Saturday, June 30, 2018

KEMUNCULAN PERTAMA HIJUP UK DI LONDON EID FESTIVAL

Hi Korang,

HIJUP UK membuat penampilan sulung fesyen pemakaian sederhananya di London Eid Festival yang telah diadakan di kota London, baru-baru ini. Jenama fesyen berciri bersahaja serta sesuai untuk pelbagai gaya hidup ini tampil menyerlah di landasan pertunjukan fesyen dengan keluaran terbaru hasil rekaan para pereka fesyen dari Indonesia iaitu Dian Pelangi, Vivi Zubedi, Jenahara dan Ria Miranda, di samping membuka mata para fashionista dengan menampilkan juga barisan keluaran baju-baju dan skaf di kedai mudah alih yang ditonjolkan di sana. 


Penyertaan HIJUP dalam pameran fesyen bercirikan pemakaian kesederhanaan terbesar pada tahun ini bukan sahaja untuk menampilkan keluaran koleksi-koleksi rekaan para pereka fesyen ternama global, malah ianya adalah seiring dengan pelancaran rasmi kedai talian terbukanya di www.hijup.co.uk yang akan bermula pada bulan ini. 

Selain bekerjasama dengan jenama keluaran para pereka fesyen terkenal daripada Indonesia, Malaysia, Australia, UAE, Amerika dan UK yang terpilih, HIJUP UK juga akan berganding bahu dengan jenama fesyen hijab yang popular lagi versatail iaitu Aidijuma™ serta koleksi mewah fesyen pemakaian sederhana yang dikeluarkan oleh Haute Elan. 

HIJUP UK dimiliki oh HIJUP, fesyen e-dagang berkonsepkan Islam yang pertama di dunia serta jenama terkenal pemakaian sederhana dari Malaysia, Aidijuma™ Colors Group of Companies. 

Selain menawarkan konsep pembelian secara talian terbuka, HIJUP UK juga akan melebarkan sayapnya dengan membina kedai konsepnya yang pertama serta mengadakan kedai-kedai berkonsepkan mudah alih di kota London tidak lama lagi bagi menyenangkan para wanita untuk membeli dan memiliki keluaran fesyen sederhana secara lebih mudah. Berlandaskan model perniagaan kreatif secara talian terbuka dan tertutup (#O2O), halaman e-dagang HIJUP akan dilengkapi dengan pengalaman peruncitan peribadi dalam kedua-dua konsep serta kedai mudah alihnya bagi memberi pengalaman yang lebih baik kepada para pelanggan di mana juga mereka berada. 

“HIJUP UK akan menjadi kumpulan rangkaian peruncitan kesederhanaan yang pertama dalam mencipta revolusi peruncitan melalui penggabungan pelandasan talian terbuka dan tertutup yang juga termasuklah konsep paling baik iaitu dengan menyediakan kedai mudah alih untuk memudahkan pelanggan untuk merasa pengalaman membeli dengan lebih baik. Kami amat memahami para pelanggan kami dan maka dengan itu, kami membawa pemakaian fesyen kesederhanaan yang lebih bergaya ini kepada para wanita di mana juga mereka berada, melalui pelbagai cara perlandasan secara runcit dengan harga yang perpatutan,” kata Norjuma Habib Mohamed, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Aidijuma™ Colors Group, yang juga merangkap pemegang saham majoriti HIJUP UK. 

“Pasaran untuk pemakaian kesederhanaan ini kian berkembang di pasaran dan apa yang kami lakukan adalah menjadikannya lebih mudah untuk diperoleh di pasaran demi untuk meringankan beban para wanita di samping untuk membina jenama ini,” tambah Norjuma. 

#hijup 
#aidijuma 
#londoneid 
#scarfmachine 
#onlineoffline 
#O2O 
#OMO 
#bawal




 




Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Friday, June 29, 2018

Pizza Madu Padu Sebab Teringin Katanya

Hi Korang,

Lepas raya ni kemain plak keinginan tekaknya kan makin menjadi-jadi. Padahal puasa sebulan je pun so apa yang teruk sangat ni. 

