Wednesday, December 13, 2017

3M Countertop Drinking Water System, Tak Sabar Nak Guna Lah

Hi Korang,

Ermm penapis air!!!

Rasanya sekarang ni banyak rumah dah mula gunakannya

Sebab apa?

Sebab kualiti air semakin lama semakin teruk, bukan nak kondem pasal Jabatan Air ianya bukan salah diaorang pun. Yelah air dari empangan elok, suci, murni tapi bila paip rumah kita hah amik ko segala mak neka keladak keluar ek

Maknanya kita perlukan penapis air atau enak di panggil water filter.

Lepas tuh water filter pun kita kena pandai gak pilih yang mana bersesuaian dengan kehendak kita. Macam kak lily, of courselah akak lily akan cari yang kecik tapi berkapasiti tinggi hehhehehe barulah seronok nak guna. 

Memperkenalkan 

3M™ CTM-02 Countertop Drinking Water System

Oh produk 3M rupanya, produk buatan Malaysia wokeh ermm akak liked!!

Meh lah citer sket pasal penapis air ni ek, citer simple-simple jelah kan

• Diuji dan diperakui oleh NSF standard 42 dan 53, yang bermaksud mengurangkan kekotoran dan pencemaran di dalam air dengan kesan kesihatan yang lebih baik seperti yang dikawal oleh National Sanitation Foundation International.

• Mempunyai kecekapan penapisan sehingga 14,000 gelas, di mana 1 gelas bersamaan dengan 200ml

• Mempunyai penunjuk kadar penggunaan kartrij, jadi korang boleh memantau dengan mudah apabila sudah tiba masanya untuk menukar penapis kartrij

• Tidak perlu bimbang bagi ibu dan bayi kerana kualiti penapisan telah terjamin kerana kualiti penapis air sedang diuji dan disahkan oleh NSF standard 42 dan 53

• Penyelenggaraan mudah, kartrij perubahan kurang dari 10 saat

• Mudah membeli kartrij gantian

• Tiada penggerudian diperlukan, oleh itu mudah dipasang dan diselenggarakan


Bila dah bukak-bukak or unboxing inilah yang ada dalam kotak tuh, ya ampun sket bebenau bebarangnya

ini filternya kecik je kan

3M ni mempunyai 75 tahun pengalaman di dalam bidang penapisan so rasanya korang tak yah nak ragu-ragu untuk membuat pilihan. Bila tengok rekabentuknya macam futuristik ek, kecik dan senang nak letak di tempat-tempat yang sempit macam singki kann

Yeahh of courselah k lily excited sebab berjaya mendapatkan jugak the 3M™ CTM-02 Countertop Drinking Water System nri ek. 

Ermm haruslah rasa tak sabar nak pasang ye tak!!

tempat kat mane beli, water filter ni. alah kat 11street je udah

Kalau korang nak tau untuk model 3M™ CTM-02 Countertop Drinking Water System merupakan model terkini yang di keluarkan oleh 3M. Nak bagitau jugak ada special promosi sekarang ni dari 01 December 2017 hingga 31 January 2018 di mana harganya RM988

Nanti bila dah pasang, kak lily akan kongsikan pengalaman menggunakannya ek


Boleh check it out di www.3m.com.my/water/dealers










Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

1 comment:

  1. First time dengar pasal penapis ni. Setiap rumah memang kena pakai penapis kan

    ReplyDelete

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!