Hi Korang,
Pernah dengar Kutu Kuih Raya?
Seriously ini first time kak lily dengar ek, selalu kutu duit, kutu periuk noxxa, kutu corelle je, ermm hebat nie.
Tapi betul jugak kan, harga biskut raya zaman sekarang ni makin lama mahal kuih raya. Nak buat sendiri tak de masa so jawabnya order sajorlah
Tapi bila hari tuh, berjumpa dengan Puan Norashikin Johar ermm k lily panggil dia Ikin je alah kengkawan blogger so kenal lah, kalau ada event yang berkaitan dengan blogger Ikin ni akan jadi one oft he sponsor lah so dapatlah kak lily hasil air tangan beliau ni terutama sekali pavlova hehehe ya ampun memang sedap bak hang wei. Beliau ni tuan punye Pav‘ Lover Bakery & Gift dan beliau lah yang mencetuskan idea membuat #kutukuihraya ni.
Bagus kan!!
Memang pavlova merupakan produk pertama Ikin, kemudiannya beliau menambah lagi beberapa jenis produk seperti pembuatan brownies, red velvet dan pelbagai lagi. Menurut kata Ikin dalam setiap penghasilan biskut ataupun kek dari ketuharnya, beliau akan menggunakan bahan-bahan premium yang berkualiti tinggi. Ini bagi memastikan tahap gred kualiti produknya dapat dihasilkan yang paling terbaik dan mampu menggandakan kepuasan pelanggan ketika menikmatinya.
Namun pada tahun 2015, Ikin telah mula berkalaborasi bersama Blicious jenama produk yang mengeluarkan biskut-biskut "homemade" terutama pada musim perayaan seperti hari raya.
Bermula daripada sebagai penggemar biskut Blicious dan akhirnya Ikin turut bersama-sama berkongsi kesedapan biskut Blicious dengan menjual/memasarkan produk ini kepada mereka yang juga mencari biskut raya yang terbaik. Paling penting segala ramuan, topping untuk menghasilkan biskut Blicious adalah menggunakan bahan-bahan premium yang berkualiti.
Kalau korang nak tau di Pav’s Lover Bakery & Gift turut menawarkan penjualan biskut dalam kotak cenderamata. Ini terutama bagi mereka yang ingin hadiahkan biskut/ kudapan/ kek secara esklusif buat seseorang yang istimewa. Alah macam buat hamper gituh, so nampak menariklah daripada diberi cam tuh je
Untuk set Kotak Cenderamata/Gift Box -
Ianya mengandungi 3 bekas kecil dan 1 bekas besar biskut. Untuk pengetahuan semua di dalam satu bekas besar ianya mengandungi 45-50 biji kuih. Kenapa anggarannya didalam 45-50 biji? Ini adalah kerana adakalanya terdapatnya saiz biskut terbesar maka kuantiti akan berkurang kerana saiz ruang terhad. Harga untuk setiap bekas besar tersebut adalah RM37 kecuali vampire cadbury yang dijual rm38/40biji sahaja. Untuk misteri box cookies, harga adalah bermula dari RM100 - rm150 mengikut kehendak pembeli.
Ini adalah antara biskut Blicious yang pernah kak lily cuba
Honey Bee
Tart Sepit
Nutella Donut
Ada pilihan saiz bekas yang besar dan saiz kecil, ikut kepada pilihan dan kehendak korang tau. Kalau kak lily order yang besar je sebab sedap ooo
Produk-produk lain terdapat di #bliciousseries seperti:-
PAV'S LOVER BAKERY & GIFT turut menjual pelbagai kek lapis yang dijual samada secara single saiz atau kombo.
Untuk single saiz kek lapis berukuran 7x7 inchi dan terdapat 7 jenis kek antaranya:
A) kek lapis prune - RM110
B) kek lapis rempah - RM120
C) kek lapis cadbury - RM120
D) kek lapis kenyalang - RM110
E) kek lapis blueberry - RM110
F) kek lapis asam manis - RM110
G) kek lapis cempedak - RM140
H) kek lapis combo - saiz kek lapis 3.5”x3.5” - RM120
Kek buah lembab saiz 7x7” - RM65
Samosa Ayam
Eh jangan tak tau, selain daripada manisan, kudap-kudapan savoury pun ada juga dijual. Macam yang kak lily rasa ni Samosa Ayam ada juga Popia Udang, seriously sedap rasanya. Kalau orang datang hidangkan Samosa Ayam ni memang terbaek lah
Bagi produk samosa udang dan popia ayam ianya dijual pada harga rm30/500gm. Ranggup dan isinya juga agak padat dan enak.
Untuk tahun 2018 Pavslover dan #bliciouseries telah melancarkan #kutukuihraya dengan pakej : 4 bulan, 5 bulan dan 6 bulan, pembeli boleh memilih minima 5 jenis kuih utk dibuat bayaran ansuran bermula pada bulan februari dan berakhir hingga jun 2018.
Untuk pakej 4 bulan #kutukuihraya
Untuk pakej 5 bulan #kutukuihraya
Untuk pakej 6 bulan #kutukuihraya
Istimewa bagi pembelian Februari dengan setiap pembelian rm130 dan ke atas, uolls berpeluang menyertai cabutan bertuah yang akan membawa pulang hadiah bernilai RM500 seorang untuk 3 pemenang.
Untuk peminat setia blog www.ciklilyputih.com, 5 pembeli yagg menempah misteri cookies box sebagai hadiah untuk yang tersayang akan mendapat hadiah misteri. Best best best!
Make sure korang like fb: pav’s lover bakery & gift dan juga follow ig @asfieda_pavslover.
Melah order biskut, kek dan kudapan dari pav’s lover bakery, Mana tahu menang cabutan bertuah, rezeki rezeki rezeki...
Facebook : https://www.facebook.com/AsfiedaBakery/
No comments:
Post a Comment
Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!