Hari tuh mengidam ketam, sekarang ni pizza plak. 

Nak kata mengandung langsung tak de tanda-tanda pun but level mengidam tuh sampai ke tahap super saiya la kan. Huahauhauhua 

Kebetulan plak ada lagi lebihan voucher masa pi event dedulu so daripada expired baik di gunakan. 


Malam semalam kitaorang ke iOi City Mall lepas maghrib, nasi orang tak ramai so parking paling dekat sekali hah sebab pemalasnya nak jalan jauh kan. 

Sesampai je terus bagi voucher, then budak waiter tuh pun perasan siap cakap nasib baik sempat lagi kan. So terus je order Pizza Madu Padu ni.


Kitorang amik yang Madu Padu Special for 2-3 orang

1 madu padu pizza 
1 appetizer 
2 cream of mushroom soup 
2 honey dew pudding 
2 drinks 

Ambil gambar pizza je sebab yang lelain dah kena bedal awal-awal ek huahauhauhua 

Bagi kak lily sedap dan tak delah manis sangat pun, sebab diorang letak madu tuh sket je kot. Nampak macam drizzle je atas pizza. Memang tak de ayam pun dalam pizza ni coz diaorang guna chicken frankfurter rasanya, cheese tuh tuh masin kalau masak satu-satu so kena makan sekali harung baru mantap. 


Piza Madu Padu didatangkan dalam dua hidangan kombo di restoran iaitu MADU PADU SPECIAL berharga RM52.70 (hidangan 2-3 orang) dan MADU PADU SPECIAL berharga RM94.50 (hidangan 4-5 orang). Setiap hidangan kombo ini disertakan bersama pilihan pembuka selera, garlic bread/tortilla ayam BBQ atau sup cendawan, puding tembikai susu dan minuman. 

Pizza Hut Malaysa turut menawarkan 4 kombo bagi penghantaran atau bawa-pulang iaitu MADU PADU BIG BOX (RM63.00), 
MADU PADU COMBO 1 (RM38.90), 
MADU PADU COMBO 2 (RM57.90), 
MADU PADU DOUBLE BOX (RM38.00). 

Sempat lagi kalau korang nak cuba, agak-agak dah bosan makan nasi sebelah malam tuh pilah jelah pizza hut ni kan, senang 

Dinner malam tuh settle!!!











Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Thursday, June 28, 2018

Peraduan Power Root "SENANG JER MENANG!" Memang Senang Betul Nak Menang

Hi Korang,

Kak lily tak sangka ada peraduan yang senang sesangat nak menang ek!!

Setakat beli produk dan gores dan menang, simple as that


Pembelian produk Power Root ternyata memberi pengalaman yang tidak disangka dan menggembirakan kepada 77 pemenang bertuah yang berjaya membawa pulang hadiah bernilai RM55,900 melalui Peraduan Senang Jer Menang anjuran Power Root, sebuah syarikat tempatan yang memahami kehendak pelanggannya. 


Peraduan yang bermula pada 1 Mei, 2018 di seluruh negara masih tinggal 18 minggu sehingga 31 Oktober, 2018. 


"Peraduan Senang Jer Menang adalah salah satu cara untuk berinteraksi dan memberi ganjaran kepada pelanggan kami. Kami tidak mahu menganjurkan pertandingan dimana pelanggan terpaksa mengisi borang penyertaan atau mengambil gambar dan 'tag' gambar tersebut. Kami ingin memudahkan proses penyertaan supaya ia senang sahaja untuk menang dalam peraduan ini. Sehingga kini, kami telah menemui 

77 pemenang bertuah di seluruh Semananjung (Malaysia) termasuk di Sabah & Sarawak. Kami menjangkakan beberapa ribu pemenang bertuah lagi yang bakal muncul dalam tempoh 4 bulan yang akan datang sehingga 31 Oktober, 2018," kata Pengerusinya, Dato' Afifuddin Bin Abdul Kadir. 

