Hi Korang,
Ada berita baik untuk kita - kita kaum wanita di luar sana.
PUSPANITA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) merupakan sebuah persatuan yang dianggotai oleh isteri-isteri dan anggota-anggota Perkhidmatan Awan dengan tujuan merapatkan perhubungan muhibah dan menggalakkan ahlinya bergiat aktif dalam aktiviti. Pada tahun ini PUSPANITA KPM akan menganjurkan KARNIVAL PUSPANITA KPM 2018 yang julung kali diadakan dengan kerjasama PERINTIS GROUP.
Bertemakan hargai wanita dan wanita perkasa, karnival ini diharap mendapat sambutan pelbagai lapisan masyarakat. Karnival ini yang bertempat di Putrajaya pada 12 Mei 2018, menyasarkan penyertaan seramai 15,000 orang dengan pelbagai acara bagi pengisian seisi keluarga. Antaranya SRIKANDI Run 2018, gerai karnival, persembahan artis, konvoi motosikal berkuasa tinggi dan banyak lagi.
Wanita merupakan tunjang dalam segala acara yang dirancang pada karnival ini. SRIKANDI Run 2018 menyasarkan penyertaan yang ramai sebagai tanda sokongan terhadap wanita. Larian ini dibuka untuk jarak 5 km dan 10 km dan dilihat sebagai cara terbaik untuk menyatupadukan wanita.
Pengerusinya, Datin Seri Nor Azizah Sulaiman berkata selain dapat mengeratkan silaturrahim, penganjuran karnival itu juga adalah bagi menggalakkan ahlinya bergiat aktif dalam aktiviti dan program-program yang besar.
Di samping itu, karnival ini mengajak seisi keluarga bersama-sama meraikan wanita sebagai permata berharga dalam kehidupan mereka. PUSPANITA KPM mengalu-alukan penyertaan dari segenap peringkat umur, agama dan bangsa tidak kira mewakili agensi kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan (NGO) dan persendirian. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, sila layari Facebook dan lnstagram rasmi Karnival PUSPANITA KPM atau carian #hargaiwanita #wanitaperkasa #puspanitakpm dan #perintisgroup. Segala maklumat berkenaan karnival serta program-program dan tawaran hebat akan dikongsi melalui pautan media sosial ini.
Bertemakan Hargai Wanita dan Wanita Perkasa, karnival ini memfokuskan kepada usaha memperkasakan kemampuan serta kepimpinan wanita dalam pelbagai bidang dan sektor sesuai dengan gelaran Srikandi yang telah membuktikan keupayaan wanita sejak zaman berzaman. Dengan usaha PUSPANITA KPM ini, fungsi dan sumbangan wanita dalam memacukan kecemerlangan negara dapat diperkasakan lagi.
#KarnivalPUSPANITAKPM2018
#hargaiwanita
#wanitaperkasa
#puspanitakpm
#perintisgroup
dulu pernah join event puspanita
ReplyDeletesemoga sentiasa aktif