Saturday, July 28, 2018

Allianz Malaysia Memberi Kepercayaan Kepada 11street Untuk Menawarkan Perlindungan Yang Lebih Baik Kepada Rakyat Malaysia

Hi Korang,

Allianz Malaysia mengorak langkah baharu menerusi jalinan kerjasama dengan salah satu pasaran atas talian terkemuka di Malaysia, 11street. Usaha sama ini bertujuan untuk menyediakan ketenangan minda kepada rakyat negara ini menerusi penawaran perlindungan yang memenuhi segenap keperluan pengguna menerusi produk-produk insurans yang kini boleh didapati menerusi platform beli-belah atas talian berkenaan.

Henry Ho, General Manager of Business Development & Partnership of 11street dan Michael Fong, Head of Digital Partnerships and Innovation of Allianz


Allianz bersama 11street kini menjadikan langganan insurans lebih mudah dan lancar dengan menawarkan tiga produk komprehensif yang memenuhi keperluan pelanggan. Produk-produk ini termasuk; Personal Accident Insurance yang memberi persediaan terhadap perkara-perkara yang tidak dijangka pada setiap masa; Roadside Assistance Program yang menyediakan perlindungan komprehensif kepada pemandu apabila kereta mereka rosak dan Smart Home Cover yang memberi ketenangan minda kepada pelanggan apabila mengetahui bahawa kediaman yang dimiliki dilindungi.

Ketua Inovasi dan Usahasama Digital, Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad, Michael Fong berkata: “Ini merupakan langkah yang mengujakan dan proaktif bagi kami untuk bukan sahaja meningkatkan kesedaran umum berkenaan kepentingan perlindungan insurans tetapi ke arah menjadikan kaedah perlindungan penting ini lebih mudah diperoleh dan ditawarkan pada harga berpatutan bagi manfaat masyarakat umum. Dengan meneroka pendekatan baharu dalam menawarkan pelan insurans, kami berharap untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk mengambil langkah penting ke arah melindungi diri dan keluarga mereka, di samping mengurangkan jurang perlindungan dalam kalangan umum.”

Menurut Persatuan Insurans Hayat Malaysia, kadar penembusan insurans pada masa ini kekal sekitar 56% dengan hanya kira-kira 32% rakyat negara ini memiliki lebih daripada satu polisi.[1] Dengan sasaran Bank Negara Malaysia untuk mencapai kadar 75% penembusan insurans dan berpotensi melebihi 100% menjelang tahun 2020,[2] usaha sama antara Allianz dan 11street merupakan langkah penting dalam memastikan setiap rakyat Malaysia dilindungi.

Michael Fong, Head of Digital Partnerships and Innovation of Allianz and Henry Ho, General Manager of Business Development & Partnership of 11street 


Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan dan Usaha Sama 11street, Henry Ho berkata: “Ini pastinya satu pencapaian baharu bagi 11street. Kami merupakan sebuah platform holistik yang sentiasa menambah nilai dan memperkayakan kehidupan para pelanggan kami. Langganan perlindungan insurans merupakan satu kepentingan jangka panjang dan memandangkan golongan berusia 25 hingga 35 tahun merupakan kumpulan pelanggan terbesar 11street, kami bekerja rapat untuk menyediakan tiga produk yang secara khusus memenuhi keperluan pelanggan dewasa yang bekerja. Dengan semakin ramai bergantung kepada platform beli-belah atas talian untuk memenuhi keperluan kehidupan seharian mereka, kami merasakan usaha ini merupakan tambahan penting kepada kepelbagaian penawaran produk sedia ada di 11street.”

Allianz dan 11street menawarkan tiga produk berbeza yang akan menyediakan perlindungan untuk kediaman, kereta dan paling penting, diri dan keluarga anda. Di bawah produk Allianz Personal Accident Insurance, pelanggan layak menerima ganti rugi berganda apabila berlaku kematian atau keilatan kekal serta kemudahan tanpa tunai bagi kemasukan dan keluar daripada hospital. Pelan ini juga merangkumi liputan bagi perbelanjaan perubatan dan kes ragut.

Sementara Allianz Roadside Assistance Program menawarkan akses bantuan kereta dan perkhidmatan penundaan kereta pada jarak tanpa had 24 jam termasuk baik pulih kecil di tepi jalan serta pilihan meluas bengkel kereta panel yang disahkan bagi memastikan lokasi paling mudah bagi memenuhi keperluan baik pulih kereta pelanggan. Sebagai tambahan, individu yang mendapat liputan di bawah program ini juga diberi manfaat kereta ganti secara percuma bagi tempoh 5 hari.

Produk ketiga yang ditawarkan adalah Allianz Smart Home Cover yang membenarkan pelanggan menikmati penjimatan terhadap premium dengan penyediaan pakej khusus mengikut kehendak dan keperluan mereka. Pelanggan mempunyai pilihan untuk merangka pelan dengan memilih liputan bagi perkakasan di luar dan dalam kediaman mereka sahaja mahupun melanjutkan rangkuman perlindungan kepada pembaikan rumah, kesemuanya pada harga yang berpatutan!

Untuk melanggan sebarang produk insurans ini, layari Allianz Insurance Official Store di 11street. Seorang ejen khusus akan menghubungi pelanggan dalam tempoh 3 hari untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan bagi terbitan polisi perlindungan.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.11street.my.




[1] Menurut The Edge Markets ‘LIAM seeks govt support on insurance penetration’ pada 01 Julai 2018
[2] Menurut News Straits Times ‘BNM targets national insurance penetration rate to breach 75 pct by 2020’ pada 30 Oktober 2017


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

How about reading my story in English?

If you want to share your blog, story or media content in another language you may want to look into having it professionally translated.


One noticeable agency in IB Tower in KL is VEQTA, read more here: Translation in Malaysia 


No comments:

Post a Comment

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!