Sunday, September 23, 2018

Holiday Ke Hatyai 2018 | Khlong Hae Floating Market (PART 6)

Hi Korang,


Sambung lagi travelog ke Hatyai ni, korang boleh baca entry sebelum-sebelum ni ek 



Still cerita hari kedua lagi ek, aduimak memang panjang betul lah menulis kali ni. 

Petang tuh lepas solat jumaat dalam pukul 4 cam tu kitorang keluar dari hotel ermm barulah tak panas sket nak jalan kan. Kitaorang nak ke Khlong Hae Floating Market untuk apa lagi? makan-makan lah. 

Tempat ni fames dengan pelbagai jenis makanan Thai yang authentic dan unik cara hidangan dan pembelian. Korang kena membeli belah dengan penjual yang ada di atas sampan, kita order dari tepi sampan nanti penjual akan hulur makanan dalam bakul comel then kita letak duit kat dalam tuh je. 

So kalau naik Grab memang murah tapi di sebabkan kitorang nak ke lagi satu tempat dekat-dekat Floating Market tuh then nak suruh diroang tunggu so kita ambil Tuk-Tuk sajor.

ambil gambar no plate TukTuk sebab takut terlupa tapi driver dia dari jauh dah panggil ktorang sebab takut ktorang tak nampak dia ek, bagus sungguh

Nasib Tuk-Tuk dah standby depan hotel so negotiate harga dulu then baru naik ye. 

Di sebabkan Khlong Hae ni jauh sket dari bandar Hatyai macam KL ke Shah Alam gituh, dan kak lily nak pi 2 tempat dan siap tunggu dan hantar balik ke hotel untuk 2 orang so driver Tuk-Tuk tuh charged THB600 =RM65++ kot, oklah sebab tak share dengan orang lain. So bayar sajor. 

Itulah untunglah pi ramai-ramai banyak jimat kan hehehe

jalan nak ke Pasar terapung, banyak jugak dugaan ni tau

ok kena lintas jambatan ni

ok nampak tak? banyak tuh



Kitorang sampai just nice, Khlong Hae Floating Market ni baru je bukak, ya ampun sekali lagi orang Malaysia memang ramai dah macam rasa kat Chow Kit je ni hhehehhhee









Jalan slow-slow cuci mata dulu apa nak makan then baru beli. Tapi tak delah beria-beria ktorang melantak pun juga rasa-rasa je. Seronok gak membeli belah kat sampan ni, unik.


beli ice cream ni sebab nak mangkuk lesung batu tuh hehehe THB30 je

Mehlah beli apa yang nak di makan ek

Lepas beli-beli tuh, naik makan kat atas sebab ada banyak kerusi meja so proper sket nak makan tak delah berebut-rebut kat sebelah bawah tuh. Rupanya kat sebelah atas ni, lagi banyak makanan yang sedap-sedap dan tak payah nak berimpit-impit pun hehehehee

beli sebab nak bekas cantik je tuh hehehee

bahagia dapat makan

soft shell crab THB100 = RM11 je cam tuh seplastik, banyak gak tuh

Laksa Thai, unik sedap bak hang!!

Harga makanan tak delah mahal pun, harga runcit-runcit je ni. Sepinggan RM3, RM5, RM10 hah gituh-gituh je. Kalau beli baju pun still murah gak tapi kak lily takde size so memang tak beli apa-apa lah. 

Lepak kat area pasar terapung ni mau 2 jam cam tuh, yelah lah leka makan, leka tengok gelagat orang Malaysia yang makan kann hahahah seronoklah.

lengkap semua ada ek

sebelah atas ni, banyak kedai-kedai



souvenir sini murah dari kat bandar Hatyai katanya

Kat sebelah atas ni, macam bazaar cam tuh lah. Banyak kedai jual baju, souvenir, makan-makan kering dan memacam lagi lah. Kak lily cuci mata je sebab takde apa nak beli pun hah.

rasa nak beli semuanyalah sebab murah

Tapi sebelum balik tuh sempat pi kedai yang jual bekas tembikar tanah liat tuh, ya ampun ko murah bebenau boleh pitam di buatnya. Terus kak lily beli mangkuk sambal belacan ni, beli sampai 7 pulak tuh ntah apa nak dibuat pun ntahlah kann hahahhaa tapi murah 7mangkuk tuh dalam THB100 je lepas diskaun. 

Ini tempatnya :

Khlong Hae Floating Market
Hatyai River,
Hatyai District, Songkhla
Thailand



By the way, Khlong Hae floating market ni hanya di buka pada hujung minggu iaitu Jumaat sampai Ahad so kalau korang datang hari lain tutuplah tempat wei hehehehe so jangan salah hari ye, akak dah bagitau ni tau.

ok jom ke tempat lain pulak ek

Ok settle PART 6, nanti ada lagi PART-PART yang seterusnya. 

Ni bagi sneak peak dulu apa nak citer pas ni. 

1. Train Ke Hatyai (PART 1) 

2. The Bed Hotel (PART 2) 

3. Lee Garden Plaza (PART 3) 

4. Chabura Dimsum (PART 4) 

5. Municipal Park – tengok gajah kepala 3 (PART 5) 

6. Khlong Hae Floating Market (PART 6) 

7. Khlong Hae Buffet Seafood

8. Kim Young Market

9. Central Festival Mall 

10. Big Market 

11. Hatyai Junction 













Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

3 comments:

  1. meriah floating marketnya...teliur tgk...aku p floating market bandung kena belek2 juga menu mcm pelik2 hehe

    ReplyDelete
  2. Hmmm bila la leh dapat berjalan jauh2 macam ni. Best tengok. Syok tengok tempat orang macam ni.

    ReplyDelete
  3. Kenapalah masa ke Hatyai ni dulu tak teringat lansung nak ke floating market? Ai is kerugian di situ.

    ReplyDelete

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!