Hi Korang,
Rasa kelesuan sememangnya satu masalah yang biasa dialami segenap individu. Sama ada maklum balas spontan untuk makan di luar, bertemu rakan-rakan mahupun keluar seketika - ada kalanya kita tidak dapat memaksa diri untuk bergerak.
Lebih teruk, ada kalanya kita terasa otak lesu - perumpamaan moden yang menggambarkan kepenatan mental. Dalam perkara ini, kita tidak semestinya merasakan tanda-tanda fizikal kepenatan seperti kesakitan pada otot tetapi fikiran yang buntu, kekurangan motivasi dan tenaga untuk melakukan tugasan atau aktiviti yang kita gemari.
Persoalan hari ini:
Tubuh badan tidak mempunyai had, tetapi minda ada batasnya. Kita ketahui perkara ini tetapi bagaimana kita dapat menyediakan otak agar dapat memaksimumkan prestasi diri sepanjang hari?
Jawapan:
Taurina, ramuan istimewa yang boleh didapati dalam minuman tenaga popular (atau dikenali sebagai Tin Emas Kehebatan) seperti Red Bull, yang mempunyai keupayaan mempertingkatkan tenaga yang memberi manfaat kepada minda dan tubuh. Ramuan mikro penting lain seperti Vitamin B yang memainkan peranan penting dalam fungsi metabolisme dan mempertingkatkan keupayaan kognitif mental. Ia memecahkan karbohidrat, lemak dan protein di dalam tubuh untuk meningkatkan keupayaan fizikal dan mental. Minuman tenaga seperti Red Bull bukan hanya bertindak sebagai sumber tenaga tetapi juga memantapkan fikiran dan daya konsentrasi yang lebih baik.
“Rakyat Malaysia menghabiskan banyak masa bekerja dan mempunyai gaya hidup selepas waktu kerja yang aktif. Hasilnya, minda dan tubuh mereka memerlukan tenaga yang berkekalan sepanjang hari. Sebagai minuman tenaga nombor satu di Malaysia, menjadi tanggungjawab kami untuk mendidik pengguna kaedah paling berkesan untuk mengoptimumkan aras tenaga mereka agar mereka sentiasa dapat mencapai prestasi terbaik.” kata Jate Samathivathanachai, Pengurus Negara Allexcel Trading |Red Bull Malaysia
Tetapi, sebelum korang meluru untuk mendapatkan setin sejuk, di bawah adalah empat cara kita boleh mengoptimumkan manfaat minuman tenaga:
Empat Cara untuk Mengoptimumkan Manfaat Minuman Tenaga:
Pengambilan pra-aktiviti:
Pengambilan minuman tenaga sebelum aktiviti adalah kaedah terbaik untuk mencapai hasil yang optimum. Ini memberikan badan masa yang mencukupi untuk menggunakan ramuan yang terkandung di dalam minuman berkenaan dan mengubahnya kepada sumber tenaga yang diperlukan.
Minum semasa bekerja dan belajar:
Taurina juga boleh membantu dalam pengawalan tekanan. Ia turut menguatkan jantung dan menggalakkan detoksifikasi dengan mengikat bahan-bahan yang memudaratkan dan mempercepatkan penyingkirannya dari badan. Kesan gabungan Taurina membantu meningkatkan tumpuan yang berkekalan sepanjang waktu kerja yang berpanjangan dan ketika melakukan tugas yang intensif.
Memandu:
Taurina mengandungi keupayaan unik untuk meningkatkan kepekaan mental, kepantasan reaksi dan tumpuan, kesemuanya kritikal bagi pemanduan jarak pendek mahupun jauh.
Semasa dan selepas aktiviti fizikal:
Satu lagi fungsi Taurina adalah termoregulasi - sebuah proses yang membenarkan tubuh anda mengekalkan suhunya. Ini mengelakkan suhu badan daripada menjadi terlalu tinggi atau rendah, seterusnya mengelakkan kelesuan upaya semasa dan selepas sebarang senaman fizikal.
Dengan pengambilan yang betul, minuman tenaga boleh dilihat sebagai pembantu kanan dalam suatu pertarungan harian. Jika berasa sangsi, bukalah setin, hirup dan tambahkan tenaga badan anda untuk terus mara dengan penuh keyakinan. Maklumat lanjut berkenaan manfaat minuman tenaga boleh didapati di laman web Red Bull (http://redbull.com.my).
No comments:
Post a Comment
Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!