Monday, November 27, 2017

MYDELICACIES – Ruang Berniaga Untuk Usahawan Kita

Hi Korang,


Nampak My Delicacies terus ingat jenama menda makan kan? Ermm untuk dah betul tuh tapi cam kurang tepat tau..


My Delicacies ni merupakan ruangan untuk para usahawan bumiputera mempamer dan mempromosikan produk mereka. Kalau korang ada produk yang nak di jual so inilah tempatnya. 


My Delicacies diasaskan oleh Pn Suhaily Hamzah dan ditubuhkan pada 9 Mei 2015,di Kuala Lumpur. Pada 2017, My Delicacies membuka cawangan di Jakel Mall, dan kini mempunyai 2 kedai, 2 kiosk dan promosi bergerak sekitar Kuala Lumpur.

Bagi My Delicacies, matlamatnya hanyalah untuk membantu suri rumah serta usahawan kecil yang mempunyai produk untuk mempromosikan produk mereka, bagus kan diaorang ni dan pada tahun ini juga My Delicacies telah pun mendapat kepercayaan dari MARA sebagai “BUYER” di KUD 2017 dan usahawan bumiputera boleh meletakkan produk mereka di ruang niaga My Delicacies.


My Delicacies menawarkan perkhidmatan seperti : 


1.Membekalkan produk serunding daging tempatan yang dimasak secara tradisional menggunakan api kayu dan tembaga berkualiti.

2.Menjual secara runcit dan borong

3.Menyediakan dan membekalkan makanan tradisional,kuih raya,kerepek,dodol yang berkualiti dan sedap

4.Menyediakan dan membekalkan produk makanan yang sedia di makan

5.Menyediakan perkhidmatan pembungkusan dan penghantaran ke lokasi yang berdekatan.



Kalau korang nak tau, di antara Hot items yang dipamerkan dan di promosikan di My delicacies adalah Sambal Hitam Menangis, Serunding Daging, Sambal Garing Che Nor, Sambal Kicap, Wonder Cheese, Hot Crunchy, Sambal Tempoyak, Cheesy Crab dan Sambal Ikan Masin. Wow hebat ek, segala jenis sambal lada di sini tau. 



Bagi para usahawan bumiputera yang menyertai MyDelicacies ni, manfaatnya ternyata amat bagus sekali seperti 

1.Produk akan dipromosikan selama 360 hari di semua kedai, kiosk sera booth bergerak MyDelicacies.

2.Promosi berterusan media social

3.Networking dengan vendor-vendor lain.

4.Khidmat nasihat mengenai production, penglabelan, pembungkusan serta marketing.


Tak ke bagus tuh kan!

Kalau korang nak tau atau nak tinjau sendiri bagai MyDelicacies ni beroperasi, korang boleh ke:-

MyDelicacies
PC 102,Busana Mara 232,
Jalan Tuanku Abdul Rahman,
50100 Kuala Lumpur

MyDelicacies
Lot G.04, (Ground Floor),
Signature A and B Lot 159, 
Jakel Square , 
Persiaran Capsquare Off Jalan Munshi Abdullah 
50100 Kuala Lumpur.


Boleh hubungi no di bawah untuk maklumat lanjut HP: 014-220 9897 atau email ke mydelicacies17@gmail.com

Meh LIKE dan check it out social media My Delicacies ni ek

Facebook: My Delicacies
Instagram: My Delicacies


Dah tuh, cuba je dulu di My Delicacies nie, mana tau rezeki makin bertambah kan







Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

2 comments:

  1. Anak saya dan isteri suka sambal garing Cik nor tu.. Ada agen yang jual di tempat isteri bekerja.

    ReplyDelete
  2. isteri dan anak saya suka sambal garing Cik Nor. Di tempat kerja isteri ada agen jual sambal garing ni.

    ReplyDelete

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!