Tuesday, October 16, 2018

Promosi GAROUPA DELIGHT Di Grand BlueWave Hotel Shah Alam

Hi Korang,

Ni kak lily nak share sket citer mengenai promosi terbaru di Grand Bluewave Hotel Shah Alam ni ek


Bagi yang meminati hidangan masakan cina, bolehlah merasai sendiri Promosi Garoupa Delight di Tung Yuen Chinese Restaurant di Hotel Grand Bluewave Shah Alam. Set ini ditawarkan untuk hidangan minimum 5 orang dengan harga RM68 per-pax. Dengan 5 hidangan utama masakan cina Bersama 4jenis dim sum yang enak.


Korang boleh memilih ikan kerapu (garoupa) samada untuk dimasak Deep Fried with Spicy Plum Seeds ataupun Lime Sauce or Steam with “Teoh Chew” style and Glass Noodle.

Braised Sliced Top Shell Abalone and Bean curd Skin on Siew Pak Choy

Pan Fried Prawn with Spicy Prawn Paste and Curry Powder on Hot plate

Promosi ini didatangkan juga dengan Pan Fried Prawn with Spicy Prawn Paste and Curry Powder on Hot plate, Braised Sliced Top Shell Abalone and Bean curd Skin on Siew Pak Choy dan Chilled Long with Honey Sea Coconut and Basil Seeds.

Selain itu pelanggan juga boleh memilih samada nasi goreng Bersama ayam didalam bakul buluh dan daun teratai ataupun nasi putih stim.



Paling best ditawarkan juga 4 seleksi Dim Sum yang di stimkan, antaranya seperti Steam Chicken Siew Mai with Ebiko, Steam Black Mushroom Chicken Dumpling, Pan Fried Shanghai Dumpling, dan Steam Beancurd Roll with Thai Chilli Sauce.



Tung Yuen Chinese Restaurant terletak di tingkat 1 Grand Bluewave Shah Alam. Ianya dibuka setiap hari bermula dari 12.00 tengahari sehingga 2.30 tengahari untuk hidangan makan tengahari. Manakala dari jam 6.30 petang sehingga 10.30 malam adalah untuk makan malam.

Jom nikmati variasi masakan enak di Tung Yuen Chinese Restaurant yang sememangnya telah diendoskan sebagai restoran yang menyediakan 100% hidangan HALAL dari pihak JAKIM. Jadi kita tak perlu ragu-ragu untuk menikmati hidangan masakan cina di sini. Paling penting harganya yang sangat berbaloi dengan tawaran set hidangan yang ditawarkan.


Untuk pertanyaan dan tempahan lanjut, sila hubungi Sales dan Marketing Department ditalian 03-55118811 ext. 2616 ataupun Telemarketing department ext. 2724.  Boleh juga email di telemarketing@bluewavehotels.com 

Jom kita ke 

Restoran Tung Yuen Chinese Restaurant
Grand BlueWave Hotel, 
Persiaran Perbandaran, Seksyen 14, 
40000 Shah Alam, Selangor. 

Tel : 03-5511 8811 





No comments:

Post a Comment

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!