Hi Korang,
Bermula dari tahun 2014 dan masa itu hanya satu-satunya produk yang ada iaitu inai. Dari sini penjualan amat memberangsangkan dan Puan Nurul Nur Ariani selaku pengasas Umairah Uzma mengambil langkah untuk mempelbagaikan keluaran dalam produk beliau. Antara yang menjadi hit pada waktu adalah pewarna kuku. Kelebihan pewarna kuku ini adalah ianya senang untuk di bersihkan jua ditanggalkan jika ingin mengambil wuduk. Ini adalah di antara produk yang di gemari ramai.
Melihat pada penjualan sewaktu itu, Umairah Uzma telah mengambil langkah itu turut sama dalam penjualan di Mood Republik 2014 bertempat di PWTC, berkongsi booth bersama produk lain untuk menjual produk pewarna kuku. Kemudian di tambahkan pula dengan produk minyak penjagaan kuku dan set kelengkapan kuku. Bertapak selangkah lagi dengan mengeluarkan celak Mekah pada tahun 2015 dan Makeup Fix Spray dimana sewaktu itu ramaii yang berminat dengan mekap harian yang ringan, sesuai di bawa kemana-mana, tahan lama, tidak melekit dan paling penting kalis air.
Antara produk yang menambat hati pelanggan mereka adalah produk Makeup Fix Spray yang berasaskan bahan semulajadi iaitu air dan aloe vera. Produk ini terhasil apabila anak kepada pengasas Umairah Uzma mengidap penyakit ekszema ketika lahir. Beliau telah mengkali dan menyelidik berkenaan penyakit tersebut dan menghasilkan produk spray ini. Setelah menggunakan produk ini ke atas kulit anaknya, beliau mendapati ekszema anaknya berkurangan dan kulitnya semakin baik.
Tahun 2017 adalah satu kelainan dimana Umairah Uzma terus mengeluarkan produk terbaru seperti set lengkap
· Glowing Foundation 3-in-1 (2015) yang juga merawat masalah kulit sensitif, jerawat, memudarkan parut dan menyerikan muka; produk
· Charcoal Detox Mask (2017) yang dieksport ke Australia dalam bahan mentah (bukan atas jenama Umairah Uzma) kerana permintaan yang tinggi disebabkan produk tersebut bebas dari bahan kimia;
· Embrace Eau De Parfum (2018) yang berasaskan 100% pati minyak wangi Dubai dengan hanya 12% campuran alkohol dan boleh dipakai ketika solat.
Jika selama ini penjualan produk di Mood Republik atau sendiri, sekarang Puan Nurul dengan berani dan yakin mengambil agen -agen untuk membantu dalam penjualan produk Umairah Uzma. Sedikit tips di kongsikan bersama dimana glowing foundation masih dibuat dengan melekat stiker kerana Puan Nurul menggalakkan orang ramai untuk menciplak produk beliau dan menukarkan produk Umairah Uzma sebagai produk mereka. Secara jujurnya jarang kita dapat lihat pengasas sendiri berkata begitu tetapi inilah kata kata dari Puan Nurul.
Jadi bagi yang berminat untuk mempunyai produk kecantikan dan jenama mereka sendiri, bolehlah hubungi Puan Nurul di talian 017-2946162 (Sannah Anna) untuk mengetahui lebih lanjut.
Instagram Umairah Uzma :
Facebook Umairah Uzma :
Website Umairah Uzma :
No comments:
Post a Comment
Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!