Wednesday, December 19, 2018

Bercuti Di Chalet Terapung Kong Kong Selat Mendana

Hi Korang, 

Hujung tahun nilah haruslah citer pasal cuti kan. Yelah dengan cuti sekolah lagi, dengan nak abiskan cuti tahun lagi pendek kata bulan berehatlah. 


Sebenarnya tak plan pun cuti ni, kebetulan kengkawan lama ajak lepak-lepak hujung minggu so Mr Big pun cuti so kak lily pun cuti sekalilah, kawan kak lily tak cakap pun kemana so kitaorang pack jelah baju untuk 2-3 hari. 

Jumaat pagi tuh geraklah dari Bangi dalam kul 7pagi cam tuh, singgah lepak makan mee soto kat Pagoh then sampai JB dalam kul 11 cam tuh sebab tersesat salah masuk simpang kat Setia Tropika ni padahal laluan je dulu masa duduk sini. 

cikgu-cikgu yang naik kete kak lily, kelakar diorang ni semua lah

Sesampai je rumahnya dah penuh dengan studentnya, then baru dia boleh cakap nak bawak cikgu-cikgu Art's Cool Studio dia pi holiday oh ye ke, patutlah beria suruh kak lily preparekan hadiah untuk games. Kemudian barulah kak lily tau yang kitaorang akan bercuti ke Chalet Terapung Selat Mendana di Kong Kong Masai ni. Wah ini sangat rare ni bercuti di atas laut kann hehehhe. 

geng mak mak

kitaorang je penuh satu bot

jangan tinggalkan dakuuu

Dalam 45 minit kitaorang dah sampai ke kawasan jetty Kong Kong ni, so tunggu bebudak ni abis solat jumaat then dalam kul 2.30pm cam tuh baru naik bot. Wah pakcik bot tuh cakap perjalanan ambil masa 3 jam, ye yelah kak lily percaya ermm hampeh 3 minit je wei. 


Memang cantik chalet Terapung Selat Mendana ni lah. 


Memula pijak turun tuh ingatkan bergoyang-goyang platformnya ermm tidak ye, langsung tak bergerak pun macam rasa masuk rumah je. Di sebabkan ktorang ni ramai dalam 27 orang cam tuh, so kitaorang dapat conquer semua chalet di sebelah kanan tempat ni. 





Chalet terapung ni mempunyai 15 bilik, 5 di sebelah kiri dan 10 di sebelah kanan. Yang bestnya sebelah kanan ni, corridor luas dan bersambung sampai ke belakang. Kira kalau datang reramai seronok sebab kita boleh lepak depan bilik samada di bahagian belakang ataupun di depan. Kami yang berfamily sebelah depan dan cikgu-cikgu lelaki ni sebelah belakang. 

Inilah bilik-biliknya 






Simple dan kemas je, luas plak tuh. Yang penting ada kipas dan aircond di setiap biik. 

nampak boleh baring-baring kat luar ni ek

ok lepak dulu sambil tunggu ikan melekat

siapa yang belum bayo ni lagi ek

Sampai-sampai je sorang kawan ktorang ni dah start bukak pancing dah, setup batang pancing terus dia tak hirau pun pasal nak makan, sebab tujuan ni dia nak memancingkan hehehe 

Lepas bahagikan bilik, hidangkan makanan tengahari pulak. 

nampak bersusun makanan tepi tuh ek


Nasib baik ktorang dah siap-siap pack nasi ayam and chicken chop untuk hitea. Hebatkan chicken chop tuh, sebab murahlah. Kalau harga kuih dan chicken chop sama baik amik chicken chop kann hehehehe. 

gaya mestilah ada ek

ko rasa ikan nak datang tak, bising2 cam ni hahaha

Habis makan, terus lepak borak-borak dengan diorang ni depan bilik sampai menghirup udara segar, Mr Big ermm membuta lah kann sebab sejuk kemain bilik ni. Bebudak lelaki ni sambil memancing sampai nyanyi-nyanyi sebab bawak gitar kan. Hah bertawaf lah keliling chalett ni sampai menyanyi. 

Yang best tuh, anak-anak duk berendam dalam swimming pool ek. 




Ye ada swimming pool air tawar di Chalet Terapung Selat Mendana ni, untuk kanak-kanaklah orang tua tak sesuai sebab tak dalam mana pun. By the way, air-air dan elektrical yang ada ni di bekalkan dari darat ye so tak de maknanya air laut tuh di suling dan di bersihkan ye. Kak lily tanye sendiri staff yang bertugas di situ. So korang tak yang nak bimbang sangatlah pasal kebersihan air.



caroom, chalet sediakan. Bagus ek, mengisi masa lapang kan

Petang tuh sementara nak tunggu BBQ, ktorang siap buat games lagi untuk hiburkan cikgu-cikgu ni. Main musical chairlah, pertandingan carom, mencari juara selam lama, siapa dapat ikan paling banyak dam memacam lagi. Tak de ada nak buat, nasib idea berjalan je otak ni kan. 

