Saturday, September 16, 2017

Makan Makan At Citta Mall

Hi Korang,

Jumaat lepas kan kak lily cuti sebab replacement untuk holiday sabtu tuh so tak de apa plan, akak lily ikut kengkawan blogger Makan-Makan di Citta Mall. Kira cam food trail gituh lah, singgah mana-mana kedai makan dan cuba menu-menu mereka.


Lama tak pi food trail event cam ni, so of course rasa seronok nasib baik sebelum tuh tak de makan-makan menda-menda berat kira perut kosong la kan boleh sumbat makanan-makanan best ni

Jom mari kita mulakan


Lifejuice

Lokasi : LG-13A (Lower Ground Floor)

Booth jus kesihatan. Ada pelbagai jenis jus yang disediakan tanpa pewarna tiruan, perasa dan perservatif. Semuanya segar dan diblend dari buahan dan sayuran. Pelbagai jenis fungsi jus yang bersesuaian dengan pilihan korang. Nak kurus boleh, nak sihat boleh, nak tenaga boleh, nak kulit cantik boleh atau sekadar penghilang dahaga pun ada. 




Kalau kit aminum jus setiap hari seharusnya badan kita akan lebih bertenaga dan sihat. Jus-jus ini di proses secara harian tanpa di tambah air, gula dan juga persevatif. Nak senang, boleh order dan delivery sekali gak tau.



TRIANON

Lokasi : LG-13A (Lower Ground Floor)

Rupanya ada kedai kek yang sedap tak terhingga di dalam Citta Mall ni. Seriously akak lily tak tipu. ‘Trianon’ ni merupakan kek coklat yang di lapisi dengan coklat ganache yang diimport dan padat sebagai lapisan atas, lapisan tengah praline coklat gelap dengan crunchies dan biskut ranggup di bawahnya sebagai asas.



Selain daripada signature kek 'Trianon' , ada satu lagi iaitu Chocolate Heaven, kek coklat yang dilapisi oleh ganache coklat coklat yang diimport. 



IYAKIMONO


Lokasi : G-K06 (Ground Floor)

Ada makanan jepun jugak di Citta Mall ni ye. Best tuh, kita kan tau makanan jepun memang agak mahal sket tapi di Iyakimono harga yang di tawarkan amat berpatutan. Menu-menunya adalah seperti pelbagai jenis ayam, ikan dan daging dan dihidangkan secara set. 



Ada juga hidangan pembuka selera seperti Takoyaki, nasi goreng bawang putih, sushi dan sebagainya.


Beans N Beans


Lokasi : G-20 (Ground Floor)

Yeah ada Korean Cafe juga kat sini ye, bestnya. Yang paling akak Lily nak cuba sekali adalah Bingsu. Yelah ini yang paling famous kat Korea so haruslah kena rasa. Ala-ala air kepal yang di saluti pelbagai jenis perisa dan ada ais krim juga ye, mana tak sedap kan haruslah meleleh pulak air liur masa taip entry ni hehehe. Selain Bingsu ada juga hidangan lagi seperti pizza, sandwich, waffles, sup, roti dan macam-macam lagi. 




Eh kopi pun ada pelbagai jenis jugak tau, Americano, latte, frappecino, espresso, hot chocolate, tea pendek kata adalah semuanya.



Bubba Gump Shrimp


Lokasi : G-11 (Ground Floor)

Ini merupakan outlet terakhir yang kami singgah. Hah amik ko makanan berat wow wei yeahh.




Pelbagai jenis hidangan di sediakan sampai tak tau nak makan yang mana satu, semua sedap-sedap belaka. 

Ada steak, salad, dessert dan menu wajib kena cuba haruslah udang kan sebab itulah specially diorang tau. Tempat makan yang cozy dan family oriented ni memang patut kita singgah kan even dah habis waktu mall pun still open lagi untuk pelanggan di masa hujung minggu



Itulah serba sedikit citer food trail kak lily di Citta Mall. Selain daripada tempat makan yang banyak, tempat shopping haruslah wajib ada dan ada panggung wayang so senanglah orang-orang di sekitar Citta Mall ni datang. Parking syiok sebab depan mall je tak yah susah-susah nak turun ke basement sebab banyak kosong. Kalau kak lily duduk area sini pun, mesti sinilah jadi tempat lepak so tak yah nak kuar jauh-jauh je KL sana.


So nak ke sini, ini lokasinya

Citta Mall
No 1 Jalan PJU 1A/48
Ara Damansara
47301 Petaling Jaya




Korang tuh bolehlah ke mari dan cuba lepak-lepak kat sini.






Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com


No comments:

Post a Comment

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!