Tuesday, May 1, 2018

Bercuti Di Kings Green Hotel, Melaka

Hi Korang,

Bercuti di hujung minggu memang di tunggu-tunggu. Tak kira bercuti dekat dekat ke jauh-jauh ke janji dapat keluar dari rumah kan

Kebetulan plak ada kak lily ada dapat jemputan ke Kings Green Hotel di Jalan Tun Perak, Bandaraya Melaka ni haruslah jangan dilepaskan peluang.


Kalau korang nak tau Kings Green Hotel ni merupakan hotel 4 bintang dan hanya 10 minit dari Mahkota Parade dan Jonker Walk. Hotel yang berkonsepkan HIJAU yang mana menegaskan konsep hijaukan bumi seperti kesemua biliknya merupakan non-smoking room dan terdapat kawasan tapisan air hujan dan airnya di salurkan untuk siraman pokok bunga dan sewaktu dengannya.

Jom tengok bilik kitaorang








Ini merupakan DELUXE Room, yang bestnya bilik ni mempunyai balkoni dan view yang tersendiri.



Best kan!! Itu yang rasa cam malas nak kuar bilik tuh tambahan pulak hujan petang tuh ermm syioklah tidur baring dalam bilik hehehhe

Dah penat lepak kat bilik, kami minum petang di Hibicius Cafe, sekarang ni tengah ada promosi Sembang-Sembang Petang. 






Untuk hidangan minum petang bermula pada harga RM8nett termasuk secawan teh tarik.


By the way korang kena cuba Chicken Chop diorang tau, samaada breaded ataupun grill.


Disertakan sekali dengan salted egg sauce ya ampun sedap bak hang, hanya RM18nett. 

Disebelah malamnya selepas menghadiri ramadan review, itu nanti kak lily citer dalam entry lain ek. Kami keluar pusing-pusing bandar Melaka. 

Haruslah ke Jonker Walk sebab dekat dah dengan hotel ni tapi kena drive lebih 2-3km cam tuh sebab salah simpang huhuhu


Lama tak kesini, dah memacam barangan dijual. Lagipun kedainya dah bercabang-cabang bukak sampai tak tau nak mula yang mana satu dulu. Sempatlah kak lily tengok Air Kelapa Silat kan, ye ye pakcik tuh bersilat sampai mengupas kelapa


Balik hotel terus tidur sebab penat berjalan hehehehe






Esok pagi awal pagi dah bangun, yeah sarapan time. Simple je menu-menunya, of courselah kak lily pekena kopi secawan dua then roti canai sekeping dan kuih muih ermm cukuplah kan.
Naik bilik tukar baju then terus pi swimming, hah berendam ala mat saleh gituh jemur bawah matahari. Naik bilik sambung tidur lagi hauahauaha

Nama pun bercuti kan so lepak-lepak dalam bilik jelah


Tengahari tuh sebelum balik kami makan tengahari di Jia Restaurant, tingkat 1 di Kings Green Hotel ni. Wah makanan cina best tuh, I like it.



Kemas dan bersih susun aturnya, selesa nak makan samada beramai-ramai atau berdua je. Even ada bilik function jugak tau so privacy sket lah ek hehehe

Meh kak lily show off sket apa yang menjadi hidangan kami pada tengahari tuh, of courselah ada menu baba dan nyonya gak tau dan yang penting Jia Restaurant ni mendapat sijil halal lagi so dont worry ek. Makan je dengan gembiraaaaa...



Pai Tie 
RM12 Per Potion (4-5 paxs) RM24 2in1 Portion (8-10 paxs) 

Deep Fried Seabass Fish with Chili Garam 
RM70 (Lkg) 

Telur Cincalok 
RM12 Per Potion (4-5 paxs) RM24 2in1 Portion (8-10 paxs) 

Deep Fried Boneless Chicken with Lemon Sauce 
RM24 Per Potion (4-5 paxs) RM48 2in1 Portion (8-10 paxs) 

Stir Fried Prawns with Salted Egg Sauce 
RM32 Per Potion (4-5 paxs) RM64 2in1 Portion (8-10 paxs) 

Home Made Beancurd 
RM19 Per Potion (4-5 paxs) RM38 2in1 Portion (8-10 paxs) 

Deep Fried Squid with Five Spices 
RM25 Per Potion (4-5 paxs) RM50 2in1 Portion (8-10 paxs) 


Pancake 
RM10 Per Potion (4-5 paxs) RM20 2in1 Portion (8-10 paxs) 

Ermm alhamdulilah, memang kenyang makan di Jia Restaurant ni. Dah lah sedap harganya berbaloi-baloi lah kak lily rasa.

Lebih kurang pukul 4 lebih cam tu baru kami check out ermm mintak late check out lah sebab nak sambung tidur kan hehehhe. Memang seronok sekali sekala dapat berehat di Kings Green Hotel Melaka ni nak kemana-mana pun dekat kan.. yang penting mudah dan senang...

Apa lagi jom kita ke :

Kings Green Hotel
28, Jalan Tun Perak,
75300 Melaka.

T : 06 – 288 1091
F : 06 – 288 1092


Kings Green Hotel City Centre Melaka is located just under 1.6 km from Jonker Street, 2.4 km from Mahkota Parade and just over 1.6 km from Porta de Santiago. Kuala Lumpur International Airport is located 85.3 km away, and River Cruise Melaka is only a 5-minute drive away.

Jom LIKE dan FOLLOW Kings Green Hotel di social media berikut :




No comments:

Post a Comment

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!