Hi Korang,
Dulu kak lily pernah citerkan yang kami pernah pi Jalan Jalan Japan (JJJ) di One City USJ dan kali ni kami ke JJJ yang bakal di buka di Centrepoint Seremban.
Majlis pembukaan rasmi bakal berlangsung pada 2hb June nanti tapi biasalah kak lily bersama rakan-rakan blogger lain mendapat jemputan preview istimewa dulu la ekkk
Ada sedikit ucapan kata-kata aluan dari Mr Daichi Shuzui selaku wakil Jalan Jalan Japan (JJJ) ni. Seronok jugak dapat tau cara hidup rakyat Jepun yang serba ringkas ni, kagum pun hado
Masa yang ditunggu pun tiba, preview barangan di Jalan Jalan Japan (JJJ) ni.
Ya ampun kemain luas jugak outlet yang ni, terang plak tuh. Yelah kemain banyak lampu kan.
Memula sekali kak lily browse apa yang ada di dalam Jalan Jalan Japan (JJJ) ni, masa tu Mr Big dah hilang ntah kemana dah. Pelbagai jenis barangan ada di sini. Dari pakaian, kasut, barangan dapur, peralatan sukan, keperluan bayj, permainan kanak-kanak, set golf, alat muzik serta collectable item pun ada
Aduiyai rambang mata oooo..
Nah korang tengok video kak lily ni ek
Apmacam syiokkan!!
Tup-tup Me Big datang balik kat kak lily dengan bakul dah ada mainan dah, untuk dia, untuk Aakif dan Aalya alah anak sedara kak lily tuh.
yang RM10 je
tengah pilih cardigan yang mana sesuai ek
bajak ini pun dia minat gak hah
sudahnya dolphin jugak dia nak beli RM50 je sebab tebal
Rasanya mau 3-4 kali pusing dalam kedai ni sebab seronok sangat, ada je benda unik yang kitaorang jumpa, bila dah suka terus masuk bakul.
Bagi kak lily harganya berbaloi-baloi sangat setakat RM2, 3, 6, 8, 10, 15, apalah sangat kan, sebab tuh bakul makin lama makin penuh hhahahahahauaha
So koramg yang mana duduk berdekatan dengan Seremban dan sewaktu dengannya baiklah bersiap sedia datang ke JJalan Jalan Japan (JJJ) ni tau, kak lily gerenti korang akan suka dengan pelbagai jenis barangan yang ada di sini
Jom kita ke:
Jalan Jalan Japan
Centrepoint Seremban
3, Jalan Dato Siamang Gagap,
Betaria Business Centre,
70100 Seremban, Negeri Sembilan
Meh LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut :-
Facebook:
Instagram:
No comments:
Post a Comment
Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!