Lepas maghrib tuh acara BBQ pun start.

BBQ set, chalet sediakan. kita just bawak bahan je

telur angsa hahahha

lokching - sate ikan

anak dara memasak hah

ikan beli kat jetty sebab kambing boleh tertinggal plak hah

Equipment tak yah bawak sewa ke kat chalet ni, bahan-bahan ktorang dah bawak siap-siap so bakar jelah. Macam-macam ada, ikan bakar, ayam bakar, otak-otak, lockching, kentang bakar, nasi goreng dan memacam lagi lah. Berat tuh pikul makanankan. Kalau korang tak bawak makanan pun tak de, order jelah nanti bayar harga standard kat darat. 

Lepas makan tuh, karaoke time!! 




ok nak lagu ape ek

kena paksa nyanyi walaupun ntah apa lagu ntah kan

Yeah lagu-lagunya up to date ye. Apalagi sejam RM35 so bantai lah melalak menyanyi tengah laut ni tak de orang nak marah pun, sampai kul 11 malam kot kitaorang menyanyi tak henggat dunia. Kemudian sambung borak lagi. Sudahnya memasing penat terus masuk bilik then tidur 


Pagi sabtu tuh, awal pagi dah bangun sebab matahari mencarak naik dari depan bilik so panas lekaslah. Bangun-bangun basuh basuh muka terus pi sarapan. Oh ye kalau menginap di sini sarapan termasuk sekali so makan jelah apa yang ada. 

Memang tak de tokoh memancing betul, langsung tak dapat ikan pun kan

Ktorang ni pun sarapan pun makan, sandwich pun buat dan makan jugak, manalah tau tak cukup makan kan hehehhehee 

Lepak borak-borak sambil mincing tup-tup dan nak check out dah. 

dah tua-tua ni, inilah masanya untuk berehat-rehat tenangkan minda kan

abam banker yang ala-ala macho tapi huahauhaua

comey kan

ini sket je tau

Kemas-kemas then serahkan kunci bilik terus ada penyampaian hadiah pulak. Alah kan buat-buat game semalam tuh so bagilah diorang ni hadiah yang tak seberapa tuh hehehe. Gambar-gambar then terus naik bot untuk balik ke darat. 


Memang new experience bercuti di chalet atas laut ni. Tak sangka best betul, tapi sekali sekala biar laut berombak tuh terasa berayun jugak badan ni. Tapi sebab kak lily dah biasa so nothinglah. 

Ni ada sedikit promo mengenai Chalet Terapung Selat Mendana ni untuk korang ek 

HARGA BILIK 👏 

*WEEKDAYS*
📌BILIK VIP = RM 180.00 
📎BILIK DELUXE = RM 150.00 
🗝BILIK STD = RM 130.00
‼️BILIK EKONOMI = RM 99.00 
(untuk 2 org, termasuk sarapan, bot pergi dan balik) 

*WEEKEND*
📌BILIK VIP = RM 239.00 
📎BILIK DELUXE = RM 199.00 
🗝BILIK STD = RM 169.00
‼️BILIK EKONOMI = RM130.00
(utk 2 orng termasuk sarapan, bot pergi dan balik) 

🎎TAMBAHAN DEWASA
RM 35.00 (1orng termasuk sarapan,
naik rakit, bot pergi & balik) 

KANAK2 BERUMUR 6 TAHUN SEHINGGA 12 TAHUN RM 10.00 (satu orang termasuk sarapan , bot pergi & balik) 
KANAK2 BERUMUR 5 th ke bawah FREE 

🚢 PUSING PULAU JULING
RM 15 SEORANG DEWASA BAGI YANG MENGINAP DI CHALET 

🚢 PUSING PULAU JULING
RM 5 SEORANG BAGI KANAK-KANAK 5 -12 TAHUN 

🎤 KARAOKE = RM 30.00 SATU JAM 

🎏 MEMANCING FREE 

💸 DEPOSIT TAK DIKEMBALIKAN
(Tetapi boleh tukar tarikh, 2 minggu sebelum tarikh booking ) 

WEEKDAYS
Isnin - Rabu 

WEEKEND 
Khamis - Ahad 

CHECK IN = 0200 PM
CHECK OUT = 1205 PM 

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi atau whatsapp :- 

013-480 6300 - cik Ernie
018- 289 4394 - cik shida
012-706 5615 - puan ifah
013-376 3944- puan siti 

So korang tak tau mana nak pi cuti tuh bolehlah ke sini ek, tenang dan aman je dan murah plak tuh hehehe 

Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Website : 

Facebook: 

Instagram : 


Korang yang kat JB tuh kalau nak hantar anak-anak untuk aktivit hujung minggu boleh hantar ke Art'sCool Studio di Setia Tropika. Macam-macam ilmu yang anak-anak boleh pelajari pada harga yang berpatutan tau..


 





Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

2 comments:

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!