Thursday, December 13, 2018

Vitamin C Quenching FACIAL DI MURAD IOI City Mall

Hi Korang, 

Orang perempuan dan kecantikan memang tak dapat di pisahkan ye, pantang ada menda yang mencantikan diri mesti nak dicuba. 

Alah kak lily pun sama gak, suka kot manjakan diri kan. 

Kalau tak beli produk, kite pi facial ke urut badan ke kan janji dapat release tension kan udah ler 

Hari tuh ada offer plak pi facial di MURAD ni. 

Murad ni di tingkat 2, ioi city mall

Haruslah kak lily tak lepaskan peluang, so lepas kerja je terus ke outlet Murad di iOi City Mall Putrajaya ni, dekat dengan rumah so senanglah sket tak yah nak tempuh jem teruk masuk ke KL tuh. 

Obviously Murad ni dah bertahun lamanya berada di pasaran, sebab kak lily pun pengguna produk Murad ni dulu iaitu Dr Murad City Skin® Overnight Detox Moisturizer. Memang sesuai dengan kulit muka kak lily lah, until now still guna lagi ye 

Untuk facial kali ni kak lily mencuba rawatan Vitamin-C Quenching Facial yang berharga RM369 selama 75 minit. Ermm kita cuba dululah mana tau berkesan mencantikkan muka lagi kann hehehe 

Disebabkan kak lily sorang dan takde photographer so ambil gambar yang mana senang jelah ek. 


Macam biasalah, bila dah sampai ke Murad ni perkara pertama mestilah kak lily kena isi maklumat diri dulu kan. Yelah takkan buta-buta nak masuk dalam bilik rawatan tuh hahahha 

Kemudiannya, kulit muka kak lily di analisa. 



Hah amik ko, banyak jugak masalah di bahagian dalam kulit muka kita ni kan seperti kedutan, pigmen, pori-pori membesar dan kulit kemerahan. Takut jugak bila kak lily tengok analisa tuh tapi kata beautician tuh jangan bimbang, kita boleh rawat sebaik mungkin hehehhe 

Jom masuk ke bilik rawatan ewah cam doktor plak ek 

Bilik facial lah, ada 4 bilik di sini so tak delah pelanggan lama nak tunggu giliran kan. 


Di antara produk Murad yang di gunakan. 

Mula-mula, kulit muka kak lily di bersihkan di cuci bersih dan skrub secara double cleansing. Siap massage dengan soothing Massage Cream.



Lepas itu muka di steamkan untuk seketika bagi pori-pori terbuka, kemudiannya muka kak lily diurut dengan menggunakan mesin khas untuk melembutkan dan melembapkan kulit muka. 

Akhir sekali muka kak lily di sapukan pelembap muka, yelah kak lily nampak macam berminyak tapi kering sebenarnya tau. 

Muka lagi cerah dan bersih serta segar kan hehehhe


Korang kalau nak cuba facial di Murad, selain MURAD VITAMIN C QUENCHING FACIAL ada juga facial jenis lain-lain harga FACIAL DI MURAD serendah RM159 je ! 

Tapi kena booking online di http://www.method.murad.com.my/

Untuk keterangan lanjut mengenai Murad pula, boleh layari ke : www.murad.com.my





1 comment:

  1. woww nampak perbezaan la kak lily.. nampak kulit lagi licin.. best la produk ni

    ReplyDelete

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!