Bercakap di majlis sidang media kepada 77 pemenang setakat ini, Dato' Afifuddin turut menambah: "Dengan kos sara hidup yang tinggi, ramai rakyat Malaysia merasai kesannya apabila perbelanjaan harian mereka semakin meningkat. Penurunan GST dari 6% kepada 0% sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan yang dihadapi. Sebagai sebuah syarikat tempatan, kami ingin turut serta membantu sedaya yang kami mampu. Melalui peraduan ini, ianya akan menjadi satu bonus untuk pelanggan setia kami dan kami berharap ia juga dapat menarik pelanggan baru untuk membeli dan mencuba minuman produk kami." 


Menurut Alif Satar, Duta Alicafe yang juga hadir di majlis tersebut,"Peraduan Senang Jer Menang memang sangat mudah untuk menang. Anda hanya perlu membeli mana-mana pek produk Alicafe, Alitea, Per'I atau Per'I Xlim dan cari Kad Gores yang mungkin berada di dalam pek. Jika anda menjumpai Kad Gores, anda telah menang! Goreskan Kad Gores untuk mengetahui hadiah yang telah dimenangi. Beribu-ribu hadiah telah disediakan, yang bernilai dari RM 100 sehingga RM 5,000. Tiada had pembelian untuk jumlah pek yang boleh dibeli dan anda pasti menikmati minuman ini bersama rakan-rakan dan keluarga. 

Dato' Afifuddin turut berkata bahawa Power Root sangat gembira kerana pemenang yang telah dijumpai sehingga kini adalah daripada pelbagai lapisan masyaratkat dan berbeza latar belakang. Beberapa orang pemenang telah berkongsi cerita mereka dengan Power Root. 





Mereka adalah: 

I. Nur lhtisyam binti Nor Mohamad, dari Selayang memang tidak sangka beliau akan menang. "Semasa membeli-belah, anak-anak menangis meminta membeli pek Alicafe Tongkat Ali dan Ginseng Original. Saya pun belilah dan gores. Tak sangka dapat RM 5,000. Macam tak percaya. Terima kasih kepada Power Root, duit ini saya akan guna untuk perbelanjaan anak-anak dan simpanan masa depan mereka." 

II. Nurul Hidaayah binti Din, dari Selangor menyifatkan kemenangan RM5OO apabila membeli pek Per'I Cafe, sebagai satu rahmat yang datang pada waktu yang baik baginya. Beliau sudah lama berhajat untuk pulang ke halaman kampung dan memulakan perniagaan penternakan kambing. Beliau kini bersemangat dan boleh memulakan perjalanan keusahawanannya dengan memperoleh dua kambing sebagai permulaan perniagaannya. 

Ill. Nurul Aini binti Marzuki baru habis berpantang dan keluar rumah membeli-belah buat pertama kalinya dengan ibu dan anak kecilnya. Beliau tidak jangka akan menang RM5,000 yang dijumpai di dalam pek Per'I Cafe. Nurul yang berasal dari Selangor menyifatkan rezeki dari ibunya yang ingin berkongsi membeli Per'I Cafe dan bayi kecil yang berusia 5 bulan sebagai tanda tuah baginya. 

IV. Sanik bin Sariman, dari Johor berkata memenangi peraduan ini adalah satu rahmat yang sangat besar baginya dan tidak sangka pembelian pek Alicafe Tongkat Ali dan Ginseng White Coffee akan memberinya kemenangan sebanyak RM5,000. "Mak dan ayah sudah uzur dan tidak sihat. Bila saya kerja di offshore, isteri saya terpaksa menjaga mereka dan perbelanjaan untuk kesihataan bukan murah. Alhamdullilah dengan duit ini saya boleh bagi kepada isteri saya sebagai duit perubatan untuk mereka. Terima kasih Power Root!" 

V. Marzana Norazlinda binti Mohamad, berasal dari Pahang berkata beliau berterima kasih kepada nasib baik suami isteri di bulan Ramadhan ini apabila kedua-dua suami dan isteri memenangi hadiah berjumlah RM 100 dan RM 300 daripada peraduan Power Root ini. Beliau memberitahu bahawa suaminya yang mula-mula membeli pek Alicafe Tongkat Ali dan Ginseng Lebih Pekat terkejut apabila menjumpai Kad Gores bernilai RM100 di dalam pek tersebut. Suaminya sejerus menyuruh beliau membeli produk Per'I Cafe dan memang rezeki suami isteri kerana pek Per'I Cafe mengandungi kad gores yang benilai RM300. 

