Hi Korang,
Menyediakan kemudahan kepada pengguna mustahak bagi sebarang perniagaan dan sebagai pasaran atas talian yang kedua terbesar di Malaysia, 11street mengambil inisiatif untuk memastikan pengguna mempunyai pelbagai pilihan dalam memilih kaedah transaksi yang bersesuaian dengan mereka.
Sejak menjalin kerjasama dengan MOLPay, 11street telah menerima lebih 10,000 tempahan menggunakan MOLPay Cash @ 7-Eleven sebagai kaedah pembayaran terpilih. Dengan prestasi yang menggalakkan, kaedah ini dilihat sebagai perluasan gerbang pembayaran pelbagai saluran dan berada pada landasan betul untuk menyediakan pengguna kebebasan untuk memilih bila dan bagaimana untuk membayar produk yang dipilih.
“Kita hidup di zaman dimana pilihan alternatif mesra-pengguna mempengaruhi keputusan pembayaran yang perlu dibuat dan usaha sama dengan MolPay dan 7-Eleven mencerminkan perkara ini.
“Seiring dengan perkembangan teknologi, pengguna sentiasa mencari kaedah paling sesuai untuk menyempurnakan aktiviti harian mereka dan 11street berusaha untuk menyediakan kemudahan ini. Oleh itu, usaha sama ini juga menandakan langkah strategik kami untuk terus berinovasi dalam menyediakan kaedah pembayaran baharu untuk menyokong bilangan transaksi harian yang diterima,” ujar Chuljin Yoon, Ketua Pegawai Operasi 11street.
Dilancarkan pada tahun 2014, MOLPay Cash direka di samping saluran pembayaran standard lain untuk menyediakan gerbang dan penyelesaian yang memudahkan pembelian barangan dalam talian.
Ketua Pegawai Eksekutif MOLPay Sdn Bhd, Eng Sheng Guan berkata: “Sebagai pembekal perkhidmatan, adalah penting untuk memberi pertimbangan terhadap keperluan setiap pengguna ketika mereka-bentuk sebuah sistem yang berkesan dan bersesuaian untuk semua pihak. Solusi ini kemudiannya dibentuk demi memenuhi asas pelanggan yang meluas di Malaysia. Ini membantu menambahbaik pengalaman pengguna yang membeli-belah secara atas talian di seluruh negara. Kerjasama antara 11street dan 7-Eleven mewujudkan kesedaran pasaran dan memastikan setiap pihak mempunyai pilihan.”
Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif 7-Eleven Malaysia Holdings Berhad, Hishammudin Hasan berkata: “Teras komitmen 7-Eleven adalah sentiasa memenuhi keperluan pengguna. Ia menjadi pemacu utama perniagaan kami yang berkenaan penyediaan kemudahan. Kami percaya dengan kerjasama bersama MOLPay, ia akan memastikan kami sentiasa mengikuti landskap perniagaan yang sentiasa berubah dan pada masa yang sama, memenuhi kehendak pelanggan dengan menyediakan saluran untuk menyempurnakan urus niaga mereka di sebarang rangkaian 7-Eleven berhampiran, 24 jam sehari, 7 hari seminggu.”
Dengan hampir 13 juta produk yang ditawarkan, 11street terus meneroka usaha sama signifikan yang akan menawarkan pengalaman membeli-belah dalam talian yang holistik kepada para pelanggan. Dengan lebih 2,200 rangkaian di seluruh Malaysia, 7-Eleven memainkan peranan penting untuk menyediakan kemudahan demi manfaat pengguna. Bersama-sama MOLPay, dijangka kaedah pembayaran di luar talian (MOLPay Cash) akan menjadikan pasaran atas talian sebagai sebuah platform e-dagang yang lebih holistik.
Untuk maklumat lanjut berkenaan 11street dan promosi bulanannya, sila layari http://www.11street.my/
No comments:
Post a Comment
Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!