Sunday, May 6, 2018

SAFI SHAYLA - Aktifkan Diri Korang Syampu Bagi Wanita Bertudung

Hi Korang,

Pada era yang moden ini, masa merupakan sesuatu yang amatlah penting dan tidak boleh dijual beli. Oleh kerana dunia yang semakin pesat membangun dan masa tidak menunggu sesiapa pun, ramai diantara golongan wanita terutamanya yang bertudung sering menghadapi masalah rambut rapuh dan kegatalan kulit kepala. Ini boleh berpunca dari pelbagai faktor antaranya kekalutan dan tekanan bekerja mahupun kekotoran dan habuk akibat pencemaran. 


Keyakinan diri adalah kunci utama bagi golongan wanita untuk menjalankan tugasan seharian dengan lebih berkualiti dan bertenaga. Oleh sebab itu, golongan wanita yang bertudung mahupun tidak, kini usah risau, gentar mahupun kecewa kerana SAFI yang merupakan rangkaian produk Halal yang terbesar di dunia dalam produk penjagaan diri memahami masalah yang dihadapi oleh golongan tersebut. SAFI telah mengeluarkan rangkaian lengkap produk penjagaan rambut wanita bertudung – SAFI SHAYLA. Produk ini bukan hanya ditambah baik di dalam variasi syampu tetapi SAFI SHAYLA kini memperkenalkan Mist 2 dalam 1 Rambut dan Hijab, Serum Rambut dan Minyak Rambut yang membantu golongan wanita bertudung dengan penjagaan rambut yang rapi untuk memberikan rambut yang sihat dan bersinar. 

SAFI SHAYLA kini mempunyai formulasi baru yang mengandungi 1001 manfaat Habbatus Sauda dan kebaikan Micro Bamboo Charcoal. Habbatus Sauda merupakan ekstrak yang digunakan sejak zaman dahulu lagi dan dipercayai dapat memberikan manfaat kepada penggunanya. SAFI memperkenalkan Habbatus Sauda di dalam produknya kerana ia dapat membantu mengurangkan kegatalan kulit kepala dengan cara mencegah penghasilan bakteria. Tambahan pula, Habbatus Sauda dapat mengekalkan rambut sihat kerana ia dapat menghindari keguguran rambut dan membuat rambut lebih lembap dan bersinar. 

Micro Bamboo Charcoal membantu menghilangkan toksin daripada kulit kepala, mengurangkan rambut berminyak dan memberikan sinar kepada rambut. Dengan mengeluarkan minyak dan kotoran, Micro Bamboo Charcoal menjadikan rambut lebih lebat dan pada masa yang sama dapat mengawal bau rambut. Bau rambut merupakan sesuatu yang penting untuk golongan wanita bertudung kerana ia dapat meningkatkan keyakinan diri. 


SAFI SHAYLA kini mengeluarkan rangkaian produk syampu yang baru yang bukan sahaja mengandungi formulasi Habbatus Sauda dan Micro Bamboo Charcoal tetapi ia juga disertakan dengan pembungkusan baru yang menarik di dalam pelbagai saiz dan disertakan juga dengan haruman yang menyegarkan. Menariknya, haruman ini, ia dapat dapat bertahan selama 48 jam. 


Pakar dalam penjagaan diri, SAFI SHAYLA memahami masalah yang menghantui golongan wanita bertudung kerana sudah ramai wanita yang kecundang apabila berhadapan dengan soal penjagaan rambut. Dengan rangkaian produk terbaru ini, SAFI SHAYLA ingin membantu golongan wanita bertudung untuk merasa lebih yakin dengan diri bagi mengejar impian dan cita-cita setinggi gunung, tidak kira di dalam bidang apa sekalipun. Golongan wanita ini dapat mencapai impian bukan sekadar dengan menggunakan syampu yang baharu tetapi juga dengan bantuan rangkaian penjagaan rambut syampu Mist 2 dalam 1 Rambut dan HIjab, Serum Rambut dan Minyak Rambut untuk mendapat rambut ikal mayang dan kulit kepala yang sihat. 

