masa bagi membolehkan anak kecil anda membersihkan tangan mereka daripada kuman. Kit pembasmi kuman dapat membantu anak anda!
Kit Pembasmi Kuman Antabax, Rakan Kebersihan Anak Anda
Untuk memberi ketengan minda, bekalkan anak anda dengan Kit Pembasmi Kuman Antabax (Antabax Sanitizing Kit). Kit tersebut mengandungi Antabax Antibacterial Cleansing Wipes, Instant Hand Sanitizer dan Hand Sanitizer Spray, yang mudah dimuatkan di dalam beg galas anak anda. Ianya padat dan mudah digunakan untuk situasi di sekolah dan dalam kelas apabila air bersih mungkin tidak tersedia ada.
Rangkaian produk pembersih Antabax dapat membantu membunuh 99.9% kuman berbahaya. Ia juga diformulasi dengan vitamin untuk kulit dan Aloe Vera untuk memastikan kulit sentiasa sihat dan lembab. Sistem Perlindungan Derma yang mengandungi Serum Lembapan Mikro akan menjadikan tangan lebih lembut, licin dan segar. Diuji secara dermatologi dan terbukti lembut ke atas kulit yang paling sensitif, rangkaian pembersih Antabax sesuai untuk digunakan setiap hari, walaupun oleh anak-anak kecil.
Menurut Pengurus Kanan Produk Jabatan Isi Rumah dan Penjagaan Peribadi, bahagian Pemasaran Lam Soon, Mandy Lee, penjagaan kebersihan tangan harus diamalkan sejak usia muda kerana ia akan menjadi satu tabiat yang baik dan diingati sehingga mereka membesar.
“Sebagai ibu, saya juga berasa bimbang anak-anak mendapat jangkitan di sekolah. Sebab itulah penting bagi ibu bapa mengajar anak kecil mengenai kebersihan tangan, bagaimana untuk membasuh tangan dengan betul dan bila hendak membasuh tangan yang kotor kerana ia merupakan cara paling mudah untuk penyakit berjangkit boleh merebak. Matlamat kami ialah untuk menjadikan penjagaan kebersihan yang baik satu amalan.”
“Dalam ketiadaan air bersih dan sabun, Kit Pembasmi Kuman Antabax boleh menjadi alternatif terbaik untuk membersihkan tangan dengan cepat dan mudah. Kit ini sangat berguna untuk membersihkan tangan dan permukaan seperti meja dan barangan peribadi. Di tahun yang baru ini, kami ingin mengingatkan tentang pentingnya mengamalkan tabiat membersihkan tangan untuk mengurangkan risiko dijangkiti penyakit berjangkit,” kata Lee.
Kit Pembasmi Kuman Antabax boleh didapati di farmasi-farmasi dan peruncit utama di seluruh negara. Untuk keselesaan anda, ia juga boleh dibeli menerusi e-stor Antabax di laman Lazada www.lazada.com.my/antabax .
Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut :
Facebook :
Instagram :
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
[1] https://kpkesihatan.com/2018/09/07/kenyataan-akhbar-kpk-7-september-2018-situasi-semasa-kejadian-penyakit-tangan-kaki-dan-mulut-hfmd-di-malaysia/
[2] http://www.bccdc.ca/health-info/preventing-infection/hand-hygiene
No comments:
Post a Comment
Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!