Hi Korang,
Akak lily kengkadang tak paham dengan orang lelaki ni, cepat benau bertukar arah.
Macam Mr Big, dia ni hobinya kemain melambak-lambak. Dulu-dulu dia memang minat giler RC Toys, alah kereta remote control tuh. So meratalah akak lily ikut dia pi gathering RC Toys ni, ikut pi beli spare parts, tuko tayar dan sanggup tuh balik kampong bawak jugak RC cars tuh main kat belakang umah mak siap buat track bagai.
Kemudian tuh tukar minat main basikal plak, ikut geng-geng basikal pi mengayuh. Ada sekali tuh sampai ke highway LEKAS mengayuh, balik je umah terdampar dengan tv sebab penat ermm tak kurus pun. Pantang ada geng mengayuh ermm memalam lepas keje pun jadik gak.
ride motor jauh-jauh hobi gak ni ishkk
Sambil mengayuh tuh tambah minat collect jam G-Shock plak.
Pengaruh lagi, tiap-tiap malam main bid jam G-Shock tuh kat FB dan dia ni selalu je menang so melambak-lambak jam bawak balik, siap beli casing box bagai. Ada sekali tuh akak lily siap ikut pi Batu Pahat, pi kedai papan yang jual jam murah tuh. Hah beli sampai 7-8 utas jam, kalau 1 jam tuh dalam RM400 ke atas bila dah beli 8 utas tuh dah berapa plak harganya kan.
Sudah bilik yang tengah dalam umah ni penuh dengan barang-barang koleksi MrBig, itu tak termasuk barang-barang yang akak lily dapat masa pi event, review, advert bagai kan. ushikkk
Dan sekarang ni hobi terbaru, kumpul kereta-kereta kecik Hot Wheels ni dah..
Yang ni kak lily tak tau siapa plak yang influence Mr Big ni ek. Dulu memang dah ada kereta-kereta ni tapi dia buat dek je, asal orang bagi dia campak ntah kemana. La ni duk sibuk suruh akak lily cari balik mana pi kereta-kereta tuh, maka berusahalah akak lily korek balik bebarang ni ek. nasib ada.
Nak di jadikan citer, hari tuh masa kitaorang pi bercuti ke Port Dickson, ntah siapa yang bagitau dia agaknya kat Tesco ada kolesksi kereta baru keluar. Sanggup pepagi sabtu tuh lepas sarapan pi Tesco PD membeli belah kete-kete kecik ni. Siap pesan dengan akak, suruh pi shopping baju dulu nanti dia call. Of courselah akak lily suka kan, so pusinglah satu Tesco tu shopping ek.
Bila jumpa balik tanyalah mana kereta tuh, oh dia cakap dah simpan dalam kereta. Sekali bukak bonet hah amik ko lebih 50 bijik dia beli leh. Adui mak kalau sebiji RM8.90 yang biasa-biasa, korang darab jelah kan… abis wang ke situ jelah… So peminat hot wheels collectors bolehlah share info kat kak lily ek pasal Hot Wheels ni ek, akan ku sampaikan kepada suami tercintaku
kumpul helmet motor ni pun hobi Mr Big gak nie... ishkkk
Tapi sebenarnya bagus jugaklah dia minat ke arah menda-menda ni, sejuk mata kak lily memandang kan sebab depan mata. Bayangnya minat dia bertukar kepada pompuan, uishkk memang kak lily kerat-kerat apa yang patut ek!!!
Ok salam jumaat semuanya..
byk giler koleksi kete hot wheel tu..hah ratusan juga dh tu kalo dh byk gtu hehe
ReplyDeleteWaahhhh banyak gila koleksi hotwheels abg kak lily beli! Kawan abg saya ada bukak kedai jual kereta hotwheels kat Kompleks C Seksyen 52, PJ ni kak, jemputla datang tengok-tengok koleksi kereta kat sini. Ada hotwheels, Greenlight, Matchbox, JDM, Nascar dan banyak lagi. Collectors memang datang kedai toys kat sini, mungkin abg kak lily boleh try usha koleksi hotwheels, lagi cantik dan berbaloi dari beli di luar.
ReplyDeletekak... tolong jangan kira kos semua tu..kang boleh meroyan bini hahahah
ReplyDeleteaku suka statement last, daripada hobi die merapu kat pompuan lain baik habiskan benda2 mcm ni.... aku pun selagi laki aku suka aku bior jer janji ko jangan gateiii hahahahahah
ReplyDeleteBiarkan dia. Apa dia nak kompol biarkan. Jngan dia kumpul yg tu sudah. Tapi kumpul tu pun tak boleh lebih dri empat.
ReplyDeletekalau dah minat,memang tak boleh nak kata ape dah cik lily...hehehe
ReplyDelete