Hi Korang,
Lama betul tak ke Grand Bluewave Hotel di Shah Alam ni ek
Yelah busy nau kerja so cam ne nak ke sana kan.
Hari tuh ada kesempatan kak lily ke buffet tengahari di Club Lounge, Grand Bluewave Hotel ni, wow memang lain daripada yang lain lah dengan pemandangan yang menarik hati, seronok makan di sini. Club Lounge yang terletak di tingkat 18 ini menawarkan hidangan masakan yang inovatif dan terbaik istimewa dari chef-chef yang cukup berpengalaman.
Kebetulan ada kengkawan lain yang datang so makan lagi berselera hehehe
Pihak hotel menyediakan pelbagai juadah enak di antaranya seperti Open Face Sandwich, Assorted Cheese Platter, Cold cut Display, Seasonal Salad Bar & Vegetables Crudités, Caprese Salad, Waldorf Baby Potato Salad, Italian Seafood Salad dan Orzo Pasta Salad dan Roasted Baby Roma and Basil.
Stesen hidangan makanan laut adalah antara pilihan yang paling popular sini. Ianya menyediakan masakan hidupan laut terbaik dengan pelbagai jenis udang, ketam, kerang dan banyak lagi. Setiap gigitan memberi rasa yang tidak dapat digambarkan - kesegaran isi hidupan laut dirasai terus didalam mulut
Tidak ketinggalan Tom Yam Udang Gaya Masakan Cina yang dinikmati bersama Cheese Bread Croutons. Hidangan seperti Kambing Bakar, Beef Wellington dengan Citarasa Itali, Sosis BBQ Panggang, Beef Wellington with Italian Seasoning dan Juicy BBQ Ribs.
Selain itu terdapat juga sajian yang digemari masyarakat setempat seperti Nasi Bukhara, Udang Masak Mentega, Brokoli dengan Cendawan, Ayam Kuzi Briyani, Daging Masak Merah,Nasi goreng nanas, udang goreng, Brokoli goreng, ayam pandan dengan sos Khas Daging Goreng Cili Padi Daun Limau Purut, Nasi Pakistan, Udang Harissa, Ayam Kofta dengan Lada Benggala & Bawang, Kambing Bakar Nyonya Style, Sayur Kailan Goreng dengan Ikan Asin, Pasta dengan Sos, Bamia Okra & Sos Tomato dan Seabass Grilled dengan Sos Lemon Mentega.
Untuk pengalaman makan makanan antarabangsa, para tetamu di hidangkan menu seperti Chicken Cordon Bleu, Mussel Creamy Au Gratin, Smoked Salmon Quiche, Pasta Aglio Olio, Pizza Satay, Baked Meatball Cheese,Nachos, Bolognese Sauce, William Potato, Grilled Chicken Thigh with Sauce, Mussel Smoked BBQ, Grilled Salmon with Capsicum Sauce, Baked Pasta Melted Cheese, Pizza Arabiata, Meatloaf Tomato Coulisse, Nachos, Bolognese Sauce, Homemade Wedges, Pasta with Sauce, Grill Seabass with Lemon Butter Sauce, BBQ Chicken Wing dan tidak ketinggalan pelbagai jenis sushi yang di hidangkan
Bagi hidangan pemanis mulut pula, pihak hotel menyediakan pelbagai jenis pencuci mulut seperti kek, pudding, pastri dan lain-lain lagi
Harga buffet tengahari di Club Lounge, Level 18 adalah,
RM85.00++ bagi dewasa
Hari: Isnin hingga Jumaat
Masa: 12.00 tengah hari - 2.30 petang
Chef Incharge (Senior Chef De Cuisine): Chef Al-Hafiz Bin Redzuan
Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila hubungi Telemarketing di 03-55111833 ext. 2723, 2724, 2606 atau terus e-mel ke telemarketing@bluewavehotels.com.
Boleh lawati laman web untuk info lebih lanjut www.bluewavehotels.com
Untuk pertanyaan dan tempahan lanjut, sila hubungi Sales & Marketing Department ditalian 03-55111833 ext. 2723, 2724 atau 2606. Boleh juga email di telemarketing@bluewavehotels.com.
Jom kita ke
Club Lounge,
Level 18,
Grand BlueWave Hotel,
Persiaran Perbandaran, Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor.
Tel : 03-55111833
Laman Web:
Facebook:
Haishhh, semua menu nampak seksi dan menyelerakan sungguh
ReplyDeleteMakanan western dia semua nampak sedap2..terliur tengok time lunch ni..hehe
ReplyDeleteMenyesal pulak masuk entri yang ni. Haha
ReplyDelete