VI. Mohd Azhar Bin Abdul Ghani yang berasal dari Sabah, berasa amat terkejut kerana pek Alicafe Tongkat Ali dan Ginseng Original yang dibelinya betul-betul membawa tuah baginya kerana beliau peminum tegar Alicafe. Beliau memberitahu disebabkan sifat kerjanya, beliau tidak boleh mengantuk dan perlukan tenaga semasa berkerja jadi pilihan kopi utamanya adalah Alicafe. "Saya amat bersyukur dengan kemenangan duit ini dan akan membuat perbelanjaan untuk anak-anak dan isteri." 


Untuk menyertai peraduan lnl, pelanggan perlu membeli mana-mana produk Alicafe, Alitea, Per'I atau Per'I Xlim. Jikalau pek mengandungi kad gores, korang  telah menang! Peraduan "Senang Jer Menang!" ini berlangsung sehingga 31 Oktober, 2018 dan semua produk yang mengambil bahagian ada dijual di pasaraya-pasaraya utama, pasaraya-pasaraya besar dan kedai runcit bebas. 


Untuk maklumat lanjut tentang Peraduan Senang Jer Menang, sila layari laman www.powerroot.com.my atau Face book Alicafe, Face book Per'I dan Facebook Powerroot. 














Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Wednesday, June 27, 2018

Review | Smartphone Neffos C7 Dari TP-Link

Hi Korang, 

Memang betul banyak smartphone yang berada di pasaran Malaysia ni tapi yang mengikut bajet dan spesifikasi kita payah betul nak jumpa kan? Betul kan…


So untuk memilih smartphone yang benar-benar mngikut kehendak kita ni banyak faktor yang di nilai seperti design, performance, gambar, video dan lain-lain, itu belum masuk factor harga lagi kan. Hehehhe eh kak lily paham semua ni lah. Ingat main pi beli je macam beli ikan kat pasar tuh. 

Di sebabkan kak lily ada smartphone dari TP-Link ni so kak lily nak kongsikan serba sedikit mengenai Neffos C7 yang slim ni ek


Speksifikasi Neffos C7 


-MTK MT6750 Octa-Core processor. 
- 16 GB of internal storage. Supports external storage (micro SD) up to 128 GB. 
- 2 GB of RAM. 
- 5.5-inch IPS HD (1280 x 720 pixels) display. 
- Dual-SIM (nano), hybrid. 
- Main camera – 13 Megapixel, PDAF. 
- Selfie camera – 8 Megapixel. 
- 3060 mAh battery. 
- OS – Android 7.0. 
- Fingerprint sensor 
- Colours – Cloudy Grey and Sunrise Gold

nampak nipis dan ringan jugak



Bahasa-bahasa tech ni kak lily bukan pandai sangat tapi paham sket-sket ek. Tak terlalu laju dan tak terlalu lembab, just nice untuk kak lily bersuka ria mengambil gambar mahupun video untuk di uploadkan di social media ek hehhehee 

Unboxing Neffos C7 



Yang unboxing ni excited sket, tengok apa yang ada dana pa yang tidak kan hehehehe. Dalam kotak ni ada :- 

- Smartphone Neffos C7 
- 5V 1A charger 
- USB cable (micro USB) 
- SIM ejector pin 
- Quick start guide 
- Warranty notice 
- Safety notice 


Bila abis tengok aplikasi yang ada di dalam smartphone Neffos C7 ni barulah kita godek apa yang patut kan. Basically apllikasi kebanyakan sama dengan smartphone yang lelain. Tak de banyak beza gituh.


