Hi Korang,
Kebetulan 2 minggu lepas kak lily ke Lulu Hypemarket ni lagi, alah bukan apa sesaje tukar angin untuk shopping barang dapur kan, yelah asyik pi kedai awe je kan hehehe
Kalau korang nak tau rupa-rupanya ada prmosi baik punya di Lulu Hypermarket ni, ada promosi potongan sehingga 70% sempena bulan Ramadan ini.
Promosi Ramadan Sehingga 31 Mei 2018
Salah satu sebab kak lily suka sangat ke sini kerana barangan dapur dan basahnya sangat-sangat menarik, suke nau menengok sayu-sayurannya yang segar bugar. Paling best kat sini korang boleh dapat macam-macam seperti buah-buahan, makanan laut dan juga daging serta ayam untuk memasak.
Kalau korang teringin nak dapatkan makanan kekacang atau manisan dari negara Timur Tengah kat sini semua ada. Macam coklat dan juga kurma serta manisan popular seperti Kudhri, Mejdoul dan macam-macam lagi yang terbaik daripada negara tersebut. Ini selalunya kalau orang pergi Haji atau Umrah bawa balik. Jadi sekarang tak perlu tunggu musim lagi boleh dapat setiap masa dan waktu dengan harga terbaik.
Sempatlah kak lily merasa serba sedikit manisan arab ni kan, manisnya tapi sedap betul.
Paling penting semua produk yang dijual kat sini dijamin halal dan dibawa selamat untuk semua bangsa dan agama menikmatinya. Contoh macam cheese kat sini ada pelbagai jenis cheese dan juga makanan jeruk yang tak pernah kita jumpa. Barang-barang keperluan peribadi juga banyak jual kat sini memang boleh shopping semua perkara dibawah satu bumbung.
Memang tak sah kalau ke mari, tak penuh troli kak lily membeli belah kan, yelah korang dah lah murah, segar, cantik-cantik dan selasa je bila shopping kat sini.
Bazar Raya Promosi Sehingga 20 Jun 2018
Ada pelbagai jenis jenama produk elektrik dan elektronik yang cukup popular seperti Samsung, LG Sony, Panasonic dan banyak lagi. Sempena dengan Piala Dunia yang akan datang bulan Jun 2018 nanti mereka ada promosi pembelian TV dengan harga yang sangat murah. TV bersaiz besar korang boleh tonton bola sepuasnya. Ada juga beli satu TV 49" dapat percuma mini fridge lagi tau.
Fashion Store – Level 2
Bulan Raya tak lama lagi juga mereka ada sediakan promosi jenama pakaian yang cukup popular dari negara Timur Tengah.
Potongan sehingga 30% untuk pakaian terpilih seperti jenama John Louis, Tag Basic, Sunnex, Twills, Oxemberg, Louis Phillipe, Cortigiani dan banyak lagi. Pakaian ini bukan sahaja ada untuk orang perempuan malah orang lelaki juga ada banyak serta pakaian untuk kanak-kanak pelbagai jenama.
Even pakaian wanita pun sangat-sangat cantik dan berpatutan harganya, rugi kalau tak membelinya kan
Lulu Celebrate – Level 2
Kami-kami orang perempuan ni pasti akan singgah ke bahagian LuLu Celebrate di Level 2, di sini ada menyediakan pelbagai pakaian tradisional dengan rekaan moden. Kain sari yang boleh dijadikan pakaian untuk raya seperti baju kurung atau juga baju kebaya. Kain sari mereka ada pelbagai patern dan juga warna yang sangat cantik dan menarik. Jadi baju raya korang tahun ini lebih meriah dan juga lain daripada yang lain.
Tengok siapa yang duk test Saree tuh?
Hahaahhahah akak lily jugak yang over excited ek!!
Bila fikir balik, tak delah mahal sangat kain saree ni lah, kak lily tanyalah berapa harga tau, dalam 6 metre tak sampai RM200 so kira oklah kan.
Bila fikir balik, tak delah mahal sangat kain saree ni lah, kak lily tanyalah berapa harga tau, dalam 6 metre tak sampai RM200 so kira oklah kan.
Home Style – Level 3
Persiapan rumah juga perlu untuk Raya nantikan kat LuLu Hypermarket ada jual macam-macam perhiasan dan kelengkapan rumah. Macam karpet, pinggan mangkuk, langsir dan macam-macam lagi.
Harga pun murah tau dan tak perlu lagi ke mana-mana tempat yang jauh tuh ek, datang saje ke Lulu hah
Harga pun murah tau dan tak perlu lagi ke mana-mana tempat yang jauh tuh ek, datang saje ke Lulu hah
Peraduan Ulang Tahun ke2 Belanja dan Menang Sehingga 31 Ogos 2018
Bagi meraikan ulang tahun ke-2 pasaraya LuLu di Malaysia, pihak pengurusan menyediakan 2 Perodua Myvi serta banyak hadiah yang lebih menarik seperti motosikal Yamaha Lagenda 115Z, telefon pintar dan baucar LuLu. Apa yang perlu korang perlu lakukan ialah belanja sehingga RM50 dan ke atas dalam satu resit tunggal dari LuLu Hypermarket & Store Department semasa tempoh promosi.