Mist 2 dalam 1 Rambut dan HIjab boleh disembur terus ke rambut atau hijab kerana sifatnya yang cepat kering. Berbeza dengan produk lain di pasaran yang meninggalkan kesan, jangan khuatir kerana produk ini tidak meninggalkan sebarang kesan ke atas rambut ataupun hijab. Bagi wanita moden, SAFI SHAYLA Mist 2 dalam 1 Rambut dan HIjab sangat sesuai dalam kehidupan seharian kerana ia meninggalkan haruman yang menyegarkan di mana ia dapat bertahan selama 24 jam. Selain itu, ia juga dapat mengekalkan kelembapan rambut, mengembalikan sinar, memberikan lebih kelembutan, bermaya dan membuatkan rambut lebih ringan. 

Hasil gabungan ramuan syampu dan serum SAFI SHAYLA ia dapat menghasilkan rambut lebih lembut dan ringan. SAFI SHAYLA Serum Rambut didatangi dengan 2 variasi iaitu – Licin Terurus dan Hitam Menawan. 

Minyak rambut SAFI SHAYLA pula dapat memberikan rambut yang lembut serta licin sekaligus memberikan rambut kelihatan sihat serta memberikan keharuman yang berpanjangan. 

Setiap variasi produk yang dihasilkan dan diformulasi oleh SAFI SHAYLA adalah untuk melengkapi satu sama lain. Dengan menggunakan variasi produk dalam rangkaian SAFI SHAYLA, ia dapat memastikan golongan wanita bertudung memperoleh lebih keyakinan diri dengan mempunyai rambut selembut sutera dan sihat. 


Rangkaian produk SAFI SHAYLA boleh didapati dalam pelbagai saiz dengan harga mampu milik : 

1. Syampu – 160G (RM8.35) / 320G (RM13.65) (8 variasi) 

a) SAFI SHAYLA Syampu Segar & Bermaya – Mengandungi Nano Lipid Enhancer dimana ia dapat melindungi rambut dan mengeluarkan kekotoran minyak pada rambut. Selain itu, ia juga dapat membersihkan kulit kepala dengan lebih berkesan dan hasilnya memberikan rambut rasa segar dan bermaya. 

b) SAFI SHAYLA Syampu Licin Terurus – Mengandungi Teknologi Perawatan Rambut Lembut yang dapat meluruskan, melembutkan, melindungi dan mengurangkan rambut kerinting. Ia dapat menjadikan rambut anda lebih mudah untuk djaga/dimanja. 

c) SAFI SHAYLA Syampu Anti-Kelemumur – Mengandungi Micro ZPT Complex dimana ia dapat mengurangkan 99.9% kulat yang boleh menyebabkan kelemumur hanya dengan basuhan yang pertama. 

d) SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Rambut Gugur – Mengandungi Pro-Vitamin B5, protein gandum yang dapat mengukuhkan struktur rambut dan mengurangkan keguguran rambut. 

e) SAFI SHAYLA Syampu Hitam Menawan– Juga mengandungi Sheen Lock yang merupakan ejen pengunci kilauan yang dapat membuat rambut hitam berkilat, sihat, lembut dan mudah diurus. 

f) SAFI SHAYLA Syampu Itch-Kontrol– Mengandungi minyak argan dan mentol yang dapat menyegarkan dan menghapuskan bau di kulit kepala. Minyak Argan dan mentol akan membuatkan kulit kepala terasa sejuk dan segar seperti berada di awang-awangan. 

g) SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Minyak– Mengandungi citrus dan mentol dimana ia dapat membantu dalam pengawalan rambut berminyak dengan membersihkan liang-liang roma secara mendalam dan memusnahkan minyak yang berlebihan. Citrus dan mentol juga dapat menghilangkan kekotoran dan menyegarkan kulit kepala. 

h) SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Rambut Rosak – Mengandungi amino complex yang membantu dalam pemulihan rambut rosak dengan memelihara selaput rambut sekaligus memberikan kelembapan pada rambut. 

