Tuesday, March 27, 2018

Bintang Korea Park BoGum Dan Samsung Galaxy S9 dan S9+

Hi Korang,

Galaxy S9 dan S9+ yang dinantikan-nantikan akhirnya tiba di Malaysia! 

Dengan kedatangan produk flagship yang terkini, Samsung terus menginovasikan dan mentakrifkan semula batasan teknologi, dan membawakan cara baru untuk rakyat Malaysia mengecapi kehidupan. Produk utama ini telah mendapat sambutan baik seluruh dunia dan menerima lebih 30 anugerah di Mobile World Congress 2018 baru-baru ini, termasuklah "Best New Connected Device" dan " Best Mobile VR or AR". 

Bintang Korea Park BoGum

"Galaxy S9 dan S9+ diilhamkan berdasarkan cara komunikasi masa kini di dalam Iaman sosial. Cara-cara untuk mengekspresi diri telah berubah dan komunikasi melalui teks di kalangan pengguna semakin berkurangan. Sebaliknya, pengguna lebih gemar menggunakan imej, video dan emoji untuk berinteraksi. Samsung sememangnya sentiasa menjadi perintis dalam fotografi telefon pintar yang hebat. Namun sebagai syarikat teknologi yang dikenali dengan melangkaui batasan serta komited terhadap permintaan pengguna, kami telah membawa teknologi Galaxy S9 dan S9+ ke peringkat seterusnya dengan memperbaharui reka bentuk dan mempertingkatkan kameranya," kata KM Liew, Ketua Perniagaan Teknologi Maklumat (IT) dan Mudah Alih, Samsung Malaysia Electronics. 


"Galaxy S9 dan S9+ kini tiba dengan ciri AR Emoji baru serta kamera yang mempunyai fungsi Super Slow-mo dan Super Low Light. Ciri-ciri ini mampu membantu pengguna mendalami suatu pengalaman komunikasi secara visual yang luar biasa, disesuaikan untuk setiap pengguna mengikut keunikan individu masing-masing. Untuk mereka yang percaya akan satu gambar melambangkan seribu kata, Galaxy S9 dan S9+ merupakan pilihan yang tepat." 


Sementara ciri-ciri Galaxy S9 dan S9+ yang baru dan inovatif menjadi daya tarikan untuk penggemar dan peminat teknologi, kemunculan istimewa pelakon dan bintang dari Korea, Park BoGum menambahkan lagi kemeriahan acara ini yang benar-benar membangkitkan minat para pengunjung. Putera 'Love in the Moonlight' yang muncul dalam salah satu iklan Samsung yang terkini, mempunyai misi untuk mengecapi kehidupan dengan cara yang serba baru bersama peminat-peminatnya di Malaysia melalui ciri-ciri baru Galaxy S9 dan S9+ yang hebat seperti rakaman video Super Slow-mo. 

Camera Reimagined 

Kamera yang digunakan pada masa kini mempunyai fungsi lebih daripada hanya untuk mengambil gambar - malah ia turut digunakan untuk berhubung dan berkomunikasi. Pengguna ingin memiliki kamera telefon pintar dengan teknologi yang terkini, supaya mereka dapat mengekspresikan diri dengan imej dan peralatan yang berkualiti tinggi untuk menceritakan kisah unik masing-masing. Kamera Galaxy S9 dan S9+ dibina khusus untuk pengguna dengan sensor Super Speed Dual Pixel serta kuasa pemprosesan dan memori khusus untuk merakam gambar yang menakjubkan. DxOMark, standard Samsung yang telah diperbaharui skor tertinggi bagi penarafan gabungan foto dan video pada kamera telefon pintar. 

Pemberian skor tinggi terhadap Galaxy S9 and S9+ dikaitkan dengan prestasinya yang hebat dalam keadaan pencahayaan yang rendah. Dengan fungsi yang seumpama dengan mata manusia di mana iris mengembang dan mengecut mengikut persekitaran seseorang, kamera Dual Aperture Samsung (F1.5 I F2.4) menyelaraskan bukaan secara automatik mengikut keadaan pencahayaan, iaitu dengan bukaan lensa yang lebih besar (F1.5) supaya membenarkan lebih banyak cahaya masuk dalam keadaan gelap, atau menukar kepada lensa dengan bukaan rendah (F2.4) dalam keadaan terang, demi memastikan foto yang diambil adalah terang dan jelas. Di samping itu, ciri dwikamera yang popular juga didapati pada Galaxy S9+, yang membolehkan pengguna terus merakam gambar potret secara profesional dengan fungsi 'Live Focus'. 

Pengguna kini dapat mengekspresikan diri mereka menerusi cara yang serba baru - dengan adanya ciri­ ciri AR Emoji dan Super Slow-mo yang dilengkapi pada Galaxy S9 dan S9+. 8amsung membolehkan pengguna menghasilkan emoji yang menyerupai penampilan dan perawakan mereka, manakala fungsi Super Slow-mo (rakaman video sehingga 960 bingkai sesaat) membolehkan pengguna meningkatkan kreativiti mereka dengan cara yang menyeronokkan. Di samping itu, pengguna S9 dan S9+ kini dapat mengecapi kehidupan dalam cara yang serba baru dengan adanya Bixby yang lebih pintar, yang disepadukan dalam kamera. Bixby kini boleh menterjemahkan bahasa 1 dan mata wang asing dengan serta-merta melalui imej, memberikan maklumat penting mengenai persekitaran korang dan banyak lagi. 

