Wednesday, February 14, 2018

Promosi "ALL YOU CAN EAT" DI AGEHAN Japanese Restaurant GRAND BLUEWAVE SHAH ALAM

Hi Korang, 


Kak lily rasa Grand Bluewave ni suka betul buat promosi makanan yang best-best yang kak lily tak boleh lepaskan peluang nak pi tau. 


Baru-baru ni mereka mengadakan promosi "All You Can Eat" yang mana menghidangkan semua jenis sushi, Temaki, Makimano, mee, teriyaki dan teppayaki ini hanya untuk malam Jumaat dan Sabtu sahaja. Bermula dari jam 6.30 petang sehingga 10.30 malam. 


Lebih menarik lagi, kini di Agehan Japanese Restaurant Hotel Grand BlueWave Shah Alam ada menawarkan promosi "All You Can Eat" yang berharga:- 

RM78.00 nett untuk dewasa 

RM45.00 nett untuk kanak-kanak (4-11 tahun) 

Kalau fikir balik harga buffet ni memang tak boleh beat dengan memana buffet menu jepun di tempat lain membolehkan kita menikmati hidangan Jepun sehingga puas hati dan paling penting ianya cukup berbaloi. 


Pelbagai jenis hidangan seperti Sushi Selection, Temaki Selection, Noodles Selection, Teriyaki Selection, Makimono Selection dan Teppayaki Selection.




Di antara hidangan Jepun yang terdapat di dalam buffet ‘All You Can Eat’ ni adalah seperti Tobikko Sushi, Chuka Kurage Sushi, Tako Sushi, Salmon Sushi, Tuna Sushi, Chuka ldako Sushi dan White Tuna Sushi. 

Bagi pilihan Temaki pula adalah California Temaki, Ebi Temaki, Tuna Temaki, dan Salmon Temaki. 

Untuk bahagian Noodies pula ada Kake Udon, Tsukimi Udon, Tanuki Udon, and Zaru Udon. Teriyaki selection we have Tori Teriyaki dan Saba Teriyaki. 


Selain itu ada pilihan Makimono seperti Futo Maki, Tuna Mayo Sushi, Kani Maki, California Maki, Tuna Maki, Kappa Maki, Salmon Maki, dan Kani Sushi serta hidangan Teppayaki seperti Beef, Squid, Chicken Sausage, Chicken Thigh dan Vegetable. 




Selain itu turut didatangkan dalam promosi ini kepelbagaian Pencuci Mulut dan Kek bersama minuman seperti teh hijau (panas / sejuk), kopi dan teh dan kordial. 

Adalah digalakkan tetamu yang hadir untuk membuat tempahan terlebih dahulu di Restoran Agehan Jepun di talian 03-5511 8811 ext 2623. Semua harga adalah tertakluk hanya kepada 6% GST. 

Agehan Japanese Restaurant telah mendapat Sijil HALAL daripada JAKIM pada 1 November 2009. Untuk pengetahuan semua, Agehan Japanese Restaurant ini adalah restoran hotel 5 bintang yang pertama mendapat pensijilan kelulusan daripada pihak JAKIM kerana menawarkan hidangan Jepun 100% halal. 

Apalagi, mai lah singgah ke sini ek:- 

Agehan Japanese Restaurant 
Grand BlueWave Hotel, 
Persiaran Perbandaran, Seksyen 14, 
40000 Shah Alam, Selangor 
Tel : 03-5511 8811 





Opening hours : 11.30pagi – 2.30petang (lunch) 
                       : 6.00petang – 10.30 malam (dinner) 


Official website : www.bluewavehotels.com

Jemput makan semuanye....














Kaki Bebel,

LILY


www.ciklilyputih.com

2 comments:

  1. Terliur tengok..i mmg peminat japanese food ni..mmg nmpk tempting sgt makanan dia

    ReplyDelete
  2. Memang berbaloi sangat kan Cik Lily.. ehehe..

    ReplyDelete

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!