Thursday, May 10, 2018

Korean Food Fair Di ISETAN Suria KLCC, Best Giler

Hi Korang, 

Kan kak lily tengah tak berapa sihat so kena duduk kat umah je ni kan so berita-berita luar dengar dari tv or facebook jelah, ermm kaki social media sungguh ek 

Kan Mr Big keje depan KLCC so tempat dialah melepak selalu so ari tuh dia bagitau ada Korean Food Fair di iSetan supermarket ni wah wah wah haruslah berbunga-bungalah hati kak lily ni yelah lama tak berjalan kan asyik duduk kat umah je 

Haruslah kena terjah ni.. 

So pilah last week ke iSetan KLCC, pi pepagi so takdelah ramai sangat orang lagi ek. 


Rupa-rupanya kalau korang nak tau yang ISetan Suria KLCC dengan kerjasama KMT membawakan kepada korang makanan popular Korea. Bertempat kat bahagian Foodmarket ISetan Suria KLCC sedang berlangsung sekarang ni Korean Food Fair selama 13 hari, bermula dari 4 Mei yang lalu hingga 16 Mei 2018 ni. 



Dah berapa hari baru kak lily nak citer ek, ishkk tak bagus sungguhlah kann huhuhuhu 

Apa yang dijual ??? 








Mestilah produk dari Korea tuhhh 

Ya ampun memacam ada, sampai pening kak lily nak pilih lah. 

Jangan risau kebanyakan produk dari Korea ini telah mendapat pengesahan Halal daripada Korean Muslim Federation Halal Committee yang diiktiraf oleh JAKIM di Malaysia ni. Jadi kalau korang nak beli produk makanan kat sini tengok pada bungkusan ada tertera logo Halal tersebut. 



Selain itu juga ada makanan popular yang orang-orang kita suka seperti Pepero, Banana Flavored Milk Drink, Kimchi dan banyak lagi. Ingat nak beli semua produk tu sebab tengah murah sangat sementara promosi pesta makanan ni. Arrr rambang mata dah ni hah…. 

Eh bukan setakat ada jualan murah tapi siap ada persembahan lagi tau seperti seperti Korean Traditional Drum, K-pop Dance serta persembahan Mascot. Kalau nak tengok kena datang weekend lah sebab tuh time ramai orang datang ke KLCC ni. 

Dah apa nak tunggu-tunggu lagi lah jomlah datang ke Korean Food Fair tengah berlangsung ni datang lah kat KLCC ni dan dapatkan produk kegemaran korang. 



Korean Food Fair

Tarikh: 
4 Mei - 16 Mei 2018 

Waktu: 
10.00 pagi - 10.00 malam 

Lokasi: 
Foodmarket ISETAN Suria KLCC 


Meh LIKE dan FOLLOW iSetan Supermarket KLCC di social media berikut : 

Laman web: 

Facebook Page: 


Peminat makanan Korea mesti excited nak kemari kan, best tuh kimchi kimchi kimchi


1 comment:

  1. best nya kalau dapat p sini walau kita bukan peminat makanan korea

    ReplyDelete

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!