Ada fungsi smart lock fingerprint sebagai tambahan yang jarang ada pada smartphone di bawah harga RM1000 tau 

Sekarang ni, marilah kita mengambil gambar sebab main reason smartphone Neffos C7 ni adalah kualit kameranya. Jadi kak lily akan cuba satu persatu fungsi kameranya dan of courselah ambil gambar ek heheheh 


Gambar Pemandangan 

Gambar Selfie 

Gambar Potret

Gambar Makanan 


BIasalah bila masuk dalam blog, gambar semua kena di kecilkan ek kang kalau berat, payah plak nak loading entry ni 

Bateri

Dengan bateri 3,060mAh, Neffos C7 dapat digunakan sekitar jam 8 jam dan 45 minit sebelum mencapai hayat bateri kritikal. Ok jugaklah dari pagi sampai ke petang kan, balik rumah charge balik. 

Kadar pengecasan dari 1% hingga 100% lebih kurang mengambil masa 2.5 jam. 

Secara keseluruhannya….. 

Untuk korang yang gemarkan sleek design, skrin yang besar, kualiti gambar memuaskan, smartphone ini sangat berbaloi untuk korang dapatkan dengan harga RM599.


Maklumat lanjut kalau berminat untuk membeli dan dapatkan banyak lagi smartphone Neffos Malaysia, boleh layari laman web rasmi mereka di http://www.neffos.com/en/

Meh LIKE dan FOLLOW Neffos C7 di social media berikut: 

Facebook: 














Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Tuesday, June 26, 2018

Resipi Butter Banana Milk Chicken Dengan Produk Susu POKKA

Hi Korang, 

Kak lily kurang sket makan yang ada butter-butter dan susu ni. 

Sebab combinationnya cam odd sangat, macam meloyakan pun ada jugak huahuahauhau
 

Tapi mengenangkan nak masuk contest anjuran POKKA ni, kak lily pun nak menjadi kreatif dan mencuba sesuatu yang baru. Biasalah kalau nak menang kena lain daripada yang lain barulah organizer nampak hahahahha gelak jahanam sesangat ek 

Kak lily saje nak mencuba ayam sebagai bahan ujikaji, biasalah kalau minuman susu je orang mesti buat pemanis mulut kan, so kita twist sket agak jadi unik. 

So kita cuba masak Butter Banana Milk Chicken. 


Banana milk tuh menggunakan prosuk susu Pokka lah yang lain dan tak bukan iaitu ‘Banana Milk’. Kalau minum cam tuh memang sedap bak hang!! Tapi kalau di buat masak, cam ne plak ek 

Inilah bahan-bahan untuk resipi Butter Banana Milk Chicken 

Bahan-bahan (sos): 


- 2 sudu besar mentega 
- Daun kari 
- 1 sudu besar cili padi 
- 1/2 sudu besar bawang putih 
- 100ml susu banana milk 
- 1 sudu kecil garam 
- sedikit ladan hitam


Cara-cara: 


1. Salut ayam bersama tepung gandum, serbuk kari, garam dan kunyit. Perap dalam 30 minit cam tuh. 


2. Goreng hingga keemasan. 

cairkan butter dulu ek

tumiskan bawang putih, cili padi sampai naik harum baunya

masukkan dari kari plak

3. Untuk membuat sos, cairkan mentega dan tumis daun kari, cili padi dan bawang putih. 


4. Masukkan susu cair dan didihkan hingga pekat. Kemudian, masukkan garam dan lada hitam. 

nampak biarkan mendidih


5. Tutup api dan masukkan ayam yang sudah digoreng. 

6. Gaul hingga rata. 


7. Siap untuk dihidang! 

Nampak!!! 

Senang lagi mudah menyediakannya. 


Dari segi rasa plak? Ermm wow memang memang memang sangat unik boleh di makan dan rasa pisanglah tuh tak delah sekuat mana pun. Berselera je kitaorang makan hari tuh hah. 

Sertai POKKA Rasa Raya Contest 


Kan kak lily dah bagitau yang tujuan kak lily buat resipi ini dan beli produk POKKA ni nak sertai peraduan sempena dengan Hari Raya ni. Korang pun masih sempat nak sertai kerana peraduan ini akan berakhir pada 30 Jun 2018 ini.

