Hi Korang,
Apa pulak Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017 ni ek?
Itulah korang asyik ingat hari guru, hari polis, hari bomba, hari pekerja je kan tapi korang pernah ambil tahu tau ada sebenarnya sambutan untuk para petani, peladang, penternak dan nelayan. Hah tak tau lah tuh kan.
Ishk ishk korang ni tak baik tau, ingat siapa yang menanam sayur-sayuran, buah-buahan, tangkap ikan, sotong, udang ermm mereka semua nilah. So besar jasa mereka kepada kita semua rakyat Malaysia tau, termasuklah mak akak lily yang menjadi petani moden kat kampung tuh hah.
Di hari sambutan sebeginilah mereka-mereka ini disambut dengan meriahnya. Ada showcase ternakan haiwan, cara penanaman sayuran dan buahan dan memacam lagi.
Untuk kali ini sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017 bakal di adakan di MAEPS Serdang Selangor. Woit besar betul tempat tuh dan sememangnya sesuai di adakan di sini kerana suasana persekitaran yang cukup sinonim dengan mereka-mereka ini.
Dengan bertemakan 'Terokai Dunia Makanan Dari Ladang & Lautan ke Meja Hidangan' yang maknanya bermacam-macam jenis makanan yang bakal kita para pengunjung nikmati hanya di bawah satu bumbung. Wow wie nampak tak kepelbagaian di situ. So tak delah para pengunjung asyik datang nak beli pokok, beli ikan, beli buah, beli beli dan beli je kerjanya.
Inilah kak lily rasa satu keunikan yang bakal dinikmati semasa berlangsungnya HPPNK 2017 ni, kita boleh merasai pelbagai jenis makanan yang terdapat di sepanjang acara berlangsung selama 4 hari nanti.
Banyak plak info yang kak lily dapat tau ni ek, eh eh hari tu sempat kak lily hadiri sidang media bagi sambutan Hari HPPNK 2017 di dewan D MAEPS Serdang ni, nampak kami dah pi dulu ek hebat tak…
Turut hadir adalah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) Datuk Ahmad Shabery Cheek yang juga turut memperkenalkan barisan penaja utama. Ada juga barisan artis seperti Fara Fauzana, Mat Dan dan ramai lagi. Best ni ramai artis datang nanti semasa acara berlangsung ermm AimonTino pun ada jugak tau..
Ada satu lagi keunikan HPPNK 2017 bagi tahun ni, adalah satu temasya yang di gelar ‘Malaysia Food Festival’ di mana bahawa satu dewan utama di MAEPS Serdang akan dijadikan bagai sebuah restoran terbesar penuh dengan pelbagai jenis makanan. Ketika itu semua pengunjung akan diperkenalkan dengan masakan yang dibahagi kepada pelbagai kategori dan juga juadah dalam serta luar negara.Di antaranya fresh water catch, seafood galore, western delight dan authentic malay buffet.
17 keistimewaan jika datang ke HPPNK 2017:-
1) Festival makanan dan pertanian terbesar di Malaysia yang mempunyai 600 gerai.
2) Menyediakan gerai dan food truck di Empayar Makanan yang menyajikan 401 menu makanan.
3) Terdapat 50 gerai jualan buah-buahan, sayuran dan bunga-bungaan segar.
4) Ada KenDurian raja buah.
5) Pameran dari laut segar, unik dan terkini seperti Satay Tuna, Lemang Sushi, Kuro Prawn dan macam-macam lagi.
6) Pameran karang laut, ikan yu dan penyu.
7) Pameran ternakan dan haiwan hidup seperti kambing, bebiri, arnab dan banyak lagi.
8) Nimati daging unta dan kambing segar dari ladang House of Kambing.
9) Demonstrasi masakan daripada chef profesional Chef Zam.
10) Makanan untuk kesihatan seperti Madu Kelulut, Rumpai Laut, Sarang Burung, Durian Belanda dan sebagainya.
11) Jualan dan pameran 30 usahawan asas tani seluruh Malaysia.
12) Malaysia Food Festival.
13) Pameran teknologi dan inovasi terhadap pertanian, perladangan dan nelayan.
14) Kehadiran selebriti popular seperti Farah Fauzana, Aiman Tino, Mat Dan dan juga Yabang Khalifah.
15) Tawaran pakej-pakej destinasi agro pelancongan untuk kaki travel.
16) Karnival kerjaya yang menawarkan 2,000 peluang pekerjaan di 40 syarikat agromakanan.
17) Perkhidmatan agensi kerajaan seperti MOA, JPJ, YAPIEM, KKM dan banyak lagi.
Cukuplah 17 sebab kan
Kang citer bebanyak korang cam tak caya plak tapi semua benar-benar belaka ye. Maka rugilah kalau korang tak datang ke HPPNK 2017 ni tau.
Jangan lupa temu janji kita bermula 28 Sept hingga 1 Oktober 2017 selama 4 hari. Of courselah kak lily akan ke sini jugak tau, Cuma belum plan nak pi bila kan.
Nak dapatkan maklumat lanjut dan promosi lagi boleh layari laman Facebook, Instagram dan Twitter HPPNK seperti di bawah.
Layari media social HPPNK 2017 untuk dapatkan info lanjut :-
Facebook :
Insgtagram :
Twitter :
Hashtag :
#HPPNK2017
#MFF2017
#MOA
#OurFoodOurFuture
rkan startegik ada BERNAS tu..apsal kt opis tkde kedengaran hehe
ReplyDeletebila tengok ada kendurian tu ngeri takut tragedi shah alam berulang lagi. cukup la sekali kena. hahaha.
ReplyDelete