2. Syampu pouch – 480G (RM14.65) (5 Variasi) 

a) SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Rambut Gugur 

b) SAFI SHAYLA Syampu Segar Bermaya 

c) SAFI SHAYLA Syampu Itch-Kontrol 

d) SAFI SHAYLA Syampu Anti-Kelemumur 

e) SAFI SHAYLA Syampu Licin Terurus 


3. Syampu pump – 520G (RM19.90) (5 Variasi) 

a) SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Rambut Gugur 

b) SAFI SHAYLA Syampu Segar Bermaya 

c) SAFI SHAYLA Syampu Itch-Kontrol 

d) SAFI SHAYLA Syampu Anti-Kelemumur 

e) SAFI SHAYLA Syampu Licin Terurus 


4. SAFI SHAYLA Mist 2 dalam 1 Rambut dan Hijab – 100ML (RM17.90) Terdapat dua variasi iaitu Licin Terus dan Hitam Menawan. Kedua-dua variasi SAFI SHAYLA Mist 2 dalam 1 Rambut dan Hijab mengandungi Habbatus Sauda Organik, perapi asas semulajadi, Pro-Vit B5 dimana ia membekalkan rambut dengan nutrisi, anti-bakteria, perlindungan dari cahaya matahari, memberi kelembapan, mengembalikan sinar, menghindari rambut rosak dan pada masa yang sama ia membuatkan rambut lebih lebat dan sihat.


5. SAFI SHAYLA Serum Rambut – 50ML (RM17.90) 

Juga terdapat dalam dua variasi 
Formulasi SAFI SHAYLA Serum Rambut mengandungi: 

a) Minyak organik Habbatus Sauda – Memberikan perlindungan UV, membekalkan nutrisi untuk rambut yang mengandungi anti-bakteria. 

b) Minyak Moroccan Argan Organik – Kaya dengan vitamin, mineral dan anti-oxida yang dapat membantu dalam hidrasi rambut. Dengan itu ia dapat menghasilkan rambut yang lebih lembut dan mengurangkan kerosakan rambut rapuh dengan meningkatkan keanjalan rambut. Pada masa yang sama ianya dapat memulihkan kilauan rambut. 

c) Minyak Zaitun Asli – Menyegarkan kembali rambut kering, kusam dan kerinting. 

d) Minyak Vitamin E – Mengekalkan rambut yang kuat dan sihat kerana minyak vitamin E mengandungi anti-oxida yang dapat meneutralkan radikal di rambut. 

6. SAFI SHAYLA Minyak Rambut – 100ML (RM11.90) 

SAFI SHAYLA Minyak Rambut difomulasikan dengan Habbatus Sauda organik dan juga Minyak Zaitun asli. SAFI SHAYLA Minyak Rambut mempunyai 3 variasi iaitu:- 

a) SAFI SHAYLA Anti-Kekeringan – Mengandungi Vitamin E, A & C yang dapat menjadikan kulit kepala lebih sihat dan melindunginya daripada sinaran cahaya matahari. 

b) SAFI SHAYLA Kawalan Rambut Gugur – Mengandungi minyak argan yang membantu memberikan rambut kelihatan lebih bersinar dan mengurangkan rambut rapuh. 

c) SAFI SHAYLA Anti-Kelemumur – Mengandungi ajen anti-kelemumur dan mentol di mana ia berkesan dalam mengurangkan kelemumur, kegatalan kulit kepala dan kulit kepala yang berminyak. Berbeza daripada 2 minyak rambut yang disebutkan di atas, minyak rambut SAFI Shayla Anti_Kelemumur dipakai sebelum mencuci rambut. Urutkan secara perlahan-lahan minyak rambut di permukaan kulit kepala hingga ke hujung rambut. Biarkan selama 3 – 5 minit, kemudian basuh dan bilas bersama rangkaian produk syampu SAFI SHAYLA. 


Rangkaian penjagaan rambut SAFI SHAYLA melengkapi antara satu sama lain dan ia dapat membuahkan hasil yang baik bagi golongan wanita bertudung atau pun tidak. SAFI SHAYLA ini sangatlah bersesuaian bagi semua golongan wanita daripada wanita bekerjaya sebagai pemain drum, pemain papan luncur, pengajar zumba ataupun penunggang jet-ski kerana SAFI SHAYLA mengurangkan kegatalan dan masalah kulit kepala berminyak sambil meninggalkan kesan haruman sepanjang hari. 

Rangkaian produk SAFI SHAYLA adalah dalam lingkungan harga mampu milik dan memiliki sijil halal. SAFI SHAYLA boleh didapati di pasaraya besar, pasar raya dan juga di laman web dalam talian. Untuk keterangan lanjut mengenai produk SAFI, sila log masuk ke laman sesawang Facebook SAFI, www.facebook.com/SAFIMY , laman sesawang Instagram di SAFI@safimalaysia dan Chanel SAFI di Youtube iaitu www.youtube.com/safimalaysia





Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

No comments:

Post a Comment

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!