Cara-cara penyertaan :- 

1) Beli produk pelbagai produk POKKA Susu bernilai RM10 dalam satu resit tunggal.

2) Buat resipi menggunakan produk pelbagai susu POKKA. Ambil foto / video langkah-langkah resipi.

3) Hantar foto / video dan gambar resit korang ke Facebook POKKA melalui FB Messenger.

Hadiah yang ditawarkan adalah:- 

PRIZE GRAND: 
Pakej katering rumah terbuka bernilai RM10,000

PRIZE CONSOLATION x 3: 
RM200 tunai + POKKA hamper + bekalan minuman POKKA 1 bulan 

HARIAN MINGGU x 20: 
baucer membeli-belah bernilai RM100 + bekalan minuman POKKA selama 1 bulan. 

Jadi tunggu apa lagi korang kena sertai sekarang juga. 

Mana tahu rezeki korangkan kita tak tahu. 

Selamat mencuba semua. 


#PokkaMy 

The Moscow Circus Akan Datang Pada Ogos 2018 Di Malaysia

Hi Korang, 

Buat pertama kali, tradisi sarkas Rusia yang dikenali seluruh dunia bakal menggegar Malaysia sepanjang kembara selama lapan bulan di seluruh negara yang turut menampilkan pelbagai aksi mempesona dan mengagumkan. 


Acara menarik dan luar biasa ini akan mengadakan kemunculan sulungnya di Malaysia di sepuluh bandar merentasi tujuh negeri, dimulakan dengan set pertunjukan pertama pada 10 Ogos hingga 2 September 2018 di Padang Timur, Petaling Jaya. Rombongan tersebut akan menuju ke wilayah utara ke Queensbay Mall, Pulau Pinang pada 13 hingga 30 September serta Auto City, Prai pada 5 hingga 21 Oktober, diikuti oleh lokasi-lokasi lain yang diperuntukkan termasuk Melaka, Kuala Lumpur, Johor Bahru, Batu Pahat, Ipoh, Kuantan, serta Klang, yang akan berlangsung sehingga 31 Mac 2019. 

Lawatan edisi khas ini yang turut dikenali sebagai The Moscow Circus Tour of Malaysia 2018/19, merupakan hasil ilham daripada Penerbit Eksekutif Dato’ Sri G Radakrishnan dan Yahna SG, bersama Penerbit Kenneth Lee dan Victor Pilipovic. 

Pertama kali dalam sejarah, The Moscow Circus membawakan rombongan yang dipilih daripada dua syarikat sarkas termasyhur – the Boishoi Circus (juga dikenali sebagai The Moscow State Circus at Vernadsky Prospekt) dan the Nikulin Moscow Circus. 


“Kami amat teruja untuk mengumumkan kemunculan The Moscow Circus Tour of Malaysia yang bakal berlangsung selama lapan bulan akan datang. Pertunjukan ini merupakan peluang emas buat penonton untuk menyaksikan persembahan bertaraf antarabangsa daripada Nikulin Moscow Circus dan Bolshoi Circus. Kami turut berharap untuk membawakan aktiviti-aktiviti menarik semasa jerayawara di serata negara untuk mempamerkan pelbagai aksi sarkas serta berhubung rapat dengan penonton bersama rakan kongsi kami. Ternyata, ia akan memberikan pengalaman yang luar biasa!” kata Kenneth Lee, Penerbit The Moscow Circus Tour of Malaysia 2018/19. 

Kumpulan seniman sarkas Rusia yang dikenali ramai ini telah memukau penonton di seluruh pelusuk dunia selama berpuluh tahun dengan memberikan persembahan penuh dengan ciri kesenian dan kemahiran atletik. Pengunjung dari setiap peringkat umur akan dibawa ke alam fantasi melalui pelbagai persembahan unik oleh artis trapez, juggle, ahli akrobat dan gimnastik yang memukau setiap penonton pada masa sama. 




