Hi Korang,
Minggu lepas memacam betul aktiviti yang kak lily buat.
Yelah minggu anniversary kan so plan jelah apa yang patut. Sebenarnya tidur hotel tuh tak terfikir pun, kebetulan tak de buat apa minggu tuh so saje check harga bilik booking.com then murah plak so book sajor.
Bila dah ada kat Shah Alam tuh, berlegar otak apa nak buat kan.
Tup-tup teringat plak yang Maharaja Lawak Mega (MLM2018) di Royal Threatre Shah Alam ni belakang hotel Grand Bluewave je so usha-usha tiket masuk dekat kengkawan Astro. So riki punye riki dapat jugak ye. Tapi seat medialah bukan seat penonton, so kalau seat media seat bekerja lah ye hahahaha
So kena ada kat hall before 8.30 malam. Di sebabkan belakang hotel je dalam 8.10malam baru gerak dari hotel. Settle urusan tiket barulah ktorang masuk, seriouslah ramai betul orang kat luar hall ni, diorang tak de tiket so nanti bila dekat-dekat show nak start baru diorang di benarkan masuk tengok kalau seat ada ke tak kan.
Bila masuk je, la kecik stage yang para peserta perform ni hehehe.
ni masa show belum start, production team tengah setting up
Seriously memang dekat betul seat media dengan stage, memang nampak jelah apa yang diaorang buat, silap ke apa ke kan hehehhe.
nampak Scha Alyahya tengah sibuk tulis notes tuh tentang performance kumpulan Taman
nah akak banjer kanda Remy Ishak untuk korang ek
Yang best tuh judges duduk depan kak lily je hah. So cuci matalah tengok Remy Ishak, Scha Alyahya, Tya Ariffin dan Douglas Lim. Korang tak nampak kan apa yang diorang buat time break kan, hah seat ni semua nampak. Kalau nak tau bawak meja tuh, macam-macam ada. Mineral water, beg makeup, air kfc dan memacam lagi lah.
As usual kalau masa live boleh ambil gambar dan video but tak boleh rakam live lah tuh je. So buat IG stories jelah senang. Kak lily banyak buat igs masa diorang tukar-tukar props tuh memang sekejapan diroang buat bukan main ramai lagi.
Habis show terus penonton menderu je turun ke bawah, sampai kak lily nak ambil gambar dengan Scha dan Remy pun tak sempat wei, sekejapan diorang berdua tuh hilang. Ermm tak perlah selalu je jumpe diaorang ni kan hehehhe
Memang tengok LIVE lain sket dari tengok tv, luas dan clear viewnya.
Time iklan ada orang entertain lagi kan, seronoklah. Korang sekali sekala pun boleh cuba pi tengok live ni ek, tak yah bayar pun masuk cuma kena pi collect tiket yang ditempatkan di pintu masuk Royal Theatre ni je..
Ermm nanti final nak pi tengok lagi tak ek??
No comments:
Post a Comment
Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!