Hi Korang,
Bersempena dengan perayaan Hari Krismas, DC Mall telah membawa kembali semangat sebenar sambutan hari Krismas iaitu menyebarkan kasih-sayang, membuat kebaikan dan sentiasa memberi terutama kepada mereka yang tidak bernasib baik.
Untuk tahun ini, acara 'The Joy of Giving’ diadakan untuk memberikan kegembiraan kepada 70 anak-anak dari Rumah Amal Charis dan Rumah Victory. Yang menarik anak-anak ini telah diberi pilihan untuk mengutarakan impian hadiah yang diinginkan oleh mereka di Kad Wish yang disediakan oleh pihak DC Mall.
Projek 'The Joy of Giving’ ini sebenarnya bermula dari 6 Disember sehingga 18 Disember 2017, yang mana para pelanggan di pusat membeli-belah boleh memilih mana-mana 70 Kad Impian dari Pokok Krismas yang terletak di Main Concourse di Level 1. Kad-kad Impian ini sebenarnya telah diisi secara peribadi oleh anak-anak dari dua rumah amal yang terpilih dan mereka telah menulis sendiri impian mereka. Para pengunjung Mall yang ingin beramal akan memilih antara kad di situ dan dengan sukarela membelikan hadiah yang diimpikan oleh anak-anak seterusnya menghantar hadiah tersebut ke Concierge mall yang terletak di Tingkat Bawah.
Acara 'The Joy of Giving’ iaitu pemberian hadiah kepada anak-anak rumah amal yang terpilih telah diadakan pada 21 Disember 2017. Majlis yang cukup meriah dihadiri seramai dihadiri oleh 70 orang anak dan penjaga mereka iaitu Mr. Bernard dari Rumah Victory dan Miss Suzanne dari Rumah Charis. Momen yang ditunggu dengan perasaan gembira dan teruja oleh anak-anak ini apatah lagi dapat bertemu Santa Claus dan Santarina.
“It is so heartwarming to see how happy the children are with their gifts. I am truly humbled by this experience and from the bottom of my heart, I wish to thank each and every contributor of these gifts. Without their generosity, these smiling faces here would not have been possible. May you and your families have the most wonderful and joyous Christmas" kata Miss Melissa Wong, Head of Retail and Leasing - DC Mall, Damansara City.
Selain itu pihak DC Mall turut menyumbangkan RM5000 kepada setiap rumah amal yang hadir iaitu Rumah Amal Victory dan Rumah Amal Charis.
DC Mall juga telah menubuhkan Komuniti Li-brari di mana pengunjung pusat membeli-belah ini boleh menderma dan membuat pertukaran buku. Disediakan juga kawasan membaca dengan kemudahan meja dan kerusi di mana kanak-kanak boleh duduk membaca dan juga berkenalan rakan yang baru. Penubuhan Perpustakaan Komuniti ini boleh didapati di pusat membeli-belah DC Mall bermula dari 1 Disember 2017 sehingga 1 Januari 2018.
Untuk menambah keseronokan perayaan Krismas ini, pengunjung DC Mall juga boleh bertemu dengan Santa Claus untuk tarikh dan waktu tertentu
No comments:
Post a Comment
Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!