Hi Korang,
Haqqi kalau dilihat pengertian dalam agama Islam membawa maksud kebenaran, yang benar. Simboliknya perkataan ini membawa maksud yang sangat baik. Sesuai dengan nama, Butik Haqqi menawarkan pelbagai barangan dan kelengkapan untuk mereka yang ingin menunaikan umrah dan haji. Selain itu, Butik Haqqi juga ada menjual produk pakaian muslim dan muslimah dari label jenama yang cukup dikenali. Antaranya seperti Owl By ND, Baju Melayu Wak Doyok dan banyak lagi.
Mula beroperasi di penghujung tahun 2016, kini Butik Haqqi telah mempunyai 4 cawangan iaitu di seksyen 7 Shah Alam, Bangi Sentral, TTDI Kuala Lumpur dan Wakaf Tembusu Kuala Terengganu.
Sebagai Pusat Sehenti (One Stop Centre) untuk mereka yang ingin mendapatkan keperluan dan barangan bagi mengerjakan umrah, tidak dinafikan pilihan yang ditawarkan cukup banyak. Antara yang menjadi perhatian kak lily ialah kain telekung untuk wanita.
Kain telekungnya tidak jarang, sangat lembut dan selesa. Apatah lagi tujuan utama kita menggunakan telekung memang untuk beribadat, kita haruslah mencari yang terbaik buat diri kita. Bukan hanya pakaian sahaja kita perlu memilih tetapi untuk solat kita juga pilih yang terbaik mengikut kemampuan kita.
Tengok jahitannya...
Memang sangat teliti jahitannya. Paling best di bahagian dagu, ianya menggunakan kain yang begitu lembut dan bila kita sarung telekung tersebut ianya benar-benar terletak kemas. Jadi kita tidak akan ada masalah dengan isu anak rambut mudah dan asyik terkeluar terutama apabila kita sedang beribadat.
Selain itu terdapat variasi corak kain telekung yang ditawarkan. Ini merangkumi jenis fabrik yang digunakan, lace, warna dan saiz. Oh ya! Terdapat 5 koleksi telekung yang ditawarkan iaitu Mukarramah, Aisya, Adawiyah, Az-Zahra dan Telekung Mini.
Dari segi harga memang mampu milik. Setiap koleksi menampilkan kelainan dari segi fabrik, warna, sulaman dan juga lace. Jadi ianya memberi pilihan kepada pembeli untuk memilih mengikut minat dan bajet yang mereka peruntukan.
Antara corak sulaman dan lace yang cantik hadir di dalam koleksi telekung di Butik Haqqi seperti dibawah:-
Sulaman dengan corak bunga kerawang agak simple tetapi hadirnya dengan warna lembut menyerlahkan lagi warna telekung dari koleksi ini.
Untuk yang ini lacenya memang cantik. Rasanya ianya sesuai dijadikan sebagai hantaran, hadiah ataupun beli untuk diri sendiri
Penampilan yang lebih esklusif terutama penggunaan warna gold dan putih.
Ada juga datangnya bukan dengan lace, tetapi berkelim dengan warna lain yang juga sangat cantik pada pandangan saya
Pada mereka yang sukakan sulaman yang agak tidak berat. Kak lily syorkan koleksi ini. Anak-anak muda biasanya sukakan yang ringkas dan telekung rekaan seperti ini pasti menjadi pilihan mereka.
Rekaan yang cukup minimalis tetapi tetap kelihatan cantik.
Selain daripada warna putih, terdapat juga koleksi telekung berwarna lembut ada ditawarkan di Butik Haqqi.
Dan biarpun didatangkan dengan warna apa sahaja, rekaan telekung di Butik Haqqi memang sangat kemas. Seperti yang kak lily katakan tadi, kita boleh lihat bagaimana ianya benar-benar menutup dagu dengan selesa.
Antara sebabnya saya memang sangat sukakan kain jenis cotton jepun, Tak melekat di badan dan ianya tidak panas walaupun kita dah pakai lama.
Kain telekung walaupun tidak terlalu tebal tetapi tidak jarang. Pada bahagian muka adalah free size, adjustable dengan tali, dan tebal (seperti memakai kain 2 lapis) jadi kita tidak perlu memakai anak telekung kecil.
Ini pula telekung untuk kanak-kanak, Cantikkan!
Terdapat juga mini telekung di tawarkan di sini. Memang tidak dinafikan sesetengah wanita memang meminati telekung mini kerana ianya boleh pakai seharian dan boleh terus digunakan untuk beribadat. Ini kerana dari saegi syarak, ianya telah menutupi mana yang wajib ditutup.
Pelbagai pilihan warna dan rekaan mini telekung ada ditawarkan di sini. Semuanya cantik-cantik.
Pakai mini telekung dan jubah sememangnya nampak menarik bukan?
Di Butik Haqqi juga ada ditawarkan jubah untuk lelaki. Ada pelbagai rekaan yang boleh kita pilih.
Begitu juga dengan pilihan fabrik, warna, corak dan saiz. Bergantung kenapa minat dan bajet yang kita ada :-)
Alang-alang membeli telekung dan jubah di sini, korang boleh dapatkan barangan dan kelengkapan lain untuk mengerjakan haji dan umrah. Antara yang hot selling tentulah kain ihram dari label Al-Mukarramah. Ianya adalah 100% cotton asli yang mampu memberi keselesaan dalam keadaan apa jenis cuaca yang dilalui.
Terdapat juga sarung tangan untuk wanita.
Dan juga stokin. Fabrik yang digunakan memang best
Seluar ni memang sangat dicari tidak kira lelaki atau perempuan terutama untuk dipakai ketika mengerjakan umrah dan haji.
Terdapat juga peralatan penjagaan diri khas untuk mereka yang ingin membawa ke bumi Madinah dan Mekah. Ianya memang benar-benar HALAL dan didatangkan dalam pembungkusan kompak yang sangat praktikal untuk dibawa pergi 'travel'.
Antaranya produk Al-Haj seperti pelembab bibir, sabun mandi dan banyak lagi.
Terdapat juga produk jenama Wafda dan tali pinggang besar yang khas digunakan untuk mengerjakan haji dan umrah.
Tasbih digital, minyak wangi yang halal semuanya ada di jual di sini.
Terdapat juga sandal dan selipar pelbagai jenis rekaan dan saiz ditawarkan di Butik Haqqi. Ianya memang sandal khas yang sangat direkomenkan untuk dipakai ketika beribadat di bumi anbiya.
Semua barangan dan kelengkapan haji dan umrah ada dijual di Butik Haqqi. Kita tidak perlu pening kepala mencari di banyak kedai untuk mendapatkan semua barangan keperluan yang perlu dibawa. Jimat masa dan paling penting harga yang ditawarkan memang sangat berpatutan.
Kita juga boleh dapatkan barangan Butik Haqqi secara online di https://haqqi.com.my
Dan jangan lupa untuk ikuti perkembangan Haqqi di Media Sosial:-
INSTAGRAM:
FACEBOOK:
TWITTER:
No comments:
Post a Comment
Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!