Aksi-aksi luar biasa yang penonton bakal menyaksikan termasuk persembahan tarian terapung oleh aerialist dan pejalan kaki wayar tinggi yang mendebarkan, artis trapez serta akrobat Swing Rusia, bersama sorotan khas yang turut ditampilkan seperti persembahan juggling yang memukau daripada Semen Krachinov, pemain roller skate oktan tinggi, pemutar diablo yang mencabar graviti serta persembahan daripada pakar ilusi, semuanya dikendalikan oleh badut tersohor dari Rusia, Armen Asiryants. 

Setiap persembahan akan menampilkan program khas selama dua jam merangkumi hampir 40 artis profesional yang dijaminkan akan menarik perhatian setiap penonton. 

“Ia merupakan peluang terbaik buat para keluarga, hadirin berpasangan serta sekumpulan rakan-rakan untuk merasai pengalaman seumur hidup yang menghiburkan. Ini menerangkan harga tiket mampu milik yang kami tawarkan serendah RM50 serta pertunjukan yang berlangsung sehingga 24 hari di setiap bandar kerana kami tidak mahu sesiapa pun untuk melepaskan peluang mereka menghadiri ke salah satu pertunjukan kami untuk menikmati persembahan-persembahan unik yang tidak dapat disaksikan di tempat lain,” tambah Kenneth Lee. 

Para Penerbit Eksekutif dan Penerbit acara ini turut mengambil langkah selanjutnya bagi memastikan sumbangan positif diberikan terhadap komuniti dan ekonomi Malaysia. Selaras dengan misi kerajaan bagi warga Malaysia untuk membantu mengatasi hutang negara, sebahagian daripada hasil jualan tiket akan didermakan ke Tabung Harapan Malaysia. 


The Moscow Circus akan padankan jumlah yang dikumpulkan dengan harapan sekurang-kurangnya RM1,000,000 dapat diraih untuk dana tersebut. 

“Kami amat berterima kasih atas peluang yang diberikan untuk mempersembahkan aksi-aksi menakjubkan kepada warga senegara daripada sekumpulan artis bertaraf antarabangsa. Pentingnya juga bagi kami untuk memainkan peranan dalam memberi sumbangan daripada hasil jualan kami kepada Tabung Harapan kerajaan negara. Oleh itu, pembeli tiket bukan sahaja berpeluang menikmati acara kami, namun turut beramal kepada negara pada masa yang sama,” kata Dato’ Sri G Radakrishnan, Penerbit Eksekutif The Moscow Circus Tour of Malaysia 2018/19. 

Maklumat Acara The Moscow Circus Tour of Malaysia 2018/9 

Masa pertunjukan: 

Isnin : tutup 
Selasa – Khamis : 8.30 PM 
Jumaat : 5.30 PM & 8.30 PM 
Sabtu dan Ahad : 11.30 AM, 3.00 PM dan 7.30 PM 

Tiket acara ini boleh didapati dengan harga mampu milik serendah RM50 sehingga RM280 untuk kedudukan teratas. Bagi melengkapkan pengalaman di dalam sarkas, keseluruhan persembahan akan diadakan di bawah khemah circus Big Top berhawa dingin yang mampu memuatkan 2,700 penonton. Ia bakal menjadi khemah sarkas terbesar yang pernah bertapak di Malaysia! 

Untuk maklumat lanjut tentang The Moscow Circus, layari www.themoscowcircus.net


Mengenai The Moscow Circus Tour of Malaysia 2018/19 

Buat pertama kali di Malaysia, Penerbit Eksekutif Dato’ Sri G Radakrishnan dan Mr Yahna SG, bersama Penerbit Mr Kenneth Lee dan Mr Victor Pilipovic membawakan anda, The Moscow Circus Tour of Malaysia 2018/19. 

The Moscow Circus Tour of Malaysia 2018/19 merupakan penerbitan khas yang menampilkan artis-artis dipilih secara teliti gabungan daripada dua syarikat sarkas Rusia terbesar dan termasyhur, the Bolshoi Circus (juga dikenali sebagai The Moscow State Circus at Vernadsky Prospekt) dan the Nikulin Moscow Circus. 

