Hi Korang,
ya ampun tajuk kemain panjang formal dan panjang lagi ek
Selalu kak lily Vietnamese beef noodles pun kat kedai biasa belum pernah makan di kedai makan authentic cam ni lagi ermm bila dapat invite ke malam penghargaan ni haruslah tak nak lepaskan peluang kann hehhee
Kak lily nak ajak korang ke DU VIET yang merupakan restorang authentic menghidangkan menu makanan Vietnam ermm nak pi Vietnam ntah bila so kita pi makan dulu jelah.
Du Viet membawa maksud "DO VIETNAMESE" for meal.
Perkataan DU disebut mengikut gaya slanga Perancis di Vietnam. Apa yang menarik tentang hidangan yang ditawarkan di restoran ini ialah mereka tidak menggunakan sebarang perasa atau msg bagi menghasilkan hidangan terbaik dan sebenarnya setiap hidangan telah disediakan mengikut teknik dan resepi istimewa tertentu. Ada yang perlu mereneh dari 8 sehingga 12 jam lamanya. Yelah nak bagi sesedap rasa kan so kenalah di reneh lama
Kalau korang nak tau di sebabkan kehebatan rasa hidangan yang telah dipersembahkan dengan cemerlang yang berjaya menambat hati setiap pelanggan yang datang, Restoran Du Viet juga telah dinobatkan antara 10 Restoran Vietnam Terbaik untuk kawasan Kuala Lumpur dan Selangor dari TallyPress.com.
Wah hebat-hebat ek!!
Kejayaan membanggakan ini tentunya menjadikan saat-saat yang begitu istimewa terutama kepada founder dan krew-krew yang telah bertungkus-lumus menjadikan Restoran Du Viet ini sentiasa menjadi pilihan pelanggan.
Bagi meraikan acara istimewa ini, satu makan malam penghargaan bersama media serta kenalan rapat dan pelanggan tetap Du Viet telah diadakan di Du Viet Sunway Piramid. Yang best tuh, kak lily dapat merasa semua sekali menu Vietnam yang popular yang dihidangkan.
Rekaan dekorasi di bahagian dalam restoran, simple dan teratur. Suka benau dengan susunan kerusi mejanya
Ni kak lily show off dengan korang satu per satu ek
Hanoi-Style Mixed Beef Noodles | RM23.90
Hidangan ini juga dikenali sebagai Pho Bo Dac Biet. Ini merupakan antara 'signature' hidangan yang mendapat permintaan yang tinggi daripada pelanggan mereka. Bagi kak lily sendiri versi Hanoi-Style Mixed Beef Noodles disini agak berbeza dengan hidangan yang sama di pasaran. Sup yang agak ringan dari segi rasa, tidak terlalu kuat bau daging dan rempah namun ianya tetap sempurna apabila kita nikmati bersama mee yang didatangkan sekali. Hidangan inilah yang mengambil masa 8 sehingga 12 jam mereneh sup bersama daging segar dan tulang.
Hanoi-styled Beef & Chicken Dry Noodles | RM22.90
Korang yang mana tidak suka jenis yang berkuah, bolehlah mencuba Hanoi-styled Beef & Chicken Dry Noodles. Untuk menikmati hidangan ini korang kena menggaul semua sos yang didatangkan sekali bersama lauk ayam atau daging dengan rata bersama mee.
Stewed Beef Brisket with White Radish | RM19.90
Pilihan untuk menikmatinya samada bersama nasi putih (panas-panas) atau roti dan sebagainya.
Shrimp and Summer Combo Rolls Delite (4 rolls) | RM22.90
Ini merupakan hidangan vietnam yang cukup popular dikalangan orang melayu. Kami biasa memanggilnya dengan nama hidangan "Popiah Vietnam". Di Du Viet ianya turut ditawarkan dan ianya didatangan dengan cara masakan stim dan goreng. Keduanya enak apatah lagi dapat dicicah bersama sos istimewa (home made).
Steamed Wrapped Rolls (2 rolls) | RM14.90
Semua pastinya cukup mengenali dengan hidangan gaya Vietnam "Chee Cheong Fun", uniknya ianya dibungkus bersama udang, ayam serta cendawan dan disajikan dengan sos dan sos ikan.
“Ha-Ha” Lou Sang | RM68 (M) and RM88 (L)
Hidangan Pesta Vietnam Du Viet dinamakan cukup istimewa iaitu "Ha-Ha" Lou Sangyang mengandungi 12 jenis ramuan organik seperti turnip, radish, nenas (Pineapple), pomelo, Taugeh (Bean Sprout), timun (Cucumber), lobak merah (Carrot), kobis, salad, glass noodles, udang segar (fresh prawns) dan herba.
Disertakan juga dengan 4 jenis sos iaitu:-
1. Spring (Fish & Lime)
2. Summer (Plum)
3. Autumn (Peanut)
4. Winter (Dry Roasted Condiments)
Simbolik tentang hidangan ini membawa maksud 12 bulan dan 4 musim untuk kesihatan yang baik dan kemakmuran sempena dengan Tahun Baru. Dinamakan dengan perkataan "Ha-Ha" Lou Sang, ini kerana hidangan ini didatangkan bersama dengan udang segar yang membawa maksud keseronokan dan kegembiraan yang dirasai bersama.
Hidangan ini hanya ditawarkan untuk tempoh terhad iaitu bermula dari 30 Januari 2018 sehingga 28 Februari 2018.
Kak lily sempat minum drip coffee Vietnam ni, ya ampun aroma kemain harum lagi wei. Sangat-sangat kaw rasa terangkat habis. Errm coffee drinker memang suka kopi-kopi unik ni
Lets terjah Du-Viet Restaurant ni ek, ada few outlet di Lembah Klang ni tau
Suria KLCC
LC 401, Level 4
(+603-2116 3630)
Sunway Pyramid
G1.45, Ground Floor
(+603-7492 0018)
Damansara Uptown
41A and 43A, 1st Floor,
Uptown 37
(+603-7726 8101)
Lets LIKE and FOLLOW mereka di social media eki:-
Website: www.duviet.com.my
Facebook: www.facebook.com/DuVietGroup
Instagram: @DuViet_MY
#duviet #vietnamese #pho #porkfree #nomsg #glutenfree
jejes air liur...semua nampak sedap...
ReplyDeleteTak pernah masuk resto Vietnam mcm ni... Makan mee vietnam kat Secret Recipe pernahlah jugak hihihi...
ReplyDeleteRolls vietnam tu mmg tak pernah try, cuma dengar ramai yg bercerita je. Mcm ada tupperware extra atas meja tu nampaknya CL...