Sunday, January 13, 2019

Diet Organik Dihubungkan Dengan Pengurangan Risiko Hidap Kanser


Hi Korang,

Bolehkah makanan organik membantu mengurangkan risiko pembentukan kanser? 

Satu kajian yang diterbitkan dalam JAMA Internal Medicine baru-baru ini oleh para penyelidik dari Institut National de la Sante et de la Recherche Medicale di Perancis mendapati bahawa mereka yang mengamalkan diet makanan organik berkualiti rendah ke sederhana adalah 25% kurang risiko mendapat kanser[1]. Pasukan penyelidik itu mengkaji lebih 68,000 orang dewasa di Perancis selama lebih 4.5 tahun. Menurut Agensi Penyelidikan Kanser, salah satu sebabnya adalah kerana produk-produk organik kurang mengandungi sisa racun serangga berbanding makanan biasa[2].  




Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi, kanser terus menjadi salah satu daripada 10 sebab utama kematian yang disahkan secara perubatan di Malaysia[3]. Pakar perubatan menasihatkan orang ramai agar melakukan senaman setiap hari, mengurangkan pengambilan diet tinggi lemak dan gula, selain tidak merokok[4] untuk membantu mengurangkan risiko pembentukan kanser.

Berdasarkan kepada kajian yang dilakukan baru-baru ini, bertukar kepada makanan lebih organik menjadi satu amalan yang baik dalam usaha mengurangkan risiko kanser.

Bagaimana anda boleh memulakan perjalanan anda ke arah pemakanan organik?

Alce Nero, jenama peneraju makanan organik dalam kalangan pengguna yang mengambil berat terhadap kesihatan dan alam sekitar meraikan ulang tahun ke-40 dengan menggalakkan lebih ramai orang bertukar kepada makanan organik demi kesihatan yang lebih terjaga, rasa yang lebih enak dan kepekaan terhadap alam sekitar.

Ditanam, dituai serta dihasilkan secara organik di Itali bersama hasil tanaman organik, produk jenama ini terdiri daripada pelbagai pilihan pasta, minyak zaitun dara, madu, sos pasta, jem dan cuka.

Para peladang Alce Nero berbangga kerana diberi pengiktirafan 100% organik oleh undang-undang Kesatuan Eropah dan pertanian organik Jepun, JAS. Pengiktirafan ini merangkumi aspek tanaman, tanah di mana ia ditanam, kilang pemprosesan, prosedur serta bahan-bahan yang digunakannya.

“Makanan tidak organik sememangnya boleh didapati dengan mudah dan lebih murah. Tetapi ia biasanya mengandungi bahan pengawet, racun serangga, MSG, pemanis buatan, perisa, pewarna, jumlah sodium tinggi dan bahan-bahan lain yang mungkin memberi kesan negatif terhadap kesihatan untuk jangka masa panjang. Produk-produk Alce Nero yang diakui 100% organik bebas daripada aditif ini. Sebagai contoh, Jem Strawberi Organik Alce Nero mengandungi 275g buah-buahan yang menghasilkan 270g jem. Ia tidak mengandungi gula tambahan, pectin, bahan pengawet atau aditif untuk memberikan rasa dan aroma buah-buahan yang semula jadi.”

Berdasarkan kepada kajian baru-baru ini, makanan organik boleh membantu mengurangkan pembentukan kanser. Jadi, memasukkannya ke dalam hidangan harian anda adalah langkah untuk ke arah kesihatan dan kesejahteraan secara keseluruhan yang lebih baik. Inilah hadiah yang ingin Alce Nero kongsikan sempena ulang tahun ke-40 – rasa organik yang enak, baik untuk kesihatan dan untuk bumi kita!” kata Penasihat Pemasaran Alce Nero, Nathan Deverre.


Creamy Salmon Penne Pasta
Untuk 2 orang

Bahan-bahannya:
Alce Nero Organic Penne 300g 
Alce Nero Organic Extra Virgin Olive Oil 2 sudu besar 
Bawang besar, dicincang 1 saiz sederhana 
Bawang putih, dicincang 2 cloves 
Salmon 4 pieces 
Krim masakan 300ml 
Telur 2 biji
Parutan keju parmesan ½ cup 
Garam 
Lada sulah 

Cara-cara menyediakan:

1. Didih pasta dalam periuk dengan air bergaram selama 10 minit. 
2. Tuskan pasta dan tuangkan sedikit minyak supaya pasta tidak melekat. Biarkan sehingga sejuk. 
3. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih sehinga wangi. 
4. Masukkan krim, telur, keju dan ikan salmon, dan panaskan sehingga mendidih. 
5. Matikan api dan masukkan pasta ke dalam kuali. 
6. Gaul sehingga sebati dan sedia dimakan.




Gunakan produk Alce Nero di dalam masakan harian anda dengan yakin kerana ia disahkan halal oleh pensijilan rasmi yang diiiktiraf Jakim.

Produk-produk Alce Nero boleh didapati di AEON, Cold Storage, Ben’s Independent, Jason’s Food Hall, Jaya Grocer dan Village Grocer. Harganya pula bermula RM5.80 hingga RM36.80.

Untuk mendapatkan resepi-resepi yang sihat, unik dan organik, sila layari laman web: https://alcenero.asia/recipes.html dan laman Facebook https://www.facebook.com/AlceNeroMalaysia/.



[1] https://jamanetwork.com/journals/jamainternalmedicine/article-abstract/2707948
[2] https://www.scmp.com/lifestyle/health-wellness/article/2169778/eating-lot-organic-food-may-help-reduce-cancer-risks
[3] http://www.healthdata.org/malaysia
[4] https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC538507/

No comments:

Post a Comment

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!