Artis sarkas Rusia yang bertaraf antarabangsa dan terletak di puncak kesenian sarkas dunia telah memukau penonton di seluruh pelusuk global selama berpuluh tahun dengan persembahan penuh ciri kesenian dan kemahiran atletik. 

The Moscow Circus akan melangsungkan kembara ke 10 bandar di serata negara meliputi Petaling Jaya, Pulau Pinang, Prai, Melaka, Kuala Lumpur, Johor Bahru, Batu Pahat, Ipoh, Kuantan dan Klang. Terdapat juga perancangan untuk membawakan acara ini ke Sabah dan Sarawak selepas kembara di Semenanjung Malaysia. Kembara Semenanjung Malaysia akan bermula pada 10 Ogos 2018 dan akan mengambil masa sepanjang lapan bulan untuk selesai. 

Setiap acara merangkumi program bertaraf antarabangsa selama dua jam yang menampilkan hampir 40 artis yang akan memulakan program dengan pertunjukan cavalcade oleh semua artis, diikuti oleh persembahan menakjubkan daripada aerialist, penjalan kaki wayar tinggi, artis trapez, akrobat, juggler, pemain roller skate, pemutar diablo dan pakar ilusi, semuanya dikendali oleh badut tersohor dari Rusia, Armen Asiryants. 

Bagi melengkapkan pengalaman sarkas para penonton, keseluruhan persembahan akan bertempat di bawah khemah sarkas Big Top berhawa dingin yang mampu memuatkan 2,700 penonton. Khemah The Moscow Circus bakal menjadi khemah sarkas terbesar di Malaysia. 










Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Monday, June 25, 2018

Ayam Brand™ Sokong Tabung Harapan!

Hi Korang,

Harapan pasti ada jika semua pihak memainkan peranan masing-masing. Ayam Brand™, jenama makanan tin yang sihat dan mudah yang telah menjadi kegemaran rakyat Malaysia selama 126 tahun akan menyumbangkan 2% daripada jualan keseluruhannya sepanjang Jun 2018 dari para peruncit yang mengambil bahagian kepada Tabung Harapan Malaysia sebagai usaha membantu kewangan fiskal negara. 

Rantaian peruncit yang mengambil bahagian termasuklah AEON Retail, AEON BiG, Econsave, GIANT Hypermarket, Mydin Hypermarket, Pacific Hypermarket, Sunshine Square, TF Value-Mart dan The Store. 


Inisiatif ini menggalakkan pengguna untuk mengambil bahagian dan menyumbang kepada Tabung Harapan tanpa sebarang kos tambahan. Ini kerana sumbangan tersebut datang daripada pembelian produk-produk Ayam Brand seperti biasa. 

“Ayam Brand™ berbesar hati untuk sama-sama menyumbang kepada Tabung Harapan dan membantu meringankan beban kewangan negara, pada masa yang sama mempromosikan semangat patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia. Keperluan Tabung Harapan yang sememangnya mustahak serta tepat pada masanya kerana bulan Ramadan dan Hari Raya adalah masa unutuk memberi,” kata Penasihat Pemasaran Strategik Ayam Brand™ Malaysia, Nathan Deverre. 

Antara produk-produk yang paling laris Ayam Brand sepanjang musim ini termasuklah Santan, Sardin di dalam Sos Tomato, produk-produk Tuna, Pineapple Chunks (nenas) dan Sweet Corn (jagung manis). Semua produk Ayam Brand adalah bebas bahan pengawet dan MSG, ia juga diakui Halal. 


Di Malaysia, jenama ini cukup aktif menjalankan inisiatif-inisiatif Tanggungjawab Korporat Sosial serta memberi sumbangan semasa berlakunya bencana alam seperti banjir dan gempa bumi sejak sekian lama. 

“Ayam Brand sudah menjadi sebahagian daripada hidup rakyat Malaysia selama 126 tahun. Kami biasanya akan tampil ke hadapan jika ada keperluan dan kami gembira untuk menyokong Malaysia,” kata Nathan. 

Sila layari laman web http://www.ayambrand.com.my/recipes-video untuk mengetahui lebih banyak cara menikmati produk Ayam Brand™!









Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com