Hi Korang,
Shopee, platform e-dagang terbesar di Asia Tenggara dan Taiwan, telah melancarkan Shopee 11.11 Big Sale, pesta beli-belah dalam talian nombor satu di rantau ini. Berikutan kejayaan luar biasa Shopee 9.9 Super Shopping Day bulan lepas, Shopee 11.11 Big Sale menjanjikan promosi yang lebih besar dan menarik secara terus-menerus dari 25 Oktober hingga 11 November, termasuk tawaran tanpa Cukai Jualan & Perkhidmatan (SST) daripada jenama-jenama terkemuka, anjuran semula hari bertema kegemaran ramai dan juga tawaran syiling Shopee bernilai RM1.1 juta yang boleh dimenangi menerusi permainan dalam aplikasi Shopee Shake yang mendapat sambutan hebat.
Sebagai acara yang menampilkan lebih 100 jenama dan 15,000 penjual, Shopee 11.11 Big Sale kini kembali dengan tawaran lebih hebat dan menarik. Shopee juga telah berganding bahu dengan lebih 50 jenama utama termasuk L’Oreal, Universal Traveller, Siti Khadijah, Vivo, Tefal dan Maybelline untuk menyerap kos SST bagi lebih daripada 1,000 produk, lantas membolehkan pengguna menambah penjimatan apabila membeli barangan kegemaran mereka pada Singles’ Day (Hari Bujang) dan musim beli-belah akhir tahun. Untuk memeterai kerjasama ini, Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee, telah menandatangani memorandum persefahaman dengan enam wakil jenama di majlis pelancaran Shopee 11.11 Big Sale.
“Pengguna di seluruh rantau, termasuk Malaysia, kini menganggap Singles Day (Hari Bujang) sebagai tarikh penting dalam kalendar beli-belah hujung tahun mereka. Shopee sedia menerajui usaha ini, dengan menganjurkan acara 11.11 buat kali ketiga, yang bakal menjadi acara 11.11 terbesar yang pernah kami anjurkan. Kami berbangga untuk berdiri teguh bersama 50 jenama tempatan terkenal untuk mengecualikan SST bagi Shopee 11.11 Big Sale. Di samping itu, kami telah bekerjasama rapat dengan pelbagai pihak berkepentingan termasuk peniaga, rakan jenama serta penyedia perkhidmatan logistik dan pembayaran untuk membawakan tawaran luar biasa dan pengalaman beli-belah tiada tandingan pada musim beli-belah hujung tahun ini,” kata Ho.
Satu sebab penting kejayaan Shopee di rantau ini ialah pendekatan khusus yang diambilnya untuk memenuhi keperluan dan pilihan pembeli dan penjual. Shopee 11.11 Big Sale meneruskan janji ini sambil Shopee mengukuhkan kerjasama dengan selebriti dan jenama terkenal Malaysia dan membawakan produk kegemaran terus kepada mereka. Di pelancaran umum Shopee 11.11 Big Sale, Shopee bekerjasama dengan Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) untuk membawakan acara Shopee 11.11 KLFW Runway Night (Malam Pertunjukan Fesyen) untuk hadirinnya. Pertunjukan fesyen menarik ini membabitkan jenama yang menyertai Shopee 11.11 Big Sale buat pertama kali, termasuk Tarik Jeans, Poplook, JTNC oleh Justin Chew, dan MIKASERIES oleh Zoey Rahman. Di samping itu, pengguna boleh menantikan pilihan tawaran eksklusif selanjutnya daripada Shopee Celebrity Squad (Skuad Selebriti Shopee) yang sangat popular semasa Shopee 11.11 Big Sale, mengetengahkan jenama daripada bintang-bintang terkenal seperti Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Nora Danish and Izara Aishah.
Memandangkan aktiviti beli-belah dalam talian semakin menjadi lumrah hidup rakyat Malaysia, jenama gaya hidup kini menjalin kerjasama eksklusif sempena Shopee 11.11 Big Sale. Shopee telah meningkatkan lagi kerjasama dengan peserta utama daripada pelbagai industri seperti Digi, Pizza Hut, MBO Cinemas, Traveloka, FPX, Standard Chartered dan banyak lagi pada 11.11.
Untuk memeriahkan pengalaman beli-belah dalam talian, Shopee 11.11 Big Sale bakal menganjurkan semula hari bertema yang popular. Mulai 25 Oktober, rakyat Malaysia boleh memanfaatkan kempen harian selama tiga minggu menjanjikan ciri-ciri yang ditambah baik dan pelbagai tawaran meliputi semua kategori produk. Malah apa yang lebih menarik ialah jenama seperti Watsons, Mr DIY, Procter & Gamble, Nestle, NYX, PETPET dan banyak lagi akan menawarkan penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM11. Para pembeli juga boleh membeli beratus-ratus barangan pada harga serendah RM1.10 semasa Jualan Kilat Shocking Sale.
“Dengan pelbagai promosi tiada tandingan dan ciri-ciri menarik yang dilancarkan berasaskan maklum balas dan permintaan pengguna, Shopee 11.11 Big Sale menekankan komitmen berterusan Shopee untuk membawakan pengalaman beli-belah dalam talian terbaik kepada pengguna di rantau ini. Kami menjemput semua pembeli untuk bersama-sama merebut tawaran hebat di Shopee 11.11 Big Sale,” rumus Ho.
Untuk maklumat lanjut tentang Shopee 11.11 Big Sale, layari www.shopee.com.my/1111. Muat turun aplikasi Shopee secara percuma menerusi App Store atau Google Play.
No comments:
Post a Comment
Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!