Hi Korang,
Seriously cuti sekolah ni memang banyak betul aktiviti untuk keluarga ek, ye merata-rata tempat ada tau. Ni kak lily nak kongsikan kepada korang ni ek khususnya bagi penduduk Utara iaitu Kedah, Pulau Pinang dan Perlis
Ye best ni tau
Tarikh : 23 - 26 Disember 2018
Masa : 10.00 pagi hingga 10.00 malam
Ada pelbagai aktivit menarik dan tawaran istimewa untuk korang tau seperti:-
JUALAN ISTIMEWA
-Jualan Produk Proses dan IAT
-Jualan Terus Dari Ladang
-Jualan Buah-Buahan
-Jualan Orkid
-Jualan Anak Benih Pokok
Eh bukan ini saja lah, ini baru sebahagian sebenarnya kalau korang nak tau ada banyak lagi produk-produk tempatan yang boleh korang dapatkan.
Selain itu ada juga pameran Butik Agromas, untuk korang dapatkan produk keluaran usahawan tempatan kita seperti produk sambal, kopi, keropok, ikan bilis dan banyak lagi
Eh ingat jualan produk je ke?
Haruslah ada makan-makan barulah menambah keseronokan lagi ek.
Empayar Makanan juga bakal menghidangkan makanan-makanan popular dari Wilayah Utara seperti Naim Gulai semilang Sg Pial,Bihun Sup Daging Segenggam Paya Kerchut,Kerabu Bronok Langkawi, Teh Ais Lembah Bujang dan pelbagai lagi. Ermm pelik-pelik nama ek ntah-ntah sedap bak hang!!
Turut di adakan juga Program seperti:-
*📌Pertandingan Kecantikan dan Kesenian Ayam Serama Terbuka Malaysia
* 📌 Pertandingan FAMA FEST BETTA COMPETITION 2018
* 📌 Pertandingan Karaoke Idol FAMA FEST WILAYAH UTARA 2018
* 📌 Perkhidmatan Bayaran Saman JPJ/Pemeriksaan Motorsikal Lama/Lesen Untuk Warga Emas
Ingat tuh korang, datang jangan tak datang ye.
Ini lokasinya:
Pusat Operasi FAMA Sungai Petani,
Jalan Bakar Arang,
Sg Petani Kedah
(Berhampiran Tesco Sg Petani Selatan)
GPS Tracking : 5.619442, 100.473030
Mari dapatkan barangan keperluan hasil pertanian di sini ye..
Untuk info lanjut korang boleh check it out di :-
www.facebook.com/famakedah
Untuk info lanjut korang boleh check it out di :-
www.facebook.com/famakedah
No comments:
Post a Comment
Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!