Kemudian dapatkan kupon cabutan bertuah dikaunter. Isikan butiran korang dan masukkan ke dalam kotak undian bertuah yang disediakan di luar pasarya ini. Pemilihan pemenang, akan diadakan sebanyak dua sesi iaitu pada 14 Julai dan 8 September 2018. Korang boleh merujuk kepada poster untuk butiran mengenai terma & syarat.
Parking banyak disediakan kat bahagian bawah pasaraya jadi tak perlu risau kalau datang bawa kenderaan sebab nak shopping banyak. Memang sini sangat selesalah nak beli belah lepas tu kalau nak berbuka korang boleh pergi lat level 4 ada Food Court yang banyak pilihan makanan. Jadi apa lagi semua adalah lengkap dan melengkapi keperluan harian anda. Selamat membeli belah dan selamat berpuasa semua.
Ermm seriously memang manjang tak cukup duit bila shopping di Lulu Hypermarket ni kan, ada saja yang nak di beli walaupun bukan penting sangat pun kan hehehhe
Jom ke :
Lot 159,
Persiaran CapSquare,
Off Jalan Munshi Abdullah
50100 Kuala Lumpur
Keterangan lanjut mengenai promosi di Lulu Hypermarket boleh layari,
Website :
Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social medie berikut :
Facebook Page :
Instagram Link :
rajin kak lily tawar lulu hyrpermarket ni..mesti banyak shopping ni kan. Lagi banyak lagi bagus la kan, berpeluang menang myvi tuu
ReplyDeleteSA kalau pergi sini memang rambang mata kat bahagian barangan basah..hahahaha..mak- mak la pulek kan...suka semuanya fresh..dan x crowded kat sini kan..harga pun berpatutan..
ReplyDeleteBest nta LuLu..dulu penah dgr je la..tp kat shah alm ni xde lagi..tp kan kak ari tu hilma ade dgr telur kat sana jual yg tituan..tak sure la betul or tak..tgk harga ikan semua mcm murah je...teringin la nak pegi sana huhu
ReplyDeleteBanyaknya barang-barang murah kat sini. I yet to go but looking at your post here, it is indeed tempting. Ha ha ha...
ReplyDeleteBest gila shopping kat Lulu kan sebab banyak gila diskaun dan banyak gila pilihan. Bila nak ajak Rawlins pergi shopping lagi kak?
ReplyDeleteamboiii meriahnyaaaa kat sni. shopping kat sini ternyata berbaloi. banyak pilihan yang pentinng murah
ReplyDeleteBestnya kak lily, shopping je peluang menang hadiah. Nak kena pergi lagi ni. Tahun lepas kinah ada singgah sini shopping pan. Murah giler kak pan chefline RM20.00 dapat dua. Haha tahun ni macam nak beli lagi la.. tapi bukan pan la hehe
ReplyDeleteTak pernah ke Lulu Hypermarket ni, Nampak macam-macam keperluan ada dekat situ, seronoknya membeli belah dekat situ. Senang nak beli barang keperluan diri dan rumah di satu tempat.
ReplyDeleteSelalu g lulu yp just dkt market je.. xpernah naik atas.. next nak g jakel cr baju anak boleh la panjang langkah jln ke lulu.. nak tgk baju2 utk anak2
ReplyDeletebest yer shopping kat Lulu hypermarket ni. teruja promosi beli TV besar harga murah camtu, siap dapat hadiah lagi. Best yer kalau dekat ni,dah lama huda terjah
ReplyDeleteko punya shopping kat sini hamboi2..tapi bestla shopping kat lulu..macam2 ado puas hari satu trolli bawa balik barang semua dengan harga berbaloi
ReplyDeleteHari tu ada jugak terlalu depan lulu hypermarket nie. Uishhh ramai betul yg membeli belah di sini. Ramai ckp barang2 nya murah. Tambah2 tgh ada promosi nk raya nie
ReplyDeleteBestnya kak Lily shopping di Lulu suoer market.area rumah saya tak ada luku ni.kalau ada mahu saya pergi.nak beli barang dapur memang sayur saya suka cari yang fresh.
ReplyDeleteBestnya lulu hypermarket ni semuany ada . barangan lengkap dari bahagian dapur, elektrik sampai lah ke pakaian .
ReplyDeleteMemanh selalu beli barang kat sini setiap bulan. Suka sebab deorang banyak jual benda yang susah nak jumpa kat store lain dan harga pun boleh tahan murah.
ReplyDeleteLuLu Hypermarket name is so cute. Feel like wanna go there now. There are so many choices from your pics... must enjoy shopping this Raya there.
ReplyDeleteHave not visit Lulu Hypermarket yet but I heard the hypermarket is big and you can get everything from grocery to fashion. I like this concept and is just like one-stop place for shopping.
ReplyDeleteSis pernah masuk kat Lulu ni sekali aje, memang rambang mata di buatnya.Paling suka bahagian grocery dia..boleh lama kat bahagian tu aje.
ReplyDeleteTengok kuih muih raya tu terasa macam nak ke sana pulak..tapi tu lah..sis ni kalau nak drive area sana memang malas sikit
wa. macam-macam ada dekat Lulu Hypermarket ni kan. Kunafa tu favourite kita! Baklava ada tak?
ReplyDelete