Thursday, December 27, 2018

Makan Besar Tahun Baru Cina 2019 di Hotel Armada Petaling Jaya

Hi Korang,


Lama tak ke Armada Petaling Jaya ek!! Hehehe 

Sekejapan masa berlalu ermm tup-tup dah nak masuk 2019. Dan kebetulan jugak Sambutan Tahun Baru Cina pada awal Februari 2019 so pihak Armada Hotel merasakan patut kiranya untuk di adakan promosi Sambutan Tahun Cina secepat mungkin.


Untuk hidangan Tahun Baru Cina 2019, Chef Chew dan pasukannya di Utara Coffee House, telah menyediakan pelbagai tawaran Tahun Baru Cina yang menarik.


Prosperity Yee Sang with Sructacean Coral Oyster



Di samping itu, memulakan tahun baru yang makmur dengan mengangkat penyepit dan Loh Hei untuk meningkatkan rezeki dan kemakmuran dengan pilihan Yee Sang yang menarik seperti Fruitti Veggie Yee Sang (vegetarian) pada RM78+ satu bahagian dan King Salmon Yee Sang pada RM88+ satu bahagian.

Dari 1 Januari hingga 4 Februari 2019, barisan hidangan di sini akan memaparkan pelbagai juadah-juadah ‘good luck’ untuk Chinese New Year Reunion Buffet Dinner seperti Chinese Fried Chap Chye with Mushrooms, Yong Chow Fried Rice in Lotus Leaf, Pak Far Chicken, Deep Fried Garoupa Thai Style, Stir-Fried Kam Heong Lala dan Wok-fried Tiger Prawns with Buttered Coconut Almond Flakes dan beberapa lagi.

Harga untuk Buffet Reunion Tahun Baru Cina berharga RM90+ seorang dewasa, RM72+ untuk warga emas dan RM45+ setiap kanak-kanak.

Herbal Chicken Consomme with Dried Scallop

Chinese Fried Chap Chye with Mushrooms

Yong Chow Fried Rice in Lotus Leaf

Pak Far Chicken

Deep Fried Garoupa Thai Style

Stir-Fried Kam Heong Lala

Wok-fried Tiger Prawns with Buttered Coconut Almond Flakes

Sedap kan... seriously kak lily makan bertambah-tambah tau..

Treasure Hot Pot (Poon Choy)

Satu lagi hidangan istimewa yang tidak boleh dilepaskan ialah rebusan Treasure Pot yang juga dikenali sebagai ‘Poon Choy’. Rasa dan aroma wangi yang mendalam, Treasure Pot tersedia untuk dipesan untuk dinikmati terus dan juga sebagai penghantaran pada harga RM428+ satu bahagian.

Kedua-dua Yee Sang dan Pot Treasure tersedia untuk dipesan dari 1 Januari hingga 19 Februari 2019.


Untuk tetamu yang ingin menikmati menu set eksklusif, Chef Chew dan pasukannya telah melancarkan beberapa menu Prosperity Set (hidangan minimum 10 pax) sesuai untuk keluarga, rakan atau rakan perniagaan.

Kesihatan, Kemewahan dan Nasib Baik menanti korang bila menikmati hidangan dengan:

  • The Everlasting Future Set Menu berharga RM1,188+
  • The Bountiful Treasure Set Menu berharga RM1,288+
  • The Prosperity Of Luck Set Menu berharga RM1,388+
  • The Prosperity Of Fusion Set Menu berharga RM1,508+

Menu Set Makan Malam CNY2019 Jamuan Persendirian di atas boleh dipesan dari 1 Januari hingga 19 Februari 2019.

Mochi

Deep-fried Nein Koa

Chilled Mango Puree with Pamelo dan Pearl Sago

Untuk tempahan Makan Malam CNY2019 atau pertanyaan mengenai hidangan Tahun Baru Cina, sila hubungi +603 7954 6888 ext 4557 - Utara Coffee House atau email armada@armada.com.my.

Jom kita ke

Utara Coffee House
Armada Hotel Petaling Jaya
Lot 4, Lorong Utara C, Section S2,
Petaling Jaya, Selangor

Tel : 03-7954 6888


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Website : 
www.armada.com.my

1 comment:

  1. Mencongkam kalbu tengok menu tu semua..sedapnya butter prawn...lama dah tak makan besar ni...pejam celik jer dah nak CNY dah

    ReplyDelete

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!