Hiburan Dipertingkatkan 

Telefon pintar kini semakin menjadi pilihan kita untuk mendapatkan hiburan, inilah sebabnya 8amsung menghasilkan peranti yang menawarkan pengalaman bunyi yang premium dengan pembesar suara stereo yang ditala oleh AKG. Audio Galaxy S9 dan S9+ juga menyokong Dolby Atmos, memberikan kesan bunyi sinematik 360 darjah yang hebat. 

Paparan Infinity pada Galaxy 89 dan 89+ juga telah dipertingkatkan. Ia menampilkan paparan infiniti Super AMOLED yang terbaru, kuat, dan terang. 8krin telefon pintar baru 8amsung ini tampak menawan walaupun di bawah cahaya matahari dan memperolehi gred "Excellent A+" yang diberikan oleh DisplayMate Technologies, penilai skrin yang terkemuka di dunia. 

Peranti yang Disesuaikan dengan Gaya Hidup Terhubung 

Sebagai telefon pintar yang pertama menyokong aplikasi SmartThings yang baru, Galaxy S9 dan S9+ merupakan hab pusat untuk menguruskan setiap aspek gaya hidup terhubung di rumah, di pejabat, atau di mana-mana sahaja. Samsung DeX generasi seterusnya memperkasakan gaya hidup mudah alih dengan memberikan pengalaman skrin penuh yang besar kepada telefon bimbit mudah alih. DeX Pad yang direka semula adalah sistem dok baru yang memudahkan pengguna menyambungkan Galaxy S9 dan S9+ kepada monitor yang lebih besar, papan kekunci dan tetikus demi menambahkan pengalaman mudah alih mahupun dengan penyuntingan dokumen yang dipertingkatkan atau permainan video dengan 1 Antara muka pengguna sebenar hanya memaparkan satu bahasa sasaran pada satu masa. Bahasa input dan output yang berbeza disediakan di negara-negara yang bertainan. Sambungan internet diperlukan untuk menggunakan perkhidmatan ini. 

Asas Galaxy Sebagai Standard Emas 

Samsung menetapkan standard emas bagi telefon pintar dengan IP684 yang kalis air dan habuk serta pengecasan tanpa wayar yang lebih maju dengan Galaxy S9 dan S9+. Kini peranti ini menyokong memori yang boleh ditambah sehingga 400GB dengan Kad Mikro SO dan dilengkapi dengan pemproses aplikasi premium yang terkini, menawarkan prestasi yang tinggi dan pemprosesan imej yang canggih. 

Tambahan pula, Galaxy S9 dan S9+ memberikan ketenangan fikiran kepada pengguna kerana telefon mereka dilindungi oleh Knox 3.1, platform keselamatan gred pertahanan Samsung yang terkini. Ciri imbasan pintar (Intelligent Scan) Galaxy S9 dan S9+ menyokong tiga pilihan pengesahan biometrik yang berbeza - iris, cap jari, dan pengecaman wajah - ini membolehkan pengguna memilih cara yang diingini untuk melindungi peranti dan aplikasi mereka. 

Galaxy S9 dan S9+ membawa pemantauan kesihatan ke tahap yang lebih maju dengan sensor optik yang diperbaharui dibina di dalam peranti supaya dapat memberikan maklumat yang lebih banyak dan tepat mengenai status kesihatan pengguna. Sensor ini membolehkan Galaxy S9 dan S9+ mengawasi Heart Load Factor pengguna, ukuran baru bagi beban yang dialami oleh jantung secara masa nyata 


Galaxy S9 dan S9+ boleh didapati di Malaysia bermula 16 Mac 2018. Ditawarkan dengan harga runcit yang disyorkan dari RM3,299 hingga RM4,399, ia boleh didapati dalam warna Midnight Black, Coral Blue dan Lilac Purple. 


Untuk meraikan pelancarannya di Malaysia, Samsung Malaysia Electronics akan memulakan Promosi Jelajah untuk masa terhad di Pavilion Kuala Lumpur, Queensbay Mall di Pulau Pinang dan Aeon Bandar Data Onn di Johor Bahru. Dari 16 hingga 18 Mac 2018, pelanggan yang membeli Galaxy S9 atau S9+ baru layak mendapat hadiah yang hebat dan eksklusif oleh Samsung, termasuklah: 

• Hadiah Ekslusif Pengecas Tanpa Wayar Samsung yang bernilai RM279 (terhad kepada 2,300 unit) 

• Diskaun 30% untuk pembelian Samsung Gear Sport dengan setiap pembelian Galaxy S9 atau S9+ 

• Program Trade Up untuk membolehkan pelanggan menukar-beli peranti terpilih dengan nilai tambahan sehingga RM400

• Pelan Bayaran Mudah 0% secara ansuran sehingga 12 bulan

Selain itu, pengguna akan menerima Mata Ganjaran Samsung Rewards sebanyak 1,500 poin apabila mereka mengaktifkan Bixby, Samsung Members dan Samsung Pay bagi setiap pembelian Galaxy S9 atau S9+ mereka yang baru.


Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai butiran promosi Galaxy S9 dan S9+, layari http://www.samsung.comlmvloffer/s9-mobile-roadshow/.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai peranti kebanggaan Samsung yang baru, Galaxy S9 dan S9+, serta ciri-ciri baru dan inovatif, layari http://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-s9/.






1 comment:

  1. Cantik dan best! Tapi tak mampu sebab mahal sangat....i bukan orang have-have hehehehehe

    ReplyDelete

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!